Social Icons

Thursday, September 20, 2012

Bas dan bazooka

Saya suka naik bas.
Hari-hari saya naik bas.
(exercise 'bina ayat subjek predikat' Bahasa Melayu Tahun 2)

pandai2 je bicara tentang subjek dan predikat. Yg mana subjek yg mana predikat pun otak ni dah suam2 kuku ingat. Ada pulak kena ligan dgn cikgu bahasa melayu kejap lagi:p Eh, betui ke bina ayat tu silibus budak darjah 2?

Mmg pun. Best apa naik bas.
Selain bas, public transport lain tmasuk ketapi, beca, kapalterbang, van pelancong pun best jugak. Best sebab kita yang jadi penumpang, boleh tgk kanan kiri, duduk bersilang2 kaki, kejap lentok kanan kejap lentok kiri, boleh tgk movie, boleh tweet dan update status FB bila2 masa dan of keross update blog suka suki! Hoyehhhh ^___^

(dan kalau ada suami yg bawakkan kita jalan2 pun best jugak,walaupun tak masuk kategori public transport,hehe)

Bagi saya (yg jarang2 kali tidur dlm kenderaan), bila naik public transport sbnrnya kita ada baaaanyak masa untuk diri sendiri. Boleh membaca (kalau time poyo sikit baca journal), layan mp3, edit2 gambar pakai InstaStory Pro, dan menikmati panorama nan indah (yang ni up skit Bahasa Melayu Tahun 6).

Yang tak bestnya cuma ada satu je, bila jadi co-pilot pada suami saya mulalah saya keluar ayat2 seperti :
"speeding2 ni nak buat apa abang, rilek2 je sudah, bukan ade ape nak kejar"
Ataupun
"corner ring ni kan, takyah lah laju2"
Ataupun lagi
"abang tak tekan break kan?"

Dan, selaku pilot, suami saya akan kata :
"sayang tidur boleh tak??"
Ataupun
"kalau takleh tidur, sayang pejam je mata"

Tetttt. Double tetttt.

Naseb baik suami tak kata :
"abg selotep kang mulut sayang tu"

P/S : Gambar hiasan adalah bazooka terisi poster utk dibentangkan esok yg diedit guna InstaStoryPro. Sapa tak try guna, rugi!

Sekian.

Jgn banyak gelak, nanti hilang ilmu.
M.r.s fa.r.i.z.a.l
Sungkai PLUS Highway South Bound
20-09-2012, 5:23 pm

Thursday, September 13, 2012

RM 9 saja, amoi beli abang juai

sebulan lebih takda entry. sibuk kalah menteri. 
sekian pantun 2 kerat kali ini. 
kehkehkeh. eh salah, rhythm tak sama pulak, jadi kena hihihi. 

kepala sedikit tepu semenjak dua menjak ni. dah nama pun makan gaji, maknanya nak gaji kena buat kerja. never ending. takkan habis. dari yang dah well-planned, muncul pulak yang adhoc2. tapi kepala weng ni, mungkin terlebih makan lemang rendang jugak kot. 

cerita raya? adoi, lagging gila baru nak cerita pasal raya. uhuks. tak payah cerita dah la kot kan:p oklah, cerita sikit je, barang se'line dua. Raya kali ni en.rizal beraya kat laut, jadi automatiknya isteri mithali sorang ni pun pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Simpang 4. Raya ke-6 (Jumaat) baru En. Rizal turun ke darat dan barulah kami ke Batu Gajah, dan pusing2 melawat sedara mara yang mana dapat. Next weekendnya, berkesempatan buat jamuan minum petang kecil-kecilan di rumah, jemputan di kalangan saudara mara kedua2 belah keluarga, jiran2 di tiara dan geng2 ofis yang rapat. Alhamdulillah, ramai yang datang. Tq semua ^__^ 

se'line dua konon! 

-----------------------------------------

kerja makan gaji yang tak pernah habis ni, makin hari makin mencabar dan menduga mental. Fizikal tak berapa kuat dugaannya, dan boleh dikawal dan recover. Tapi yang mental ni, macam makin hari makin parah. Macam susah nak sembuh dan dikhuatiri makin menular. yang bestnya, geng muda mudi ni united, semua satu kepala, supervise each other, tarbiyah each other. wow, tarbiyah tu. ya, tarbiyah tu memang perlu, saling ingat-mengingati;)  



Dr. Robert Heckert. saya admire dia! 
Apa yang berlaku sepanjang minggu ni adalah, workshop Laboratory BioRisk Management anjuran United State Department of Agriculture (USDA klik sini) dengan usahasama VRI sendiri. bengkel ni peringkat national, jadi disertai oleh semua staff2 makmal DVS, serta ada juga participation dari universiti dan agensi kerajaan yang lain. Turut dihadiri oleh FAO Representative dari Bangkok. 

