Wednesday, September 30, 2009
Tahniah Hiwana & Khairul Ariffin..!!
Monday, September 28, 2009
Happy Eid 1430H..!!
1 Syawal 1430H - Macam biasa, bangun awal untuk sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid berdekatan. Ramai sungguh jemaah perempuan kali ni, saff kena extend sampai dalam stor. huhu. Bersalaman & bermaafan sesama ahli keluarga kami. Bagi angpau pada adik-adik yang 3 orang. Dan tak lupa jugak menuntut angpau dari En Rizal. ehehehee..:p (sampai hari ni saya masih belum buka sampul yang En Rizal bagi pada saya:p). Makan juadah tak ingat dunia, balas dendam. Aktiviti diteruskan dengan balik ke kampung Atuk saya untuk menziarahi pusara orang-orang tersayang yang telah pergi. Sedih juga, terkenang arwah mama saya, walaupun dah 4 tahun berlalu. Terus beraya di rumah saudara mara yang berhampiran.
Thursday, September 10, 2009
26 Ramadhan & Kegeraman saya...
Disebabkan semangat nak cuti awal ni, kerja pun kena kasi beress dulu, kalau tak tak tenang bercuti kat rumah nanti. Harini seharian dok mengadap http://ehcd.mosti.gov.my untuk apply Skim Biasiswa Penyelidikan Guna Pasca Siswazah bagi Pegawai Dalam Perkhidmatan (LDP). Aduhaii, geramnya saya. Dateline 24 September 2009. Dah sah-sah dalam "Raya Fever". Dari minggu lepas saya & nurulaini fill in online form tapi asyik sangkut. Macam-macam error yang keluar. Lemah betul. Permohonan pulak hanya online, tak main pakai borang-borang hardcopy dah. Ini lah keburukannya, bila nak buat sistem online, tapi sistem tu sendiri tak mampu lagi nak support banyak features yang ada. Hang sana sini, lambat dsb. Geram sungguh..!!
Kegeraman saya akhirnya dilemparkan ke blogspot ini:p serius, dah naik fed-up isi online form diaorang. Dah elok-elok isi, sekali bila buka semula kosong, kena fill in lagi, dah berapa kali jadi macam ni. Bukan satu muka surat, ade 8 muka surat dari butiran peribadi, sampai ke proposal research semua kena buat semula berulang kali. Lunch time (ehh lunch??!:p) saya pun saya tak ke mana hari ni, padahal dah janji dengan en rizal nak mencari bedsheet. Terpaksa ditunda.
Oklah, biarlah online system MOSTI tu seketika. Yang penting raya fever masih top rank dalam kepala. Esok kami berangkat ke Teluk Intan, program mengemas rumah seharian. Adik-adik saya semua mengelat tahun ni, balik lambat, jadi takpa, since kami paling dekat sekali dan boleh on and off ke Teluk Intan (hometown saya) - Batu Gajah (Hometown En Rizal) - Ipoh, kami marathon. Khamis program mengemas di Teluk Intan, Jumaat ke Jln Klang Lama untuk program susun-atur rumah en rizal (nak balik ipoh mesti jammed niii..huhhhuhu), Sabtu agenda memasak lemang di hometown En Rizal. Malam raya kami berangkat sekali lagi ke Teluk Intan untuk beraya. Tahun ni first raya kat hometown saya...(grinned..ehehehe)
Baju raya...!!! Baju raya tak siap lagi..!! masih kat Tailor JC kat hometown saya. huhuhuuu.... Kalau tak siap, alamatnya malam raya kena gi merayap la cari ready-made nyer. Baju melayu En Rizal pun tak tau dah siap ke belum, bila call tak berjawab... adoi gamaknya sibuk menjahit sampai tak dapat nak angkat call customer..... kalau tak ok jugak, kena pi serang esok pagi ni...
Kuih raya..!!!! Err...dalam nak berjimat tahun ni, terlebih beli jugak nampaknya, masa order sumpah tak sedar, nampak sedap-lawa je order.. sekali bila order semua sudah marii.. banyak la pulak.. dalam hati, takpe, leh sedekah sapa2, boleh jadi buah tangan bila beraya kat rumah sedara mara kan. kann. (sedapkan hati:p).
