Social Icons

Thursday, November 15, 2012

CCM Langkawi :: Malibest Resort




Jumaat (25 Mei 2012)

Dah puas memerap 2 malam di Langkawi Lagoon Resort yang isolated, kami beralih arah ke tempat yang masih lagi menenangkan dengan pemandangan yang tak kurang indahnya. The next morning, kami pun dengan berat hatinya check out dari LLR untuk ke Malibest Resort. Kali ni nak merasa duduk atas pokok pulak:P

Sedikit pengenalan mengenai Malibest Resort

Lokasi : Pantai Chenang
Alamat : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 
07000 Langkawi, 
Kedah Darul Aman.
Tel : +(604) 9558202 / +(604) 9558222 
Fax : +(604) 9552822
Website : http://www.malibestresort.com/

Kalau sebut Pantai Chenang, mesti semua orang pun tahu kan, betapa meriah/happening nya suasana di sepanjang pantai ni. Hotel dan chalet rapat2 je semua. Kedai makan, kedai souvenirs, kedai jual peralatan mandi manda pun tersedia. Pendek kata semua ada, mat saleh pakai bikini pun ada, ok, bonus.

Enjoylah gambar ya :) 



Deluxe Tree House Kami , diberi nama Jentayu kot. 

bersusah payah angkut trolley bag. 




turun2 tangga tree house, memang terus pantai! subhanallah! 



tree house jiran 



















@breakfast bar, pantai chenang

@breakfast bar, pantai chenang

@breakfast bar, pantai chenang

@breakfast bar, pantai chenang


TIPS Menginap di Malibest Resort : 

  • Sarapan pagi/breakfast tidak disediakan, tapi jangan risau ada banyak kedai dah bukak awal pagi, boleh breakfast dengan jayanya tanpa masalah (kami memilih Breakfast Bar, dekat je dengan Malibest Resort)
  • Kalau nak menginap di Tree House, dan kalau ada pilihan beg luggage, eloklah bawak bagpack, atau beg jinjing, bukan trolley bag. Sebab? sebab hazab nak usung naik ke atas. dan gayat. dan takpayah lah pakai highheels. 
  • Oh ya, Malibest Resort ni, ada chalet atas tanah biasa jugak, maksudnya bukanlah semua bilik Tree House. Tapi macam takda dalam koleksi pulak chalet biasa. Sorry. 
  • Kalau angin kuat, terasa jugak la goyang, dah kata dok atas pokok kan. pokok goyang kan kalau kena tiup angin? Jadi takyah la nak takut kalau tengah malam tetiba rasa goyangan sepoi-sepoi bahasa. 
  • Kebersihan-wise : kami puas hati, bersih. kalau dah kaki sendiri yang bersepah pasir wajiblah kena sapu bilik sendiri kan. kata duduk tepi pantai, ok la tu. mana nak lantai bilik berkarpet macam hotel 5 bintang. penyapu disediakan dalam bilik


rindu pantai chenang

15 Nov 2012 / 1 Muharram 1434H 
17:33 pm 

half-moon vs full-moon

Orang dah pakai 2 kali raya, yang kita baru terasa nak mencuba. Shawl half-moon pertama saya dibeli pada pesta konvo UTHM 2 minggu lepas. itupun oleh kerana kurang keyakinan diri di samping takut2 shawl yang dibeli terperuk dalam lemari, saya memilih beli half-moon plain dulu, takda sakura atau apa jenis bunga, hihi. pemilihan warna royal blue ni pulak sebab 2,3 bulan lepas ada beli satu flair pants warna royal blue, dan rasa warna ni boleh masuk dengan tona hitam-hitam si tampuk manggis saya. 

Dan kebanyakan half-moon yang berada di pasaran sekarang adalah diperbuat dari chiffon. Jadiknya bila jatuh ke bahagian dada tu, nampak natural ke-flair-an nyer. (apa punya bahasa ni). tak payah nak diadun2 sangat. Saya suka! 