Dr Robert buat demo
Hari ni hari ke-4 sudah. Esok pagi ada 2 lecture lagi, dan sebelah petang closing. Workshop ni best hokeyy!  

                                  -----------------------------------------
En. rizal check letterbox dan ada birthday greeting & discount card dari Padini sampai. maknanya? maknanya, my birthday is just around the corner. yeah, my 30th birthday, im proud of it. proud hokey! 



no kad privillage & alamat ditutup sebab takut wartawan serbu. hahahaa. 
                               
                                -----------------------------------------
Last sekali, sebenarnya saya ada benda nak kongsi, tapi takleh lagi kongsi sekarang, sebab tengah eksperimen. Bagi sikit lagi masa, mungkin sekitar seminggu dua ni. InsyaAllah. Sila suspender :P 

oh yer, ade lagi satu. 

petang tadi singgah kedai runcit soon huat ke ape ke namanya. 
beli daun sup & daun bawang sbb nak masak kuetiaw sup untuk dinner malam ni. beli sebuku butterscotch jugak. 

apek tu kata "RM 9 saja, amoi beli, abang juai" 
geli hati rasanya. dan sedikit canggung bila dengar orang cina sebut "abang" 

dan itulah rasionalnya tajuk entry kali ni. 
maaf zahir batin. 


keterujaan, 
m.r.s. f.a.r.i.z.a.l 
tiara lake park 
13 sept 2012, 23:46 pm 




Tuesday, August 7, 2012

Restoren Malika Saba, Jln Dato' Ahmad Said, Ipoh




Ini pula perkongsian tentang Iftar bersama rakan2 VRI di Restoren Timur Tengah bernama Malika Saba yang terletak di Jalan Dato' Seri Ahmad Said, Ipoh. Betul-betul terletak belakang Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Di kanannya pulak Hotel Tower Regency. Tak susah nak cari, bangunannya individual. 

Kunjungan kali ini yang pertama kali untuk saya. 


Lamb lamb dan LAMBBBBB. Tak lupa juga si "Fahsa" Sanda dan "Tabbouleh" :P 




Price are reasonable. Ini harga Ala Carte. Buffet ramadhannya adalah RM 30/ adult, dan RM15/child

Ini roti apa nama ekk. Muwallah tak silap namanya. Sekeping besar gini baru RM3. berapa kali tapak tangan kita tu? :P




Pomegranate Barbican ni saya tapau balik saja. Tak larat nak cuba semua benda sekali harung :P 

Pinggan saya! Ada Mandy Rice, Beriyani Rice, Kambing, Ayam Masala, Ayam Skew, Sayur, Acar, Rotu Sayur,  Daging lembu bakar, daging ayam bakar. Saya order juga Arabican Coffee. 




Siapa datang Ipoh, moh kite ke mari! Satu lagi cawangan Malika Saba ada di  KL. 
Komen : 
  • Must try 
  • Tak menyesal 
  • Harga berbaloi 
  • Sedap sangat (kambing lembuttt, saya sukaaaa sangat2, ayam memang tak layan sangat dahh) 
  • Arabican Coffee, rasanya lain dari coffee kita yang biasa, dia decaffeinated, agak kurang umphh bagi pencinta coffee seperti saya. 
  • Minuman sedap2 (Jus sangat refreshinggg) , Teh Tarik Sedap 
  • Kebersihan 7.5/10
  • Komunikasi dengan waiter - kena cakap perlahan2 dan seketul2, sebab mereka lambat nak faham dan tangkap bahasa kita. 
  • Kalau nak pergi time peak (lunch, berbuka) elok book dulu 
  • Ruang Solat - agak limited, tapi mungkin satu masa nanti boleh extend lagi sebab masih ada space lagi. 
  • Parking - agak hazab sikit sebab memang limited. pandai2 la parking celah2 kedai blok depan. 
Lagi review tentang Malika Saba di sini : Motormouth from Ipoh 


