Friday, November 27, 2009
Salam Aidiladha:-)
Aidiladha tahun ni saya balik ke hometown saya. En Rizal tersayang saya pulak terpaksa beraya sorang-sorang di Imperial Hotel Miri sbb chopper ke rig kena tunda semalam. Bad weather gamaknya kat sana. Hari ni merupakan percubaan ke-2 En Rizal utk ke rig, semoga berjaya suamiku:p
raya kali ni, kureeng feeling skit. mebi sbb en rizal tersayang tiada bersama, atau mmg dah takda suasana aidiladha sangat kat kawasan sini. rutin sembahyang sunat aidiladha, lepas tu bertukar juadah dengan jiran-jiran. Subuh tadi kami bertiga (teha, yaya, nani) baru sampai di hometown kami, sbb menunggu ketibaan cik yaya dr JB. Amik cik yaya di medan gopeng terus lari balik t.intan. dah nak dekat azan subuh baru sampai umah. akibatnya kami masih lagi mamai2 ngantuk di pagi raye.huhuhuhuu..
sedikit upate pasal nak let-go Gen2 saya, maaf saya masih belum upload gambar yang proper lagi. InsyaAllah sedikit masa lagi, agak kelamkabut kebelakangan ni. Maaf yer, tapi janji tetap akan ditepati.
mari pekena ketupat palas & rendang. pesanan saya, jgn overdose makan sup tulang, sup daging, rendang daging, rendang kambing bagai. maklumlah daging freshh kan. hehehe (pesanan utk diri sendiri jugak ni:p)
hari isnin ni, insyaAllah kami berdua akan melaksanakan ibadah yang dituntut itu. doakan semoga ibadah ini diterima dan mendapat keberkatan hendaknya. Amin.
Wednesday, November 18, 2009
Gen-2 to Let Go. Ahaks. ---> SOLD!!
Friday, November 6, 2009
kelat.pahit.ketat.
saya tak suka stress.
sebab bila stress
saya tak boleh kontrol diri saya
kemarahan saya, kesedihan saya
ini kelemahan saya
kawan2 cakap saya tak boleh nak tipu ketika sedang stress
sbb akan jelas tergambar melalui expresi muka saya
bila org kata "rilex teha, jgn stress"
saya akan kata "mana ade stress, ok je"
org akan cakap lagi "sudah la hang, takyah sorok"
saya kata lagi "mana ade la, ok je la"
orang akan cakap "tgk muka pun tahu, ketat je"
teringin nak tgk muka sendiri ketika stress.
mesti KETAT dan amat annoying kan.
sapa ade chewing gum, mebi leh membantu saya melonggarkan semula otot2 pipi ni.
hahahaaa. sawan.
Sunday, October 25, 2009
Sharing is Caring - Tips Persediaan Nak Kawen
Ok, nama pun persediaan kawen kan, mesti lah dah ada calon isteri/suami kan. Dan anda mungkin dah pun bertunang kan. Kiranya anda dah buat pilihan lah skrg ni. Pastikan perkahwinan anda mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak, bagi saya ‘restu’ tu besar impaknya dalam perkahwinan.
Persediaan 1
Mental : yakinkan diri bahawa anda dah nak kahwin. Percayalah!! Mmg anda akan kawen tak lama lagi. Anda dah pun buat pilihan kan..! Jadi banyak benda kena sedia, bear in mind, banyak komitmen kena dipikul nanti. Kalau tak sure betui ke aku ni nak kawen, baik la nanti-nanti je kawen tu. Maksud saya di sini, fikir habis-habis sebelum nak kawen. Saya tak suka dengar bila dah kawen tu, tak sedia nak ade anak la, tak sedia nak ade komitmen la, tak sedia nak masak la, tak sedia nak itu dan ini. Itu namanya anda belum bersedia, dan sila jangan kawen lagi.
Untuk kebaikan bersama. Perlu jugak diingat, perkahwinan anda dengan pasangan, adalah perkahwinan anda dengan keluarga mertua juga. Tanggungjawab anda terhadap mertua adalah sama saja dengan tanggungjawab anda kepada ibu bapa anda sendiri. Hukum mentaati keluarga mertua adalah sama dengan mentaati ibu bapa sendiri. Please and please tanam dalam diri baik-baik, jangan lupa sampai bila-bila.
Persediaan 2
Kewangan : Ikut mana pusing pun, memang kena jugak ade persediaan dari segi kewangan. MESTI. Tak kesah la dari sumber mana, baik simpanan sendiri, baik personal loan, baik pinjaman koperasi. Cuma hindarkan lah along. Anda nak isteri anda selamat kan, jadi piker rasional ok? Baik pihak lelaki, mahupun pihak perempuan. Pihak lelaki lebih lah lagi sebab kena bagi duit belanja & hantaran kan. Biasanya tempoh pertunangan adalah tempoh mengumpul duit bagi pihak lelaki. Tapi ade jugak yang bertunang untuk penuhi adat saja, padahal layak dah nak kawen masa tu. Ikutlah kata adat/tradisi masing-masing.