Jam dah pukul 3.30 petang, saya kena gunakan kaedah cuba-jaya sekali lagi untuk completekan online application ehcd Mosti ni. Masih belum beres, nanti ade pulak yang kena datang ofis esok, padahal dah elok2 cuti approved.
Selamat berbuka puasa untuk semua. Harap-harap saya sempat menulis satu posting lagi menjelang hari raya ni..ehehee..
Thursday, September 3, 2009
Items to Let Go..:))
Now dah snap a few pic for let go items:
Holds wallet, sunglasses, personal technology,
Platform bottom.Top zip closure. Dual shoulder straps with 24cm.
Interior signature lining with a back wall zip pocket and multifunctional slip pockets.
Pale shiny gold hardware; square G-link logo;
Dimensions : Width:39cm X Height:29cm X Depth :13cm
Dimensions : Width:15" X Height:11" X Depth :5"


e, new with tag, saya beli masa shopping tak ingat dunia kat Blossom Factory Outlet, Bandung. main rembat je tak fitting. Sekali balik tak muat daa..huhuhu...
3) Blouse anlie, size XL
Khaki color, masa kes macam di atas, tak muat. pluffy hand, ade cerut juga kat bahagian bawah, nice and saya mmg suka, tapi tak muat pulaks. huhuhu. Price masa beli Rupiah 89,500 jugak = RM 30, tapi nak let go RM20 jugak.
4) Blouse Carina Swarovski, size M
Saya beli blouse ni sbb colornya so sweet (orange-white), beli di Heritage Factory Outlet, Bandung. main rembat saja jugak, tapi rupanya tak muat, harga sama Rupiah 89,500 = RM30, nak let go RM20 saja.
If you guys are intested, pls let me know thru email and YM at: fateh_shuhay@yahoo.com.
Prices are negotiable but not included with the postage fees. Thanks.
P/S: I also got 1 New Guess Watch to let go (extremely gorgeous new with tag price, 10 years warranty with warranty card) but not yet snap the pics. I bought for RM430 from princessvictoriastylo.blogspot.com (Retail price in outlet is RM650 at that time), wanna let go at RM320.
Ala tomey tomeyy..!!!
Monday, August 31, 2009
Tahniah utk adik saya, Ilyana:)
Hari ini dalam sejarah, convocation cik ilyana kali ni di kala negara tgh diancam H1N1, jadi nak tak nak, hampir majoriti org bercekup hidung & mulut. Meriah tetap meriah, convocation tetap berjalan seperti biasa. Cuma first time tgk di screen lintas langsung dr dalam Dewan Utama UTM daripada Canselor, naib canselor, dekan2, pensyarah-pensyarah kanan, prof2 emeritus sampai ke mahasiswa turut bercekup hidung dan mulut. cuma takmau bikin spoilt, semasa ambil gambar terima scroll di atas pentas student2 dinasihatkan membuka topeng muka....heheheheh...

Sunday, August 30, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 52 !!
Pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan untuk menuntut hak Tanah Melayu, bebas daripada cengkaman penjajah. Zaman itu sudah berlalu. Kini kita telah merdekan. Tahun ini tahun yang ke-52 selepas merdeka. Jadi, generasi sekarang yang harus mencorakkan negara yang telah merdeka ini mengikut corak yang tersendiri, bukan secara ikut-ikutan. Banyak aspek yang perlu ditekankan sosial, ekonomi, agama, budaya, bahasa untuk mengekalkan makna kemerdekaan yang diperjuangkan satu masa dulu. Jika tidak, 31 Ogos setiap tahun, kita hanya pandai melaungkan "Merdeka, merdeka, merdeka" tanpa mengetahui tanggungjawab yang terpikul di bahu.. Fikir-fikirkan..!!