Malam ni mimpi kambing lah saya , 
m.r.s. f.a.r.i.z.a.l 
tiara lake park 
7 aug 2012 :: 18 ramadhan 1433H 
11:06pm 

Moreh Surau Al-Hidayah VRI

Moreh di surai VRI ni diadakan 2 kali seminggu, iaitu pada setiap Selasa dan Khamis. Alhamdulillah, hari ni berpeluang berbuka dengan rakan2 di Surau Al-Hidayah, VRI. Meriah dan macam-macam juadah:)  Menunya agak menarik kali ni, nasi beriani, ayam goreng air asam, sambal tumis udang dan gulai dalca. Kuih pulak pelbagai. Tapi err..tak sempat nak snap2 gambar. 


Dah kata nak berbuka puasa di kawasan Ipoh, terpaksalah stay back. Kalau nak balik balik rumah dulu, alamatnya berbuka puasa dalam kereta je lah. Jadi, bawak segala bagai bedak johnson&johnson dan shower bath serta sepersalinan baju yang sesuai dengan majlis iftar (konon nak mandi kat opis), sekali towel tak bawak. Hasilnya tak mandi sampai ke malam. Ahaks :P Nasib baiklah sepanjang hari ni sejuk2 mendung je, eh kan keje memang dalam air-cond:P badan ni takde lah melekit ke apa, kalau tak mahu tak selesa berjemaah dibuatnya. 

Menu simple iftar semalam. Lamb chop with blackpepper gravy,  potato salad dan puding triffle :) 

Dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan kali ni, cepat betul masa berlalu!  


Moga memperoleh kekuatan untuk lebih istiqamah, 
m.r.s f.a.r.i.z.a.l
tiara lake park
7 Aug 2012 :: 18 Ramadhan 1433H 
10:44pm 



Saturday, July 28, 2012

Bulan, dacing dan jambatan

Memang taknak komen apa-apa, cuma nak kongsikan pemandangan di Kampung Pasir Salak. 



Yang baru lepas buat kek batik,
Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
8 Ramadhan 1433H / 28 Julai 2012
23:53 pm


Beras Bario

Beras Bario ni pemberian member en. rizal masa offshore trip dia 2 bulan lepas. Khabarnya beras ni hanya terdapat di kawasan pedalaman tanah tinggi bernama Bario di Sarawak. Berketinggian 3,280 meter dari aras laut dan suhunya pula boleh mencecah 11 darjah celcius.

Ditanam secara organik, tak gunakan bahan kimia, dituai pulak hanya 1 tahun sekali. Patutlah harganya 1 kilogram = RM 10.00. 10kg? Sendiri kira :p


Komen saya, memang lain rasanya, memang lain wanginya beras Bario ni. Ringan je dan walaupun makan banyak, perut tak terasa sengkak/senak langsung. Baunya semerbak wangi sampai ke hall rumah nak2 kalau tgh pasang aircond kat rumah. Kalah beras2 wangi yg kami guna utk memasak di rumah ni, tak kiralah Pearl atau Jasmine Sunwhite.

Baru 2 kali masak guna beras bario ni. berbaki lagi sikit, mungkin boleh 2,3 kali masak lagi. Sayang pulak nak masak perabis rasanya. Limited edition la katakan, susah nak dapat.

Terima kasih daun keladi Mr. Janting Muli. Merasa kami makan beras bario :)

Salam 8 ramadhan,
Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
28 Julai 2012, 23:38pm

Saturday, July 21, 2012

journal ramadhan :: 1 Ramadhan 1433H/ 21 Julai 2012



Syukur di pertemukan dgn ramadhan kali ni. Sejak semalam perasaan ni sayu je. Pagi semalam ada tahlil di pejabat, menderu2 airmata ni mengalir. Uhuks! Petang, Cuba balik kerja on-time untuk persediaan mkn malam & sekaligus sahur. Alhamdulillah berpeluang solat sunat tarawih di Masjid Sg Trap Batu Gajah bersama mak mertua & suami;) Ramai jugak jemaah, meriah :)

Seronok bila 1 Ramadhan jatuh pada hujung minggu kan, kan?;) Subuh tadi dapat bangun pukul 4:30 pagi dan bersahur dgn menu yg sgt simple, disudahi dgn tamar & air kosong. Harap bertenagalah sepanjang hari ni.