Kalau tanya saya, berapa RM yang cukup untuk kawen? Tak terjawab pertanyaan tu, sbb kalau kawen grand-macam-dato-siti RM 1 juta pun tak cukup kan. Jadi buat listing dari sebesar2 perkara hingga sekecil2 perkara, jangan abaikan walaupun seremeh mana, masukkan jugak dalam list tau!! (List ni saya akan tulis kat bawah nanti).
Persediaan 3
Prosedur : Ikut step dengan betui, OK.
a) Kursus Kawen : saya tak pasti modul skrg. Tapi kami dulu 1 hari setengah saja. Ikut saja lah apa saja modul kan. Banyak ilmu yang boleh belajar kat sana, pay attention.
b) Tarikh perkahwinan. Setengah orang suka cuti sekolah, setengah orang nak avoid cuti sekolah, macam kami, kami sengaja nak avoid cuti sekolah takut clash & krem sangat. Huhu. Lagi 6 bulan nak kawen pun, booked saja. Senang.
c) Booked Tok Kadi Tersayang. Mana tau, set punya set tarikh sekali Tok Kadi tak available pulak. Tok Kadi gi Mekah ke, gi jaga cucu ke, gi melancong ke kan.
d) Pakej Perkahwinan etc :
Barang hantaran (boleh beli dah sikit-sikit from time to time, tunggu sales, jadi berbaloi kan)
Kad jemputan (start draft, map bagai, pastikan betui jalan tu dan tak salah), boleh tempah dah)
Pakej Perkahwinan (Katering, Khemah/kanopi/dewan, Pelamin, Baju pengantin, Mak andam, Hiasan bilik pengantin, Hiasan Meja Pengantin) – pilih jangan gaduh2, bincang baik2, ade psgn sbb pakej pengantin ni la yang gaduh besar,huhu) – Katering harus sekali ganda dari Kad Jemputan yang dikeluarkan, ataupun ½ kali ganda (cth – kad jemputan 1000 keping, catering mesti at least 1800 – 2000 org makan).
Jurugambar – ambil jurugambar dari kedai gambar atau pun amatur/professional lain, jgn amik yang ala kadar, bagi saya, itulah gambar yang patut kita kenang sampai bila-bila, jadi, pastikan berbaloi
Goody bag/souvenirs tetamu – rancang apa nak kasi, ada masa boleh pegi Bukit Kayu Hitam / Rantau Panjang / Nilai 3 untuk borong souvenirs ni. Ikut budjet masing-masing.
Kompang/ Silat/ Marhaban
Sistem audio & DJ
e) Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh yang ditetapkan, ambil borang nikah di Pejabat Kadi/JAIP/JAIS etc. Ada bermacam-macam borang, saya tak pasti sama atau tidak antara negeri. Sbb kami suami isteri sama negeri iaitu PERAK. Kejor Yeop Kejor, jadi prosedur kami sama. Tak payah pindah borang ke negeri lain. Yang saya masih ingat borang kebenaran berkahwin (L/P), borang kad perkahwinan, borang akuan bujang (ofis kena buat surat). Kalau lain negeri, kena buat perempuan dulu tak salah saya, lepas tu baru pihak lelaki compile dan submit pada tok kadi.
f) Setel dah submit borang bagai, boleh lah pohon cuti kawen, macam saya, 3 bulan sebelum tu dah minta cuti kawen. 3 minggu cuti tuuu. Hehehe. Sakan kan. Gataii tau.
g) Siap dah semua, jaga hubungan anda dengan pasangan, jangan gaduh2, and kata orang tua-tua jangan selalu-selalu sangat jumpa, nanti hilang seri katanya, lagipun tak manis, yelah, bukannyer dah kawen kan, tuning je baru..
h) Pastu pulak biasanya orang darah manis ni, kata orang tua-tua jangan nak buat tak tentu hala, elakkan keluar kalau tak perlu, macam bapak saya dulu, bawak kereta balik kampong pun dia tak kasi. Hahahha. Habis tu nak memerap kat rumah saja ke bapak? Yelah, sbnrnya risau apa yang tak diingini jadi, kita kan nak menunggu hari baik.
i) Pengantin perempuan : Sebulan lagi nak kahwen, bawak-bawaklah diri tu ke Spa. Amik bridal pakej tu. Kalau kat ipoh ni, murah saja, affordable. Kat KL, carilah tempat yang anda mampu pergi. Untuk diri sendiri jugakkan. Elok jugak kalau pengantin laki tu nak Spa sama, mana aci kita je sental badan kan.
• Tips : utk facial muka, elakkan buat terlalu dekat sangat dengan tarikh kawen, sbb kalau jadi apa2 macam pengelupasan ke, jerawat keluar ke, at least BUKAN di hari persandingan anda!! Buat la sebulan awal, elak 2,3 hari sebelum OK?
j) Akhir sekali, tetapkan hati anda, jangan berubah-ubah dah, tenang2kan diri. Tak lama lagi anda akan bergelar suami/isteri. Sesungguhnya alam perkahwinan itu memang indah sekiranya anda mencoraknya dengan betul.