Nov2012 : Walaupun half-moon digayakan dengan pelbagai cara, saya masih lagi tak berani nak menggayakan gaya yang extreme, sebab dah cukup selesa dan yakin dengan gaya suka-suki saya. dan pada hari kejadian ni saya pergi kerja tanpa make-up ataupun skincare sbb 2,3 menjak ni malas! 

2009 : shawl chiffon style dulu

Dah lama tak pakai shawl, sejak tudung bawal pun dah banyak yang murah2. tak payah pergi kelantan pun boleh beli tudung bawal RM 8 / pcs, aidijuma pun ada dekat dah (tapi still mahal), kedai kak ctredzuan pun banyak pilihan utk tudung bawal crown yang jadi kegilaan. 

Koleksi shawl boleh tahan banyak masa zaman2 gila shawl walaupun ketika itu menyedari muka amatlah membulat sekali. Tapi, im proud to be boolat. janji senang nak pakai, murah pulak tu. . 

2011 : bukit tinggi. si jendul konfiden dengan kejendulan dan kebulatan.

Disember 2010 : muka bulat, dahi jendul, pakai shawl dgn inner lekap di kepala. ada berani? :p 

Nov2012 : Biosafety Training ::
Kalau yang atas sekali tu half-moon yang bawah sekali ni pulak, full-moon. hihihiiii....

Awas penjual half-moon shawl, saya berkemungkinan menyerang kedai anda :p
Mrs. Farizal 
15 Nov 2012 / 1 Muharram 1434 H 
13:04 pm

tak ada yang boleh bantu kalau sendiri tak mahu


bismillah. 
salam tahun baru 1434 H. 
terasa syahdu. 

yang pasti saya ada semangat baru. 
azam saya biar sendiri yang tahu. 
sebab ini pertarungan dalam diri untuk lebih maju
takda yang boleh bantu kalau sendiri tak mahu


semangat sangat sampai takleh tidur,

Mrs. Farizal
1 Muharram 1434H/15 November 2012
1:56 am

Saturday, November 10, 2012

Lanzhou #2 :: utk siapa yang tanya senang ke makan? :)


takkan kebulur walau di mana ceruk rantau pun kita berada. makanan halal adalah banyak. cumanya takdelah dapat apa yang kita selalu makan di Malaysia. mana nak cari roti canai, nasi lemak, teh tarik, teh ais, kari kepala ikan mamak, nasi goreng kampung, ikan 3 rasa semua. selagi ianya halal, makanlah, jangan memilih. bukan lama sangat pun, tak mati pun. keluarlah dari kebiasaan, sekali sekala. takkan pengorbanan nafsu tahap tu pun takleh nak kawal. 

dialog tipikal yang orang akan tanya bila kita pergi mana2, dalam negeri, luar negeri atau luar negara adalah "macamana sana, makan senang?" 

sampaikan Sheikh Muzhafar ke angkasa lepas pun PM dok tanya masa interview 
"makan macamana, ok ke?" 

lagi satu, bab halal. terlebih dahulu, ini pendapat peribadi saya berdasarkan kefahaman otak ni digest. kalau salah, silalah betulkan saya. 

sebagai rakyat malaysia, kita kan terdidik supaya gunapakai produk yang mempunyai Logo JAKIM sahaja, which is good untuk enforcement di negara kita. syabas JAKIM. kalau dalam Malaysia, ianya amat praktikal untuk kita perhatikan tanda Halal JAKIM untuk buat pilihan, tapi kalau berada di luar negara, manalah kita nak cari logo Halal JAKIM (unless mmg jumpa produk tempatan yang diimport, atau produk luar yang diikhtiraf JAKIM), jadi bila dah nampak tanda Halal dari negara lain seperti Thailand, China, Indonesia, Australia, Europe, USA, yakinlah. Malaysia bukan satu-satunya negara yang mempraktiskan undang2 Halal & Haram, dan menguatkuasakan Logo Halal, Malaysia juga bukan satu-satunya negara yang ada Islamic Council untuk Bab Halal Haram, Europe ada, USA ada, semua negara Asia ada. 