Sekejap lg, insyaAllah akan pulang ke kampung halaman di Teluk Intan. Tak sabar nak jumpa bapak, ummi & adik2. Petang nanti hajatnya nak ke Bazaar Ramadhan Teluk Intan. Antara bazaar yg must-go tau, banyak pilihan & sedap2 belaka ^^ (cuba taknak describe pasal makanan berlebih-lebihan nihh:p)



Utk semua pembaca blog ni sekalian, selamat menyambut ramadhan tahun ini, moga kita semua diberikan kesihatan yg baik utk mengerjakan puasa dan ibadah2 lain yg amat dituntut. Doa saya juga, moga ramadhan kali ini menjadi titik perubahan untuk kita semua menjadi seorang muslim yang lebih baik. :)

Salam kemaafan dari saya & keluarga,
Mrs. Farizal
Tiara Lake Park
1 Ramadhan 1433H, 8:10am

Friday, July 13, 2012

Restoren M. Salim, Jln Tokong, Ipoh

(Penafian : Saya tiada kena mengena dgn keluarga M. Salim mahupun S.M Salim. 
Hanya ingin berkongsikan pengalaman peribadi)

Dibuka sejak 1985. (skrg tahun berapa, cer tolong kira jap)

sorry gambar mana dan je, pakai hp je. 


Rugi. Sy mmg RUGI tak tahu kewujudan restoren ni lebih awal. Kalau tak, mesti muka mak jemah ni yg selalu bertenggek di M. Salim ni.Sejak azali saya mmg gemar masakan berempah. Rasa puas makan. Pedas, panas campur sikit masam. Bertemu regu dgn suami yg selera tak ubah, dua dua jadi kaki makan.

Istimewanya restoren ni (walaupun lokasinya agak tersorok) makanannya SANGAT best, layanannya bagus, kebersihannya Gred A, dann.. kari kapla ikan dia nahh.. semangkuk besarr. Ikannya lembut, manis dan fresh. Kari kambing pun superbbb. Daging lembut, tak hamis, kuah sedapp. Signature Dish pulak ialah Nasi Beriyani Anarkali :P mantapp!

Pertama kali diperkenalkan oleh biras saya pada awal Jun/akhir Mei lalu. Hingga ke hari ini baru dapat pergi 4 kali termasuk baru-baru ni lunch dgn staff lab saya pekena Beriyani Anarkali. Perghh. Mmg terbaikk. (gambar mmg takda,sbb tak ingat apa dah waktu tu:p) 

boleh nampak itu "anarkali" ?:p 

Menu lain yg saya sendiri dah cuba : Capati dan kari kambing. Sumpah Sekeping mmg tak cukup. 

kari KAMBING. sumpah sedap. peberet guwee! 


Ini guwa punya capati. berapa kali dah pekena. terbaekkkk! 







Menu favourite En. Rizal :
Tosai telur bawang dgn daging cincang. Confirm 2 keping.

Menu2 lain yg sedap dan dah cuba :
Nasi goreng ayam
Mee goreng
Kuetiaw goreng
Kari kepala ikan
Nasi beriyani
3 layer tea
Jus Mangga India

Alamat : 75, Jln Bahru off Jln Tokong, 31650 Ipoh, Perak 
Location : Lupa pulak nak set GPS ke ape, nnt kalau ada saya update yer. 
Waktu Urusniaga : Dibuka setiap hari hingga pukul 10.00 malam. Jumaat : 1.00 - 2.00 petang tutup.

"Anarkali" punya gambar, later i will put up okeh ;) 

Jgn pisahkan daku dan dia, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 

Friday, July 6, 2012

Sesekali berjemur dan dijemur

Biasanya 8am-5pm or even until 6/7pm sekalipun kerja dalam aircond. Sesekali berjemur mmg lain macam jadinya. Alhamdulillah, langit cerah, mmg cantik cuaca harini. Sesuai dgn acara.

Sempurna sudah upacara perasmian Karnival Sukan JPV yang disertai oleh semua JPV Negeri Semenanjung & Sabah Sarawak dan institusi di bawah JPV sendiri. Penyertaan pula yang tertinggi dalam sejarah iaitu sejumlah 1,140 orang peserta dari 16 kontinjen untuk 15 acara yang dipertandingkan.