Lupa pulak, berpada-pada masa berbelanja, jangan berhabis duit masa majlis perkahwinan kita, bukan apa, banyak lagi yang perlu difikirkan selepas kawen nanti, contohnya rumah (kalau tak boleh beli lagi, sewa dulu, sewa pun kena duit juga kan nak masuk rumah, mau2 3 bulan deposit, deposit bil lagi kan), isi rumah (dah ade rumah, takkan kosong je rumah, takkan pengantin baru tidur atas toto kan, ahaks.), simpanan utk orang baru (nak nak klu yang mmg nak zuriat cepat, pulak tu rezeki bunting pelamin kan, kena simpan untuk baby tau, normal delivery antara RM1800 – RM3500, kalau caesarean mau RM10k tak kurang). Kena ada simpana untuk itu.
Jadi bersederhana lah, jangan niat nak menunjuk-nunjuk, yang penting berkat perkahwinan tu yang dipohon, semoga tetamu mendoakan kebahagiaan pengantin, bukan mengumpat/mengata yang bukan2, nanti dapat dosa lak kita ni sbg tuan rumah).
Rainy day & dem astro.
Lepas tu, hari hujan pulak. mana nak letak 2 helai comforter, 1 helai cadar. uwaa. sarung bantal leh jugak la nak tumpang-tumpang atas dining chair ni. tapi, takpa, masalah telah diselesaikan dengan jayanya. Kalau tak, terkejut Tn Hj Shuhaimy yang datang spotcheck rumah tgk 3 bidang conforter dengan cadar bagai, melintang pukang bersidaian dalam rumah. ahaks. Tn Hj Shuhaimy saya ekceli menghantar my lil bro balik ke hostel, singgahlah ke rumah kami.
Dah hari hujan, memang standard lah Astro pun s*cks. Saya pun ape lagi, mem'blog la jawabnyer. Kurang mood nak ke mana-mana hari ni, sorang kan, tanpa En Rizal di sisi (bunyi mcm horny semcm ja..hahaha. sensored!). walau ke rumah mil yang dekat, tidak ku kunjungi (semalam dah pegi). TV pun saya nak naik hangin hari ni, dah tau weekend letak la program bagus2 ke, movie best2 ke. HBO pun asyik2 sweet home alabama, dah bape kali ulang dah. tense! Ria, Prima jangan cakap la, tau la Sehati Berdansa baru start malam tadi, tak yah la ulang 2 jam sekali..uwaaa!!
bila ditanya kat en rizal, bila nak balik (padahal bukan tatau schedule dia 4wks keje/4 wks cuti, gatai jgk nak tanya). en rizal kata, sabar la, 3 mgu boleh tgu, lagi 1 mgu jee takkan tak leh sabar. waaa..penyeksaan tau, dah tinggal yang hujung2 tu lagi la buat tak sabar. emo lagi. huhuhu. bawak bertenang teha, jangan mengada, bukan anda tak biase ok? calm down.


gambar kat atas ni, mcm takda kena mengena sgt dgn entry. teringat en rizal saja, auuww. gediks i. dia suka sakat bila saya tengah bersiap. so semakin lambatlah saya bersiap. gambar ni waktu kat pulai spring resort skudai, jb masa convocation cik ilyana adik saya. haii, rindunya. ops!
ok, dah nak senja. saya nak buat apa yg patut.
2010 Budget Highlights
Intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':
1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.
2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini. ---> sbnrnya tak berapa nak setuju, sbb dok ngidam bonus gaji, at least sebulan gaji. tapi yeah, RM500 pun dah syukur drpd tak dpt apa langsung.
3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.
4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. ---> bagusss!!
5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.
6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.
7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.
8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).
9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.
11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.
12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. ---> klu buat dari dulu kan baguss..!
13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.
14. Pakej "notebook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010. ---> Bagus, tahun depan sorang lagi adik i nak masuk Uni, bagus2!
15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.
16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.
17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah. ---> sampai kena memperbanyakkan makkamah, tanda BAAAAANYAK sangat rasuah. bagus2!!
18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010. ---> apakah maksudnyerr?
19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya. ---> sgt SETUJU!!
20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010. ---> berita baik untuk En Rizal Tersayang saya. its no big different for me, but for him, walau decrease 1% pun alhamdulillah, sure it will helps! that 1% extra lepas ni leh diCukai oleh Sang Isteri lak..hhahahaa!! menanah telinga En Rizal Tersayang saya dengar..:p
21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000. ---> ini juga berita baik buat kamii..yeyy..!!
22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.
25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan. ---> berita baik utk Sang Suamiku, Sang Isteri dah sign agreement amik skim pencen gomen dah.
26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.
27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.
28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP. ----> Berita baik lagi oleh pencarum KWSP..!!
29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta. ---> baik menabung wehh, utk masa depan, potong EPF, jgn tak potong..!!
30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.
Sekian, melaporkan dalam versi saya:p
Guess Watch To Let Go..=)
Guess G Logo Watch in Silver
A glamorous and distinct watch.
1" thick signature embossed silver tone metal bracelet band with 1" X 1" square crystal trimmed casing. Stainless steel. Crystal inlay silver signature on a silver sunray face. Brand new with original Guess gift box and 10 year factory warranty.