How sure yang Halal JAKIM dan enforcement kita is the best? Kalau ada peraturan saja, tapi enforcement lemah, tak jadi jugak. Kita ada pergi tengok requirement & enforcement dari Islamic Council dari negara lain untuk bab Halal Haram ni? Atau yang terdekat, ada kita pergi tengok Hub Halal Dunia iaitu negara jiran kita Singapura? How comply they are? 

Pernah tak tengok requirement Australia untuk Food Quality Standard & Safety tentang bagaimana nak ikhtiraf produk itu adalah KEK PISANG? Saya pernah baca, dan antara syaratnya adalah kandungan PISANG dalam produk tersebut mestilah lebih 85%, baru produk tu layak dipanggil KEK PISANG. Itu baru nak tentukan KEK PISANG! Eh, kek pisang kat Malaysia layak ke agaknya dipanggil Kek Pisang yer? :p 

Jom sama-sama buka minda, jom berfikir, janganlah terkongkong sangat. Janganlah was-was tak bertempat. C'mon, Islam hangat diperkatakan di seantero dunia bukan Malaysia saja, dakwah jugak giat di mana-mana bahagian dalam dunia bukan Malaysia saja, termasuklah kesedaran yang tinggi tentang kelebihan makanan halal berbanding haram, bukan Malaysia saja. Yang bukan orang muslim pun dah mula cari makanan Halal sekarang, mula cari sumber daging yang disembelih halal, dsb. Its everybody's concern now! 

Tu dia intro.... :p Okeh, back to business. Enjoylah gambar2 makanan di bawah yer. Jangan nak tanya "Halal ke makanan yang ko makan ni teha?" 'Halal ke kedai makan yang depa bawak ko ni teha?" Makanan ni semua adalah Halal, dan kami amat beruntung sebab organizer amat prihatin dengan kehadiran 4 orang Muslim dalam kumpulan kami, semua Restoren yang dipilih adalah Halal, tapi sesetengahnya masih lagi serve arak untuk menjaga market penduduk majoriti mereka yang bukan muslim. Pandai-pandailah kita bawak diri. 

complimentary breakfast setiap hari


ok apa makan telur hari2 untuk breakfast

Lunch Day 1 : Teh wajib kalau makan di gerai-gerai

Lunch Day 1 : Jagung untuk praktis pakai chopstick

Lunch Day 1 : Sup Ayam dan Cendawan ni adalah SANGAT sedap. ada cili padi lagi tu :p 

Lunch Day 1 : Beef ni pun sedappppp


Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal. 

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Official Dinner Day 1 : Nama kedai tak tahu, tapi Halal.

Day 2 Lunch : Beef Noodle


Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Lunch Day 2 : Beef Noodle

Dinner Day 2 : Satey Kambing

Dinner Day 2 : Satey Kambing 
Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk

Dinner Day 4 : Hotpot Restaurant, salah satu makanan yang popular semasa musim sejuk
Day 6 : Kacang2 di market

Beli teh di pasar

Lunch Day 6 : Lunch terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kambing!! 

Ali bin Abu Talib karramallahu wajhah pernah berkata : 
"keluarlah dari negara bagi mencari sesuatu yang berharga. bermusafirlah kerana bagi musafir itu ada lima kelebihan - terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan tentang adab dan budaya serta mendapat ramai kenalan 
(sumber : Buku Pasport Musafir, Oleh Mohd. Zuhdi Ahmad Khasasi, PTS Islamika) 


Mrs Farizal 
10-11-2012, 4:42 pm 


Lanzhou #1

Korang, letih tau. Letih transit sampai 2 kali dan kena claimed luggage, berangkut dari satu terminal ke satu terminal, memunggah segala isi beg dari satu kaunter kastam ke kaunter kastam yang lain, dari arrival gate ke boardng gate yang satu lagi. Akibat dari route kali ni yang tak berapa friendly juga saya terpaksa menggalas beg deuter 45+10 L yang terisi segala mak nenek keperluan, dari yang luar hingga yang dalam, pakaian sembahyang, baju sejuk dah sah2 sebab perubahan cuaca dari satu tempat ke tempat yang lain, gadjet2 juga harus di bawa bersama. Nak dekat 11 kg tau beg galas saya. orang perak kata "rebehh bahu". 