Seronok jumpa (dan ada yg nampak kelibat dari jauh je) kawan2 dari negeri & institut lain. Kalau takda event macam ni langsung tak dpt jumpa.

Esok (Sabtu) saya akan turut serta dlm perlawanan bola jaring. Main liga youu! Hadoih, takboleh bayang penatnya macammana nnt. Uhuks. Wish us luck;)

Harap suami masih kenal saya balik nanti :p
Mrs. Farizal
Kampus Institut Penilaian Negara (INSPEN) Putrajaya.
6 Julai 2012
11:50 pm




Thursday, July 5, 2012

Bas dan blog.

Suku perjalanan tadi tak tahu angin apa dalam badan sampai jadi loya. Jeling2 jugak siapa ada plastik2 jajan yg dah hbs standby manatahu isi perut nak keluar jugak2.

Tapi alhamdulillah sampai di R&R Tapah dapat sikit refreshment makan buah & salted peanuts. Saya mmg jenis mabuk. Mabuk jln, mabuk laut, mabuk segala2. Mabuk todi je tak.

Dulu2 di awal2 terjebak dgn blog masa tahun 2006/07 masa tu tak pakai smartphone, cuma boleh buat entry pakai laptop. Skrg lebih cool. Thanks Blogger for iPhone. Hehe.

Apapun, saya masih prefer baca blog view guna web-version, bukan mobile-version. Bagi saya ianya lebih byk informasi dan boleh lihat sidebar2 yg ada.

Utk anda yg gemarkan web-version seperti saya, sekiranya anda sedang gunakan smartphone sila pergi ke ruangan paling bawah (selepas entry) dan klik pada "View Web Version". Anda akan ke versi web blog saya^^.

Im on a bus ride,
Mrs. Farizal
Sg Buloh Plus Highway
Southbound
5 July 2012, 12:07pm

Sunday, July 1, 2012

sendat dan padat.


Minggu pertama Julai ni akan jadi minggu yang super duper busy. Dah amat terasa bahangnya dari minggu lepas. Fuhh, moga dipermudahkan, dan selamatlah semuanya minggu ni. 

Esok (Isnin) 
saya berharap takda orang kacau, sebabnya slaid pembentangan saya satu habuk pun tak usik lagi. Dah la kena present 2 progress, satu untuk seksyen, satu untuk komiti. Esok jugak kena update beberapa perkara kepada colleague & Dr. Boss. Fuhh. 

Selasa 
Mesyuarat Pegawai mula pukul 8.30 pagi, tak boleh lewat masuk satu saat pun. Kalau tak kena beri 10 sebab :p Mesyuarat ni amat jarang habis pukul 5.00 petang. Kebiasaanya habis sekitar pukul 6.00 petang, dan kemudian disambung ke esok harinya (separuh hari lagi). Kau ade? 

Rabu 
Kalau nasib menyebelahi, semua mesyuarat semalamnya selesai dengan jayanya, maka satu lagi mesyuarat akan diadakan iaitu Mesyuarat Kewangan. Biasanya mesyuarat ni separuh hari. 

Khamis 
Team VRI akan ke Hari Kualiti & Kecergasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kolej INSPEN Bangi untuk menyertai sukan antara JPV negeri serta institut2 dalam jabatan. Tentatif penuh belum dapat lagi ni, tak tahu bertolak pukul berapa dari Ipoh. Taktahu lah cukup training ke tak ni nak buat perbarisan dan main netball. uhuks. 

Jumaat, Sabtu dan Ahad 
Rombongan Hari Kualiti akan berada di Inspen Bangi hingga ke acara penutup Ahad tu. Membayangkan betapa hitamnya saya nanti dan betapa sakitnya urat belikat yang jarang-jarang kali dikejutkan dengan aktiviti sukan ni. Uhuks. 


P/S : Boss, ISNIN dan SELASA minggu berikutnya boleh bagi cuti tanpa rekod? Kalau dapat, mohon 2 hari, kalau tak dapat, sehari pun jadilah! 