Takda scratch pada permukaan jam ini, mahupun pada braceletnya. Memang saya tak pernah pakai langsung, hanya duduk dalam kotak saja.
Saturday, October 24, 2009
Congrates my lil bro =)



Wajah seorang bapa, Tn. Hj. Ahmad Shuhaimy & sang anak. hehe. I guess if my late mom ada masa ni, surely she must be the happiest & so proud of my lil bro. But, tak apa, jangan dikenang kisah sedih yang lampau. Life's must go on, saya dan kami semua yakin, ini adalah hadiah tak ternilai untuk seorang ibu walau beliau sudah tiada, iaitu kejayaan seorang anak:)


Menurut En. Amin saya ni, katanya Piala Tokoh ni hanya akan dianugerahkan kepada Tokoh Pelajar apabila Tuanku Bainun datang ke Majlis Anugerah tahun berkenaan sahaja. Kalau Tuanku Permaisuri tak datang, Tokoh Pelajar tahun itu akan dapat piala lain, bukan Piala Tuanku Bainun. tu sebab ade 3 nama saja di piala itu. Tahun 1989, 1994 dan the latest 2009 which the lucky one is my bro.
Sebagai ending, diharap En. Amin akan terus study hard for SPM this year. Chaiyokk2!
Monday, October 19, 2009
the reason of existance

saya tarik balik salah anggap saya kepada Dato' Anuar semalam.
frankly, its was the first time i met him in the meeting this afternoon. 30 years back, he was our institute's director. dan pernah jadi DVS's director general jugak. OMGG!! i really adore him. Rasa bangga jap pernah ade former director macam dia.
saya suka sangat pendekatan dato' dalam meeting tadi. the way dia cakap, bahasa dia, tonasi dia, mesej dia, padat dengan informasi. sungguh hebat. saya nak jadi macam dato'. for our department good, what he has done in the meeting just now was actually brainwashed all the staff on product commercialization etc, BUT the way he conveyed his message was so kewl. DAN terus menusuk dalam kepala otak ni. ya allah dato', kenapa lah pencen awal sangat. kami perlukan andaa..!! he never raised his voice pun tadi, jauh sekali nagging pada kami, setiap perkataan tersusun, no repeating of the same ideas, tak annoying yet irritating langsung..!!
Sunday, October 18, 2009
OMGGG!!!
- merupakan perkataan yang paling banyak saya & lisa chat seketika tadi. banyak kejadian-kejadian yang OMGGGGG... so sweet... OMGGGG.. melting... OMGGGG..pengsan.. dsb!!
- textbook immunology saya tak habis baca lagi
- baju tak iron lagi, esok kerja, i hate mondays, boleh tak lepas hari ahad adalah ahad semula?
- jiran-jiran kesayangan saya dari hari jumaat malam sabtu tak habis-habis lagi stok mercun papan mereka. saya tau anda sedang raya sakan, tapi jangan la berlebih-lebih. Dah berapa malam tidur saya terganggu. sebelum terlupa, selamat raya deepavali kepada jiran-jiran ku yang tak mungkin membaca entry ini.
- sepanjang hari memang saya super downy sebab.. entah, mungkin rindu kot. auuww. ahaks. kata lisa "harus la rindu". taktau la kenapa, cecair dari mata ni mudah sangat keluar hari ni. tak payah nak induced dgn apa2 faktor. ntah, semudah ini. lemahnya anda teha. luckily Liss ada, tersengih2 jugak saya akhirnya. teeee--ri-ma kaa-sihh chekguu..!!
- esok jamuan raya Biologics. makan lagiii...yeyyy!!!
- esok meeting Product dgn Dato' A (identiti dirahsiakan, byk org jpv di sini). Saya musykil masa dapat panggilan meeting untuk esokk?!! Apa motifnya nak tahu product jabatan? Anda represent apa? organisasi apa? MoA? atau Association mana? atau pun private company yang AKAN adi competitor kami? Saya buat jugak persediaan untuk masuk meeting esok, dari hari jumaat saya prepare. Banyak pulak 'permintaan' so Dr. A ni. I smell something fishyy!! takpa, akan terjawab esok. Harap-harap the right person yang chaired kan meeting ni esok.
- i really miss him. thats the answer for today's downy super moody. sigh!!