18 jam perjalanan termasuk transit


Cabin China Southern Airline yang membawa kami dari Singapore - Guangzhou, dan kemudian Guangzhou - Lanzhou

tiba di Zhongchuan Airport, Lanzhou. rasakan dua2 berlengas tak mandi seharian. 



Zhongchuan Airport, Lanzhou

Serius saya tak pernah dengar "Lanzhou". Jom kita sama2 mengenal Lanzhou dengan lebih dekat. 

Boleh nampak kan kat mana Lanzhou ni terletak. 

  • Lanzhou terletak dalam Province Gansu
  • Bandar terbesar di Wilayah Gansu, merangkap ibu negeri
  • Populasi 3.8 million (10% muslim), Wilayah Gansu merupakan wilayah terbesar bagi komuniti muslim di China. Keseluruhan muslim di China dianggarkan 30 million. 
  • Pertanian : sayuran dan buah (terutama tembikai susu dan pic) 
  • Bunga rasmi : ros dan lily 
  • yang lain-lain sila wiki sendiri :p 

statue sebagai simbolik Yellow River sebagai Mother River kepada penduduk negara China

satey yang dijual oleh orang muslim. sedappppp. 

Cukup kot untuk entry pengenalan Lanzhou ni. Walaupun tak sefamous destinasi perlancongan seperti Beijing, Shanghai atau Guangzhou, Lanzhou ada juga tarikannya yang tersendiri. InsyaAllah ada masa saya akan tulis lagi mengenai Lanzhou dan trip kali ni :) 


kepala tengah melayang cari idea tentang sesuatu perkara, 
mrs. farizal 
10-11-12, 1:56pm 

Sunday, November 4, 2012

Gajah menyusur

Mungkin peranan gajah menyusur masa cuaca petang angin sepoi-sepoi bahasa tidak berapa signifikan. Tapi di kala mentari tegak di kepala mahupun hujan turun mencurah takda tanda nak berhenti, peranannya jelas amat relevan.

Macam sekarang, kami serba taklena duduk sementara tunggu pak shuhay & ummi yg menemankan ciknani dalam dewan UTHM keluar. Ke pesta konvo sudah, tgk kereta drift sudah, solat sudah, makan cendol sudah, tawaf uthm berkali2 pusingan juga sudah.

Kawasan UTHM boleh dikatakan baru, masih pesat dengan pembangunan yg pelbagai design. Bangunan canselori, stadium, masjid, fakulti, tadika, perpustakaan semuanya serba baru. Untung mahasiswa & pensyarah. Ada keje kosong tak?

Dah kata kawasan baru maka haruslah pokok2 pun baru di tahap remaja, belum akil baligh sbb belum mampu beri keteduhan yang maksimum. Ada kawasan yg masih belum penuh rumput, jadi digantikan dgn lopak2 air tambah lagi musim2 hujan ni.

Dalam kepesatan pembangunan kampus ni, takda pun nampaknya ke arah pembinaan gajah menyusur di setiap ceruk kawasan, tak kira di fakulti, pentadbiran, mahupun hostel. Jadi agak sukar nak menapak dari satu tempat ke tempat lain dalam cuaca yg kurang mengizinkan begini.

Mungkin di sini saya nak usulkan pembinaan gajah menyusur dalam kampus UTHM untuk memudahkan mahasiswa, pensyarah, dan tetamu2 yg mungkin ramai bermusim. Anggota Palapes/ROTU mungkin tak berapa hairan sebab lebih dari hujan panas mereka sanggup redah.


P/S : siapa taktahu apa itu gajah menyusur, sila google sendiri. Biar baru nak tahu sekarang dari taktahu langsung.

saya rindu Uni saya!
Mrs. Farizal
UTHM Kampus Utama Parit Raja
4 November 2012, 5:45 pm




Saturday, November 3, 2012

Saya tagged ciklisa!