Tiara Lake Park 
1 Julai 2012
10:17 malam

Thursday, June 28, 2012

menggeletis dan berbunga2.

menggeletis ni konon maksudnya lagi galak dari menggedik. menggeletis nak buat entry di blog. berbunga pulak tak tahu pasal apa. tapi harini berlalu dengan bunga-bunga di hati. senyum sepanjang hari. takda langsung yang menjengkelkan. 

pukul 9.00 pagi ada mesyuarat R&D. alhamdulillah, dapat present 1 progress project. punyalah ramai yang nak present, hampir 30 orang. meeting yang biasa sekerat hari di bawa sampai ke petang. 

pukul 4.00 petang, selesai meeting. balik ke lab. bukak HRMIS, dan, ya rabbi, masyaAllah, punyalah laju server! to be frank, 4 orang staff di bawah saya (PYD saya) semua orang masih sangkut sbb tak update SKT dalam HRMIS, sampai nama naik di Ibupejabat. Seorang boleh handle sendiri, jadi saya minta beliau buat sendiri. Dua orang lagi pula nampaknya saya takda pilihan, saya yang kena buatkan. Dek kerana server yang laju macam magic, tak sampai pun 1/2 jam saya key-in kan setiap seorang dari mereka. 

Seorang lagi (Debbra), dia tengah berkursus di New Delhi, India, masih tak dengar khabar berita walau 2 email dah dihantar. Kalau takda respond jugak, terpaksa guna authority kuasa gaban suruh Penyelaras HRMIS kami reset password Debbra. Adoi, dateline pulak sebelum 30 June. Nanti lewat PPP jugak yang salah. PPP jugak yang terjejas.  

Nak ke HRMIS? KLIK SINI
apa lagi yang jadi hari ni. 

harini takda apa2 training bola jaring, mahupun perbarisan. hanya kaki yang hencut (sbnrnya jalan yang kengkang akibat pengumpulan asid laktik yang terlampau) memakai highheels. rasa nak nangis seret peha kaki turun naik tangga. uhuks. 

Oh ya, info pasal KAMBING yang dibentangkan oleh En. Azwan dalam mesyuarat tadi amat2 menggembirakan saya sebagai pencinta daging kambing. Serius cakap, kat rumah ni, saya dah amat jarang beli daging lembu, cuma daging kambing dan kambing:P 

sumber gambar : KLIK SINI 

apa ni. mula2 cerita pasal kerja, lepas tu pasal kambing! 



tiara lake park
28-06-2012
8:49 pm

Friday, June 22, 2012

kerana tidak kisah

sumber gambar : DI SINI (klik)
Banyak benda sebenarnya kita tahu, 
tapi tak buat, sebab tak kisah. 
cuba fikir-fikirkan. 

Banyak benda sebenarnya kita tak tahu, 
tapi kita buat, sebab tak kisah. 
cuba renung-renungkan. 


tiara lake park
22-06-2012 
10:47 pm 

Thursday, June 21, 2012

Its raining. Alhamdulillah.

Another short worktrip to PICC this morning with 3 more colls. We will be attending a forum session between majlis sains kebangsaan and young researcher.

Right after i went out from my room (to wait for office car) suddenly the heavy rain started. Alhamdulillah. Hopefully places that threatened by haze will be much better.

Mrs. Farizal
Plus Highway Southbound
21-06-2012 at 12:50 pm

Wednesday, June 20, 2012

rindu kamu

incik yg tengah amik video sunset, saya rindu kamu! 



tiara lake park
20-06-2012
11:58pm

Monday, June 18, 2012

memberi dan menerima

ok, janji. entry 10 minit saja.
cemana nak mulakan yer.

memberi ni bukan tunggu disuruh atau dipaksa.
memberi ni datangnya sendiri. bila hati terdetik, tersentuh, lalu terbuka. 
hendak jadi yang memberi tak perlu tunggu hingga kaya raya (pemberian material)
kerana banyak atau sikit yang diberi bukan ukurannya
yang penting ikhlasnya

menerima ni bukan disangka-sangka.
kadang2 tak terduga.
tidak juga meminta-minta.
yang menerima tak perlu menjaja
yang menerima tak perlu mengemis
yang menerima bukan sekali-kali hina.
selagi ada daya, ada usaha.
selagi ada yang prihatin. yang patut menerima pasti tidak akan terpinggir.

sayangnya. ada saja yang tak kena. baik yang memberi atau menerima. 
yang memberi asyik nak bercerita
yang menerima merungut di belakang

yang tidak buat apa-apa pun (bkn memberi, bkn menerima) marah situ marah sini.
kalau tak hendak memberi dan tidak layak menerima, duduk diam sahaja.
kalau tak nak beri, orang pun tak minta, orang pun tak kata apa.
tapi janganlah yang memberi pula disalah erti, yang menerima dutuduh yang ntah apa-apa.
tak mampu sumbang bentuk material, sumbangkanlah doa.