because life is so short
Why people don’t understand
To live life to the fullest, full of happiness
Because that’s the key to success
I don’t understand why husband divorce his wife
Why wife always arguing with her husband
Why unwanted babies are all over inside the drain
Why son and daughter neglected their parents when they grown up
Why bestfriends hurting and betrayed each other
Why don’t you guys live in happiness
I don’t understand why people can’t put down their ego
Because it will bring you to nowhere
Tell me what you lose if you do so
Why don’t you guys live in happiness
I don’t understand why partners arguing
Why one side always encouraging while the other always discourages
Why one side always sacrifice for the goods, but the other side just let things go by the flow
Why don’t you guys live in happiness
I don’t understand why people always blamed each other
While their fingers are actually pointing to their selves
Tell me what you lose if you throw out "I am sorry" from your lips
Why don’t you guys live in happiness
I don’t understand why people don’t understand
To always live in happiness
To everyone that I love, to everyone who loves me
To everyone that I care, to everyone care of me
Lets live in happiness
Because life is so short
Before it’s too late
Friday, October 16, 2009
Sambil Makan
baru sampai rumah. ade 2 task yang dateline hari ni completed. 1) Index Prestasi Unit 2)Product Information about our detection kit & vaccine. mental agak letih, fizikal tak teruk sangat walaupun saya berjalan ke hulu ke hilir dari bangunan monoclonal ke kompleks biologics, kemudian ke bangunan ASEAN, then ke bangunan kewangan dan kembali ke pangkal jalan iaitu unit monoclonal kesayangan sbb cuaca hari ni lembab lembab sejuk saja memandangkan belah petang tadi hujan tak henti.
akibat kepala ni dah letih nak pikir malam ni nak makan apa, saya ambil jalan mudah, drive thru saja di McD. saya pun heran sejak kebelakangan ni selera saya tertumpu pada makanan yang sweety & salty. Minggu lepas saya boleh habiskan 2 cup sundae & 2 large fries seorang diri. Skrg pun menu yang sama. Sungguh tak sihat kan. sambil menulis, sambil makan sundae & fries. sundae strawberry dah licin. sundae coklat jadi mangsa lepas ni, sambil tengok Adi Putra di Ria. Dasyat jugak Adi Putra ni, dapat Tokoh Matematik di Abad ini daripada Universiti di Riau. Kagum jap.
kepala ni rase berat balik mengenangkan homework untuk weekend kali ni. Boleh kah saya khatam textbook Immunology dalam masa 2 hari ni? huhuhuu. Kena buat literature lagi pasal Detection kit & vaccine yang saya tulis kat atas tadi, monday ni ada meeting. Weekend ni jugak nak balik ke hometown saya. Nak buat some preparation untuk next week punya experiment lagi. kusut jap. Wahai Adi Putra, leh pinjam tak otak jap?
Saya berazam 2 hari ni taknak bukak facebook. (leh caye kee??) ehehehee. tu pun nasib baik VRI terchenta block FB, so kat opis jangan harap nak bukak FB. ok jugak la kan, balik rumah baru layan FB. oklah, nak menikmati spicy chicken mc deluxe dulu. (hahahaha, byk nyer makann!!)
malam ni daku berazam nak buat homework! ya allah, aku mohon permudahkan urusanku, lapangkan dadaku untuk menerima pelajaran, jauhkan godaan-godaan terutama facebook. amin ya rabbal'alamin.
Wednesday, October 14, 2009
Sebab & Akibat
Akibatnya, sampai pukul 3 subuh tadi mata saya memang tak rasa ngantuk langsung. Member terato.com, en hazmin siap tegur di YM "eh akak tak tidur lagi?". 3.15pagi saya paksa diri off segala laptop, tv, lampu sume. Terkebil2 sampai pukul berapa pun taktau, yang pasti kali terakhir saya tengok jam ialah 3.35pagi, lepas tu tak ingat apa jadi. Hingga terjaga pukul 645pagi. hahaha.
Punch card saya 8:01am hari ni. MERAH! Cakap pasal punch card merah, teringat saya pada saman had laju. Saya ada 4 saman berjumlah RM1,000.00 yer kawan-kawan. Tu pun nilai selepas diskaun. RM300 setiap satu saman, tapi ada 2 saman yang dapat diskaun dari RM300 ke RM200, 2 saman lagi TAK DAPAT discount akibat dari TERkena masa OPS SIKAP!! so instead of RM1,200.00 saya kena RM1,000.00. 2 daripada 4 saman tersebut berlaku pada awal pagi iaitu 7:55am dan 7:56am. Nampak sangat saya speedo nak gi keje. Hahahaaa.. Sebab & akibat lagi ni. Kepada yang nak check saman anda/nak renew raodtax-insurance bagai boleh log-in ke http://www.myeg.com.my/.
Hari ni aktiviti di VRI terchenta ialah Mesyuarat Kumpulan Pakar Patologi (sambung dari semalam). saya urusetia untuk kali ini, kenalah tunjuk muka kan, kata urusetia. Selepas menguruskan apa yang patut di unit, terus masuk ke mesyuarat. Hanya dapat join sampai pukul 10.00 pagi sbb masa tea-break ada benda lain kena buat dengan kadar segera. sekerat jalan join meeting. Diselang seli dengan kerja-kerja lain yang tak berapa penting, tapi urgent kena buat jugak. akhirnya pukul 545 petang baru selesai semuanya.
Saya dengar geng2 aerobik rancak bersenam dengan muzik mereka di bilik aerobik bersebelahan saja dengan bangunan saya. dalam hati, lamanya tak bersenam, jogging pun haramm. terus packed barang, punch card and choww..
Sampai rumah, tak jugak ngantuk. Bukak FB, jenguk ke cafe & farm. huhu. macam kurang teruja nak mengerjakan ladang mahupun cafe hari ni. Terus log in ke blogger.com dan terhasillah entry ini.

