Akibatnya, sampai pukul 3 subuh tadi mata saya memang tak rasa ngantuk langsung. Member terato.com, en hazmin siap tegur di YM "eh akak tak tidur lagi?". 3.15pagi saya paksa diri off segala laptop, tv, lampu sume. Terkebil2 sampai pukul berapa pun taktau, yang pasti kali terakhir saya tengok jam ialah 3.35pagi, lepas tu tak ingat apa jadi. Hingga terjaga pukul 645pagi. hahaha.
Punch card saya 8:01am hari ni. MERAH! Cakap pasal punch card merah, teringat saya pada saman had laju. Saya ada 4 saman berjumlah RM1,000.00 yer kawan-kawan. Tu pun nilai selepas diskaun. RM300 setiap satu saman, tapi ada 2 saman yang dapat diskaun dari RM300 ke RM200, 2 saman lagi TAK DAPAT discount akibat dari TERkena masa OPS SIKAP!! so instead of RM1,200.00 saya kena RM1,000.00. 2 daripada 4 saman tersebut berlaku pada awal pagi iaitu 7:55am dan 7:56am. Nampak sangat saya speedo nak gi keje. Hahahaaa.. Sebab & akibat lagi ni. Kepada yang nak check saman anda/nak renew raodtax-insurance bagai boleh log-in ke http://www.myeg.com.my/.
Hari ni aktiviti di VRI terchenta ialah Mesyuarat Kumpulan Pakar Patologi (sambung dari semalam). saya urusetia untuk kali ini, kenalah tunjuk muka kan, kata urusetia. Selepas menguruskan apa yang patut di unit, terus masuk ke mesyuarat. Hanya dapat join sampai pukul 10.00 pagi sbb masa tea-break ada benda lain kena buat dengan kadar segera. sekerat jalan join meeting. Diselang seli dengan kerja-kerja lain yang tak berapa penting, tapi urgent kena buat jugak. akhirnya pukul 545 petang baru selesai semuanya.
Saya dengar geng2 aerobik rancak bersenam dengan muzik mereka di bilik aerobik bersebelahan saja dengan bangunan saya. dalam hati, lamanya tak bersenam, jogging pun haramm. terus packed barang, punch card and choww..
Sampai rumah, tak jugak ngantuk. Bukak FB, jenguk ke cafe & farm. huhu. macam kurang teruja nak mengerjakan ladang mahupun cafe hari ni. Terus log in ke blogger.com dan terhasillah entry ini.

Sekian dari saya yang menunggu mata ini surrender.
No comments:
Post a Comment