P/S : haishh, sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan pasal memberi dan menerima ni. InsyaAllah ada kesempatan, lain hari tulis lagi.




tiara lake park
18-06-2012
11:36 pm 

Sunday, June 17, 2012

mlepas gian tak menahan

Rasa teringin. Rasa tak menahan. Tapi rasa bersalah.

Rasa teringin nak tulis blog entry.
Rasa nak menahan nak menaip cerita-cerita yang ingin dikongsi.
TAPI, rasa bersalah sebab BANYAK sangat kerja yang lebih penting kena buat.

Walaupun banyak draft entry yang tengah beratur menunggu masa untuk touch up,
upload gambar dan dipublish, tapi nampaknya saya tak mampu menghabiskan draft2 tersebut.

Jadi entry ini pelepas gian.
Sekian.

Esok isnin hoii !


Tiara Lake Park
17 Jun 2012
8:58 pm

Wednesday, June 6, 2012

Saya rasa macam lain, ke biasa?

Saya rasa macam lain,
Err.. Ke biasa2 je?

jaringan labah-labah 2

on 21 May 2012 

Okeh, moh kiter sambung kisah labah-labah.
Bila difikir-fikirkan nasihat Ustaz Kazim, saya teringat satu lagi kisah yang jadi kat saya.
Insiden di Poslaju Ipoh.

Kebiasaannya saya akan buat urusan poslaju selepas waktu pejabat, sangat-sangat bersyukur sebab waktu urusan kaunter poslaju hingga 8:30 malam pada setiap hari bekerja, sabtu pun bukak! Tak payah lah nak bersesak-sesak semasa waktu lunch hour pejabat yang cukup cukup je untuk ke kantin, jumpa kawan2, berborak, dan kemudian solat dan berehat di bilik sementara tunggu pukul 2 petang. Adik-adik poslaju (walaupun ada yang nampak gaya macam Abang2, tapi saya “adikkan” je semua, senang dan saya tak kekok bila nak berurusan).

Nak dijadikan cerita, satu petang tu saya keluar dari pejabat seperti biasa sekitar pukul 6 petang, baru ingat hari tu adalah Rabu. Bila Rabu maknanya ada pasar malam kat Rapat Setia. Walaupun dah duduk jauh dari pinggir Ipoh, Pasar Malam Rapat Setia tetap di hati. Oh bahagia pergi pasar malam. Apakah.

Dah la keluar pejabat lambat, singgah pulak di pasar malam, rasa-rasanya pukul berapa nak sampai di Poslaju?? Haruslah jam pun dah nak dekat 7.00 malam masa tu. Selesai urusan, Cik City pulak tak boleh nak start enjin. Memang cemerlang gemilang sangat rasanya bila benda tu jadi waktu-waktu syaitan dah nak keluar. Kalau bapak saya tahu dia mesti membebel, sebab dia mmg pantang dalam waktu peralihan2 gitu anak dara eh mak dara masih duduk luar rumah.

Cuba start beberapa kali tak boleh, pakej bertambah lengkap sebab suami pulak mmg tengah kerja luar kawasan, ohh, saya perempuan yang teraniaya masa tu, insan yang lemah (apakah?). Akhirnya bila dah takleh nak setel seorang diri, saya pun mengalah call En. Atan (opismate saya yang suka tolong orang, jadi orang pun semua minta tolong dari dia). Alhamdulillah, sebagai insan yang lemah, tiada suami di sisi ketika itu En. Atan available untuk membantu. Takpa lah walaupun kena tunggu beberapa minit, sebab kena fikir jugak orang tu pun ada anak dan isteri. Waktu pulak tgh maghrib.

Sementara tunggu dia, saya pun melakukan percubaan demi percubaan start kereta. Seorang staff poslaju yang mulanya tengah memunggah2 barang dari dalam van dan 2 orang adik kaunter datang dekat saya, cuba bantu apa yang patut. Tak lama lepas tu En. Atan sampai, cuba lagi, tapi memang takleh buat apa dah walau di “jumper” dengan kereta lain. Adik-adik poslaju pulak, dengan ringan tulangnya pergi survey kedai2 kereta yang berhampiran dengan tempat kejadian, tapi malang memang tak berbau, tapi dalam kes ni agak berbau, sebab dah sah-sah jam gitu kedai apa pun dah tutup.