Salam Ramadhan semua..:d
Hari ni ramadhan ke-9, harap masih tidak terlalu lewat untuk saya mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa kepada semua. Mohon ampun juga atas segala kesilapan dan keterlanjuran, moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya.
Bulan puasa tahun ni, alhamdulillah nafsu makan saya dah boleh dikawal sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, kalau tak tahun2 sudah, rasa nak memborong satu pasar ramadhan tu. hehe. Tahun ni en. rizal tersayang dapat berpuasa bersama, secara tak langsung ade jugak la tukang mengingat supaya tak boros sangat.
Friday, July 31, 2009
Coach ohh Coach..!!

Acknowlegdement : coachbargains.blogspot.com
Nama diberi : Coach Bonnie Jeweled Pink Tote Bag #13456.
♥Cotton Sparkle Canvas Exterior In A Cream Color ♥ Contrasting Stitching And Leather Trim In Hot Pink And Salmon ♥ Jeweled Graphic Print With Beads, Sequins, Studs, And The Cutest Leather Flower Petals ♥ Large Magnetic Snap Pocket On Back Of Bag ♥ Large Inside Zip Pocket With Coach Creed ♥ Large Slip Pocket Inside ♥ D-Ring To Clip An Accessory Or Key-Fob ♥ Front Of Bag Has A Tiny Turnlock Pocket That Actually Opens ♥ Also A Functioning Coin Purse Attached To Front Of Bag ♥ Stunning Silky Blue Striped Signature Fabric Lining ♥ Large Leather Coach Hangtag & Luggage Tag ♥ Removable Leather-Threaded Chain-Link Strap 18 ½ ”L ♥ Double Leather Shoulder Straps Approx 7 ½ Drop ♥ Large Pockets On Each Side With Brass Turnlock Feature ♥ All Hardware Is Satin Brass Finish ♥ 17 3/4 (H) X 18 (W) Across Bottom, 21” Across Top X 10” (D) Front To Back ~ Opens To 19”Water And Stain Resistant.
Nafsu kata "leh masuk dlm wishlist ni, lg 10 tahun beli, lawoo woo:p".
akal kata "ko nak watpe beg beso2? mcm byk sgt brg nak bawak"...
jadi timbang2, baik tak yah beli lah kot, layan gambo je dah la, hihihii:p
so, kenapa saya tidak harus beli beg ini:
1. beg ni besar sgt for me, saya hanya 153cm. kalau saya yang pakai beg ni, org mmg akan nampak beg dulu dari saya, hahahaa (baru berbaloi, terserlah ke'coach'an nyer, wakakaaa - takdelah lawak aje).
2. saya suka beg besar, tapi taklah sebesar ini.
3. dgn rm2000 saya boleh beli mungkin 2,3 handbag yang elok2 (of course bukan coach)
4. penggunaannya agak terhad, iaitu utk kasual saja. tak sesuai dibawa ke pejabat, saya pulak kerja dgn erm,yes as a goverment servant. nanti melanggar etika berpakaian pulak (macam selama ni ikut sangat pun..hehehe:p) tapi, serious! saya pernah ditegur kerana dengan selamba memakai Blouse Kebaya yang tidak-ketat-labuh-tutup-punggung + Seluar Slack + of course bertudung di hari Jumaat >> serious saya tak tau hari jumaat kena berpakaian kebangsaan (mmg saya taulah Jumaat hari yang mulia dan dihormati,penuh barakah, ibu segala hari, tapi tak sangka melanggar etika berpakaian gomen)
5. It comes in Cream Color >> saya memang failed nak jaga apa juga barang yang berwarna putih (kecuali kain telekung saya-- sbb mmg tak pakai di tempat yang kotor), mmg fobia dengan kain-baju-kasut yang color seangkatan dengan putih-cream.