Saya nak tagged ciklisa ! ^___^


Semangat nih! 
Mrs. Farizal 
3/11/2012, 10:34 pm 

Friday, November 2, 2012

Convo-trip ciknani day 1

Percubaan utk marathon sementara tumpuan peminat susah mati Man U sebelah saya ni khusyuk tgk screen.

Sampai di Batu Pahat subuh tadi pukul 3 pagi, check-in mamai2 dan masing2 pengsan sampai dekat 9 pagi. Pemanduan betul2 teruji dengan hujan lebat yg tak henti2 sepanjang perjalanan. Satu benda lagi yg menyetresskan adalah gadjet terkini jalanraya abad ini "AES". Welldone!

Tengahari lunch di Restoren Bariani Power. Bagi saya rasanya sedap tapi bukan yg paling sedap setakat yg saya dah cuba. Nasi sedikit berjelatah dan bagi yang pilih kambing, lebih tulang dari isi. Apapun masih ok, silalah cuba.

Ciknani beriya ajak ke JPO sebab akaknya yg sorang ni tak pernah sampai. Sampai JPO hujan, keluar JPO lagilah lebat hujannya. Paling lama membelek di Coach, Fossil & Michael Kors.

Coach for women tak byk yang dari boutique (ada satu Madison Abigail Gathered Leather #18603 je, RM 5.7k, jd RM 3,192 lps sales 30% + 20%), kebanyakan yg lain mmg designated untuk outlet. Bukan memilih taknak beli Coach dari Outlet, tapi kalau nak beli boleh je beli direct dari Coach Factory Online. Utk readers yang mungkin terperasan kenapa saya sebut "boutique" dan kadangkala saya sebut "outlet", boleh google apa bezanya antara dua jenis jualan ni ya. Apapun, Kedua2nya ori!

Coach for men pulak yg baanyak berkenan di hati. Tote byk design yg agak unisex,tak canggung kalau perempuan yg galas. Tapi not in the priority list kami berdua.

Salah seorang adik salesgirl bertanyakan Madison Gathered Leather Lindsey #18643 yg kebetulan saya pakai harini, dia kata "akak mesti beli kat butik ni". Jwb saya sejujurnya "aah butik, tp kirim kat member kat US,butik tmpt kita sini akak tak mampu" Lalu kami pun tergelak2. Untuk readers yang berminat nak tahu apa bezanya design dari Coach Boutique berbanding Coach Outlet, jgn malas google okeh. Ada beza & tandanya. Kalau kalian dah biasa, mmg cepat je boleh differentiate bila tgk any Coach :)

Fossil bagi saya baaaanyak murahnya,dan hampir nak sama kot dgn harga jualan trusted online seller. Leather collection yang menjangkau RM 1.5 - 2k di butik boleh dapat dgn harga RM 550 hingga RM 800 di JPO. Which is almost 50-70% less than normal boutique price.

Pada pemerhatian saya pada kunjungan kali ni, banyak pembeli yg bawa pulang banyak shopping bag Carlo Rino & Padini, agaknya mungkin murah kot. Saya tak berkesempatan masuk tadi.

Awas! Jgn ada perception yg harga barang di JPO merundum sampai 90-95% dari harga asal butik di Malaysia. Takkanlah beg RM 5k kita nak expect mereka nak diskaun jual sampai RM 199. Sales 50% memanglah masih RM 2.5k jadinya. Be rational :p dah memang barang tu harga mahal kan.

Kalau nak tahu lebih tentang JPO, outlet brand apa yg ada, fasiliti yg disrdiakan, tempat makan, tempat solat, silalah terus ke laman web JPO okehhh ^__^

Oklah, nak tidur dulu. Esok nak bangun dan bersiap awal ke konvokesyen cikmok, eh ciknani :p


P/s : Ingatkan sy yg masih terhutang entry Lanzhou

Mrs. Farizal
Crystal Inn Hotel, Batu Pahat.
3 November 2013, 22:21 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...