Menyedari pilihan makin tak banyak dan hari makin gelap, En. Atan cadangkan pergi ke kedai kereta di kawasan Ampang, yang confirm bukak lagi time2 gitu. Saya pun menurut dan ikut dia. Cik City pulak ditinggalkan di Poslaju yang gelap-gelita-lampu-jalan-rosak pulak malam tu. Sambil diberi jaminan oleh adik-adik poslaju bahawa Cik City akan selamat dalam premis mereka, mereka akan tengok2 kan.

Selesai dapat bateri baru dan melayang RM230, kami kembali ke poslaju dan acara memasang bateri bersuluhkan handphone dan torchlight adik-adik poslaju berlangsung dengan jayanya. Semuanya selesai pukul 8.45 malam, pukul 9.00 malam saya sampai rumah dengan selamat. Dalam perjalanan suami telefon, ceritakan semua, suami pun bersyukur panjang dengar ada orang2 yang sudi tolong isteri dia yang selalu kena tinggal seorang ni.

Selepas kejadian tu, suasana ketika berurusan dengan mereka di kaunter poslaju jadi semakin ceria, walaupun dalam keadaan letih bekerja seharian dan kena beratur panjang. Kelebihan? Masih tak ada apa2, cuma mudah sikit minta borang kosong lebih. Itu sahaja. ^__^



Kesimpulan dan pengajaran :
  •           Dah tahu bateri dah tunjuk perangai susah nak start, sila ganti bateri cepat2.
  •      Bersyukur sebab jadi di kawasan poslaju, iaitu kawasan yang saya biasa dan kenal dengan orang sekeliling, bukan di tepi jalan atau di jalan shortcut saya balik kerja yang banyak anjing & gelap.
  •         Walaupun saya seorang2 perempuan masa tu, saya rasa selamat sebab saya tahu adik2 tu kenal saya dan staff saya (En. Atan) boleh dipercayai.
  •      Jalinkanlah hubungan baik sesama manusia, tak kira di mana-mana kaunter perkhidmatan, di pasar malam, dengan makcik duduk sebelah di foodcourt, dengan tukang kebun, dengan pekerja DBI yang datang ambil sampah kita setiap hari isnin, rabu dan jumaat, atau dengan makcik jual goreng pisang. Janganlah sombong tak bertempat. insyaAllah takda apa yang rugi. 



P/S : Nantikan laporan lengkap Percutian Langkawi sedikit masa lagi. InsyaAllah.

Seminggu dah blog takda entry,

Tiger Lane - 06 - 06 - 2012

Tuesday, May 29, 2012

Oh No!

Tak boleh terima Mejar Dr Faiz terkeluar dari Masterchef Selebriti Malaysia. 
Sebab? Sebab :
  • kalau betul2 ikut cabaran penyingkiran tadi masakan beliau mmg terlebih tomato puree (sampai 1 tin:P), tapi tortilla ok,ayam pun masak, rupa pun ada. Dan cili padi tak terasa,oleh itu mungkin tak menepati tema "malaysia"
  • Raja Azmi salah cheese. rasa lain dari yg sepaturnya. Tak kenal cheese.
  • Double A pulak takda rupa apa, mcm puding roti pun ada. Tapi chef kata sedap.
  • Farouk so far tadi dia yg dapat komen paling selamat.
  • Dr Faiz, dia siap tolong org lain habiskan kerja walaupun tu cabaran individu bukan kumpulan. Tu elemen suci,tak seperti Double A yg asyik provoke & havoc tak tentu pasal


Cabaran2 sblm ni pulak : Dr Faiz top 3 masak lobster. Wuuwuu. Tak adil. Dia ada potensi dan mesti diberi peluang!

Kesimpulan : hakikat realiti show, mereka akan pentingkan rating. Lagi org nak tgk Double A keluar kerana nyampah tgk peel2 dia,lagi penonton nak tgk tiap2 hari rancangan mereka.

Masalah skrg ni takleh nak terima hakikat, boleh?

Wuuwuu T__T
Mrs. Faizzal eh Farizal
Tiara Lake Park
29-05-2012
10:20 pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...