6. Materialnya Cotton Canvas >> saya agak fobia. pengalaman saya membuktikannnya, teramat frust bila terkena any stain, ink. walaupun dalam specs tertulis "water & stain resistant" apa material yang sesuai dgn saya agaknya, mungkin hanya steel and metal? yang tak kotor sampai bila-bila, yang tidak rosak bila jatuh berkali-kali? kesimpulannya, saya seorang yang.. (anda pun tau saya):p
kesimpulannya, jangan ikut nafsu, bawak2 bertenang.
tapi sbnrnya banyak lagi coach collection yang menarik hati saya,bkn ini saja, takper, saya akan cerita satu-persatu.. hahahaaa..!
sekian utk malam ini.
Tuesday, July 28, 2009
Flashback : Team Building Apr 2009

Mase ni baru sampai, sempat posing..!!
Sebelum berakit, macam tak konfiden je dgn rakit, air sungai tgh deras giler..!! rakit ikat pakai tali rafia, naik 9 orang, buluh 10 batang... tp kumpulan kami juaraaa!!!! bagai nak gile langgar rumpun buluh la, eksiden la, sebbaik rakit tak pecah, tapi senget 45darjah je...ekekeee...! ingat senang berakit, susah gak rupenyerr..
ni geng la kumpulan i.. from left : Dr Sohayati, me, Asniza. yang kat dada i tu BISKUT MARIE...amanah kena jaga..hahahaaa!!! siap spare bawak PETRI DISH & plastic bag songlap dari lab, sbb group sblm ni dah bitau kena jaga biskut marieee!!!
Ni la sungai yang kami redahi mase flying fox, gayat gak la. huhuh

last day, dapat cert..eheheh
makan time, mase ni baru sampai (sorry la, gambo tak ikut kronologi:p)
akibat tak jaga biskut meri..kena la bawak batu-bataaa..hahahaaa..seb baik i tak kena... (sbnrnya biskut i kembang jugak dalam petri dish tu, tp ade bentuk biskut la, mana tak kena masuk sungai, mn tak basahhh..)Wednesday, July 22, 2009
Bali :: The Culture & Nature
Who : My DH and i, Tarmizi (geng scomi gak) & Wife nyer, Kak Liza
Place : Sekitar Bali, Hotel Bali Garden, Kuta, Jimbaran, Tanah Lot etc
Hotel : Bali Garden Hotel (3 star) - hotel lama, but clean, valuable price, bilik besar
Food : Bali mmg worse than Bandung.. susah nak makan, nak cari halal food, suffer!! kena memilih... antara yang halal Natrabu Minang (Sanur), Ayam Bakar Taliwang, Kebab Pakistan (tak ingat nama kedai, McD, PizzaHut), mmg kena guide the supir, soh bawak ke tempat yang kita prefer & dah survey (kami siap buat listing of halal-food restaurant lagi, senang kat sana)...
Culture : Very strong Hindu, 100% different from our Malaysian Hindu. Population is 95% Hindu (walaupun tgk muka, sume mcm muka melayu je). Mmg banyak kuil, kuil dan kuil. temple mmg di sana sini. anjing bersepah macam kucing peliharaan kat sini. Kedai makan dgn selamba jual "babi guling" "bakso babi" (no offend meant ya, i just want to describe Bali itself, we respect their culture, they respect ours, and here we come - to experience it:D)
Nature : Jimbaran is the hottest beach and famous among Mat Saleh. We do have a dinner at Ganesha Cafe (Seafood Restaurant) that cost us almost Rupiah 1,000,000.00 (RM333.00)for 4 persons. Kami tak sempat pusing satu Bali. Dengar2nya Nusa Dua & Ubud tempat yang cantik, ade a few lagi tempat2 lain yang cantik yang kami tak sempat nak gi..
Shopping : We stayed in Kuta (main town in Bali), Near to shopping mall (SOGO, Matahari, etc), near to boutiques (Polo, Guess, Nine West, Voir, Hard Rock Bali, etc) near to McD, PizzaHut and other fastfood and foodcourt. Only walking distance, so easy. Price is cheaper than M'sia of course, tapi tak semurah Bandung. Pasar Sukawati pula tempat pasar basah & kering diorg, mmg frankly kotor sgt. Painting sangat cantik2, mmg giler laa, adoiyaii.. kami sempat gak merembat beberapa lukisan..