Sekian dari saya yang menunggu mata ini surrender.
Tuesday, October 13, 2009
Crazy Sushi
Tahap kebuluran kami agak dasyat juga sbb last sekali makan ialah waktu Jamuan Raya VRI pukul 10.00 pagi tadi. Walau masa jamuan dah bedal habis satey-lontong-lemang-rendang, tapi mana nak bertahan sampai ke petang kan. Oleh itu, masa tunggu giliran kat luar pintu masuk pun berapa kali saya kecur air liur tgk orang2 lain yang dah dapat menikmati sushi kat dalam tu menelan setiap butir sushi, hahaha. tapi serius, mmg kecur air liur, nak nak bila tgk shrimp. hohohoo.
Kali ni mcm biasa promo, every member boleh bawa 5 org guest utk makan sama, khor sorang saja ada member card, kami tumpang makan saja. Ada benda lawak jugak jadi tadi since kami dapat duduk meja tepi menghadap pembuat-pembuat sushi tu dan agak kecoh meminta unagi, shrimp, smoked salmon bagai pada diorg, and suruh diorg letak atas trail depan kami. Agaknya diorg mula fikir kami ni gedik ala nak flirt dengan diorg kot, padahal kami mmg tulus hati lapar dan harus diingat ada 2 orang sexy preggy mommy antara kami, jadi napsu makan makan agak horror:p
Ada antara mereka yang mula membuat aksi-aksi menarik perhatian kami sambil membuat sushi. Ada jugak yang dah main-main mata. Kami kan perempuan-perempuan yang awet muda, dah kawen-beranak pinak nampak macam belum kawen, hahahaaa, perasan..!!! Oh yer jugak ek, saya baru perasan ada persamaan antara kami 4 orang iaitu husband 'away' dan tiada di sisi (kecuali Naama), Khor mmg weekend wife berulang dari penang-ipoh every week, Linda pulak Skool-holiday wife memandangkan husbandnya nun jauh di Sabah mendidik anak bangsa, Akma pun weekend wife jugak, cik abang di KL, saya memang dah pasti selang sebulan En Rizal cuti, skrg di Miri.
Bila agak kurang senang diperhatikan & diperlakukan demikian (kami isteri2 solehah, ahaks) Linda mula membelek & menayang cincin kahwin kat kedua-dua jari di tangan, di ikuti oleh Akma yang mengusap2 perut (shes pregnant, linda pun sebenarnya), saya pulak sengaja membetul-betulkan cincin kahwin-tunang bagai di jari, Khor sengaja sembang kuat-kuat pasal topik anak-pregnant-breast feeding disambut selang seli oleh Linda dengan kuat "aah, linda LEPAS kahwin pun makan supliment tu, tiha makan tak lepas kawen? skrg makan lagi?.." dan seangkatan dengannya. Hahahaaa..
Adik-adik pembuat sushi nampaknya kendur sikit dari membuat aksi dan gaya flirt. Kami makan dengan tenangnya. Bagus, kami suka orang lelaki yang pandai hormat perempuan yang dah berkahwin. Tak salahkan mereka, manalah dirog tau kita ni dah kahwin/belum kan. Ramah biar bertempat, kami ramah sbb lapar & nak suruh mereka letak sushi yang best2 depan trail kami duduk, itu saja. Jangan salah anggap. Hehehe.
Ok, setelah belasah lebih kurang 10 pinggan seorg, jam pun dah dekat 720 pm (1 visit hanya dibenarkan 1 jam shj untuk bagi peluang guest lain pula), kami pun beransur pulang. Saya sempat isi borang membership di kaunter, application fee =RM20, dapat Complimentary Voucher RM20, kad ahli, a pair of bekas chilli power & toothpick, 2010 calendar. So berbaloi jugak jadi ahli Sushi King. Lepas ni next promotion boleh pergi 12 orang pulak, instead of hanya 6 orang. Sekarang dah ada 2 member card. hehehe.
Oh ya, promo sampai 15 Oct yer bagi peminat-peminat sushi sekalian..:)Sekian dari saya yang kekenyangan dan perut mula nak memulas.
Sunday, October 11, 2009
Spa @ Home :: DIY Ingredients

1. Salt Scrub utk badan.
- Fungsi :: menanggalkan sel-sel mati, memperbaharui sel kulit (bila sel mati dibuang, sel baru keluar, kulit akan lembut, gebu), juga akan induces pertukaran mineral & toksin dalam badan. Mmg sejenis terapi yang sangat berguna tau pakai garam ni.
- Ramuan DIY :: Olive Oil/Minyak Zaiton, Epsom Salt, Essential Oil yang ada fragrance ikut kesukaan anda semua.
- Cara :: Campurkan minyak zaiton dengan essential oil tu, then masukkan garam and mix well. Masukkan dalam bekas yang ditutup rapat. Boleh scrub badan dah. Senang.
# Tips pemalas nak DIY, tapi nak berSPA kat rumah (macam saya) : Banyak produk Sea Salt yang available, Body Shop ada, Beautee ade, Eucalyptus ade.
2. Facial Scrub
- Fungsi :: Sama jugak, basically scrub memang untuk buang sel mati, jadi sel baru akan keluar dengan senang nyer. Hasilnya, muka akan nampak glow. Ahaks.
- Ramuan DIY :: Madu & Oat. Dua barang saja. Mudah didapati.
- Cara :: Campurkan 2 barang ni, dan sental ke muka anda. Kalau ada daun lidah buaya & limau nipis, amik lendir lidah buaya tu , perah limau nipis tu, mix dengan madu & oat di atas. Sental jugak ke muka. Yang ni saya pernah try, rumah atuk saya banyak daun lidah buaya. hehe.
# Tips pemalas DIY, tapi nak buat facial scrub sendiri (macam saya) : Apa lagi, beli je brand mana yang berkenan di hati. Sental je la muka tu. Dalam banyak-banyak brand, saya suka MaryKay Facial Scrub. Lain-lain brand saya tak pernah cuba, sbb muka ni mengada-ngada sensitip.
3. Facial Mask

- Fungsi :: Mask pulak untuk mengetatkan pori-pori pada muka, sbb sblm ni tadi dah cuci muka & scrub kan, jadi pores semua dah terbuka kan, so kena tighten semula yer.
- Ramuan DIY :: Avocado/timun and putih telur, atau madu & yogurt
- Cara :: Mashed avocado/timun tu, lepas tu campur dengan putih telur tu. Tepek ke muka anda sekalian. Lepas 15 minit bilas.
Madu & yogurt pun sama, madu fungsi untuk hidratkan jenis kulit yang kering, yogurt pulak sama fungsi untuk putih telur, ketat & kecikkan pores
# Tips pemalas DIY, tapi nak pakai mask sendiri jugak (macam saya) : Beli je. Berlambak mask. Tapi pilih ikut kulit yer, kulit berminyak kena pakai mask yang ade based susu contohnya. Kulit kering kena based yang oily sikit, contoh ade kandungan avocado/jojoba etc. Dalam banyak-banyak mask saya cuba. Saya jatuh cheenta dengan Clinique TurnAround Instant Mask. Saya dapat free-not-for-sale sample mask ni masa beli barang lain kat situ. Best giler. Mask ni masuk dapat wishlist saya untuk next month. Bulan ni dah terover budjet. hahaha.
Insyaallah, kalau ada tips lagi saya kongsi from time to time. Saya bukan rajin sangat DIY, biasa pun beli aje barang, pastu buat sendiri kat rumah, at least jimat jugak la kan. ahaks.
Spa @ Home :: How??

Ok, mungkin elok kalau saya mulakan begini. SPA (bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yer:p) mungkin terlalu mahal untuk kita masukkan dalam budjet list/cashflow setiap bulan. Di Ipoh, dengan RM300 anda dah boleh dapat a full bridal package di SPA, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tapi di KL dan bandar-bandar besar yang seangkatan dengannya saya tak fikir lebih murah dari harga yang saya sebutkan di atas.
Bukan semua orang mampu untuk ke SPA setiap bulan atau yang lebih rajin lagi mungkin 2 minggu sekali. Untuk masukkan RM300/sebulan dalam budjet list, saya kira tidak berbaloi dan tak praktikal bagi dijadikan rutin (unless mmg budjet anda terlebih setiap bulan & taktau nak buat apa dah). Lainlah kalau untuk occasion tertentu, nak kahwin ke, nak tunang ke, atau dapat bonus ke, dapat duit raya ke, mungkin kita tak sayang duit nak pakai duit tu untuk berSPA.
SPA bagi saya, bukan sekadar anda masuk sauna, masuk jakuzi, scrub badan, ade awek cun2 massage badan, moisturize badan, tapi lebih kepada masa untuk mem'pampered'kan diri dan rileks. Yes, point saya di sini ialah rileks. Jimat dan rileks. Bukan senang nak ambil masa untuk diri sendiri rileks sepenuhnya. Jangan ada anasir apa pun yang kacau sebolehnya. Kalau anda masih single & duduk rumah bujang saya rasa mudah untuk berSPA di hujung minggu. Kalau anda dah berkeluarga pulak, boleh aje, minta tolong husband/maid jaga anak untuk beberapa jam, bawak anak keluar window shopping/main kat park (alah, paling lama mungkin 2 jam shj). Kalau tak pun, ambil kesempatan masa husband out-station (macam saya). Banyak masa nak memerap di rumah & pampered diri.

Tips (yang telah diterjemah & ditokok tambah oleh saya) dari : http://www.ehow.com/how_2265509_have-relaxing-spa-evening.html.
1. Matikan hp anda, lupakan FB dan application & game yang best2 tu seketika. ahaks.
2. Kalau bebetul nak feeling berSPA, pasang CD lagu 'soft music', and bawak juga bersama buku/novel/majalah yang boleh temankan anda semasa berSPA. Pasang jugak candle and bakarkan wangian aromatherapy anda yang beli mahal-mahal kat living cabin ke, mana ke.
3. Kalau anda betul-betul nak jimat, 'do it yourself' semua barang SPA. Hiris timun untuk letak kat mata nanti. Jangan lupa yogurt, susu, garam laut (sea salt) jugak untuk kegunaan SPA anda. Tak lupa jugak segala sponge untuk menyental diri sendiri nanti. Tips nak sediakan barang-barang SPA 'DIY' ni insyaallah dalam entry saya yang seterusnya.
4. Jadi barang semua dah ready, apa lagi, mulakan dengan MANDI la of course kan. Err, kalau rumah ada tub mandi memang best lah, boleh masukkan sea salt/susu dalam tub mandi. Bagi yang takda, takpa, still boleh enjoy scrub badan, dan sambil-sambil massage badan. Sementara tunggu scrub tu kering, boleh buat facial sendiri. Barang boleh 'DIY' atau gunakan saja scrub muka & facial wash yang sedia ada. Tips facial 'DIY' pun insyaallah dalam entry yang seterusnya.
5. Mandi / berendam la semahu-mahunya, ambil masa rileks bebetui. Enjoy & nikmati mandi anda tu. Jangan lupa syampoo rambut & letak conditioner.
6. Dah siap mandi, pakai lotion badan. Yang ni saya takda tips DIY, jadi pakai body lotion sendiri. Hari-hari biasa mungkin liat sikit nak pakai lotion badan, yelah, on weekdays subuh subuh shafie tu lepas mandi terus je pakai baju kerja, tak sempat nak lotionkan badan ni kan. Sambil sapu lotion, sambil massage2 skit badan tu.
7. Badan dah ready kan. Jadi, boleh fokus pada muka pulak. Tadi dah cuci/scrub muka kan. Sekarang masa untuk pakai mask pulak. 'DIY' boleh dibuat dgn yogurt, susu dan timun. Kalau tak pun boleh pakai product kegemaran anda. Sementara tunggu mask, anda mungkin boleh layan novel/majalah sambil dengar lagu ke kan.
8. Setel rinse-off kan mask anda, ikuti lah step yang betul untuk penjagaan muka anda. Pakai toner, kalau ada serum pakai serum, eye cream, pastu moisturizer. So, setel muka kan.
9. Badan dah siap, muka dah siap, masa untuk kaki pulak. Rendam kaki dengan air suam, scrub kaki, then pakai heel filler, then lotion kaki.
10. Lengkap dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lepas tu mesti anda akan rasa segar dan relief yang teramat sangat. Rasa ringan badan ni. Kalau saya, di sambung pulak dengan aktiviti memerap di rumah, baca majalah deco saya, baca novel ke, tengok HBO ke. Yang pentingnya aktiviti untuk diri anda rileks. Ahaks.
Sekian dari saya. Insyaallah entry selepas ni ialah tips untuk 'DIY' barangan SPA @ Home.
Friday, October 9, 2009
15 min to 1am
Before go to bed, let’s take a tour to http://ohartis.com/ for local celebrities gossips (now only i knew that minister, minister's wife, minister's son/daughter also count as CELEBRITIES in Malaysia, since their gossips are all over inside this page). Or, if you guys are not into controversial, let’s move to http://inibelogsaya.blogspot.com/. Nur Lisa actually introduces me to this Hanis Zalikha's blog. And now I already addicted to her blog. Its kewl. Really kewl.
Last but not least, my online shop ever (this web was introduced by Aisyah Zulkawi a.k.a Ecot) http://www.wanitamelayu.com/. Thousands of online shops are now at your finger tips. Disclaimer, I am not related to Founder of WanitaMelayuDotCom or any other Plaza's owner inside. Just here to share something that makes your life easy where all your desired items will be delivered to your doorstep.
Nite.
1 black sheep.. 2 black sheep.. 3 black sheep... 4 black sheep..
Ohh, i forgot. Today, 9 Oct 2009 is Siti Hazwani Nur's birthday. Cik Wani, happy birthday. Wish you best of luck ya. Long time no see. Miss u a lot. She is KMPP-mate, UKM-mate, Room-mate in UKM, Room-mate in Ipoh of mine, hehe. I am counting for mine.. yeah..!!
Thursday, October 8, 2009
Happy 17th Birthday..my bro!!

Beyonce oh Beyonce..!

Saya buat sikit research sambil demam seharian kat rumah ni (meniarap depan tv, bentang toto ni, badan mula nak kebah, huhu.)
Date/Time (List):25 Oct 09, Sun 8pm
Venue: National Stadium (Outdoor), Bukit Jalil
Ticket Price: RM583, RM383, RM283, RM183, RM93
Seating Map: Click to View
Status:Hot Selling
Booking Hotline:603-7711 5000 or http://www.axcess.com.my/main.htm
Dengan naif nya, sebenarnya saya tak pernah gi konsert2 ni (jom heboh- sekali pun tak penah gi), tak teringin sangat, tapi yang beyonce ni mcm best je.. huhu. en rizal takde during this date, klu ade pun mesti dia takmo gi, kalau ade game MU kat mesia je dia nak gi. uwaaaaa.
Demam.
Malam tadi saya mula demam sekali lagi. Ditambah dgn bad flu.
Spinning head. Running nose.