
Thursday, November 11, 2010
si luncai yang sukar dimengerti:p

gambate yang bukan bodek
Monday, November 8, 2010
gian menulis
Bukak fesbuk tgk update kawan2, bestnya! Ada yang pergi makan kat sana sini, yang sini gi shopping, yang sana dah selamat melahirkan, yang situ mendapat berita gembira mengandung anak keempat, yang sana tengah busy bekerja, yang sini tgh hot berchenta, yang sana dok perhati gelagat anak, tak kurang jugak yang tengah promo barangan untuk dikongsikan;)
Saya? Saya sekadar pemerhati untuk malam ini, silent reader. tiada yang hendak dikongsi di fesbuk melainkan kepada blog ini;) senang cerita, I miss to write on blog sbnrnya;) hikhikhik. Gatai.
Gian dilepaskan dengan letak gambar2 masakan, ada 2 kategori masakan iaitu 1st attempt Vs favourite all the time:p boleh?
Saturday, November 6, 2010
kasihan mat rempit
kesian tgk mat rempit dahagakan perhatian sampaikan buat pertunjukkan tanpa fikirkan keselamatan diri. bangga sangat bila orang kiri kanan tengok aksi merbahaya mereka.
bila tgk "kehebatan" mat rempit dalam video di atas, teringat mat rempit yang konon hebat pada malam deepavali baru-baru ni. masa tu en.rizal & saya otway fetch cik arkitek di medan gopeng, jam pukul 4.55 pagi. lokasi "pertunjukan" mereka di sepanjang jalan pasir puteh. tapi aksi mamat di atas jauh lebih power, aksi malam deepavali mereka mcm takda motif &objektif. hanya aksi langgar lanpu merah , masuk lane yg salah dan ram-ram motor kuat2 sambil melilau2.
yang paling saya heran lagi.... punyalah ramai penonton, penuh bahu jalan sepanjang jln pasir puteh. itukah yg dimegahkan sgt? orang india yang beraya dok diam2 kat rumah, orang melayu mengalahkan yang menyambut raya.
dek kerana geram, sy terus sms ke DAPAT utk buat aduan apa yang patut. Rakan-cop lah katakan;)
p/s: utk keselamatan diri, saya biasanya akan simpan no balai polis berdekatan utk kegunaan emergency. saya rasa anda pun perlu buat yang sama;)
Monday, November 1, 2010
relakan daku
Saya dah agak dah minggu ni pasti akan jadi minggu yang sibuk dengan macam2 hal kat opis. Tak tau mana yang nak dimulakan dulu sebab seems like semua benda are URGENT walaupun ada yang NOT IMPORTANT. Mungkin saya kena buat list IMPORTANT+URGENT / IMPORTANT+NOT URGENT / NOT IMPORTANT –URGENT / NOT IMPORTANT+NOT URGENT kot.
Oleh itu sila relakan royanan oleh hamba ini, sapa taknakbaca toksah baca, takda paksaan, huhu.
a) Projek CLA monoclonal dengan boss besar : boss besar dah datang 2 kali ke lab untuk buat sendiri eksperimen tu, kata beliau projek yang satu ini memang beliau nakkan ‘personal touch’ dia. Walaupun begitu malangnya saya belum ada peluang nak jengah belajar dan buat sekali dengan boss. SEBABB ? sebab saya diamanahkan uruskan benda yang NOT IMPORTANT but URGENT.
DATELINE yang boss kasi : “end of November saya nak mesti dah ada hybridoma “(tapi myeloma pun tak ready lagi by now okehhh)
b) Writing of the H5N1 monoclonal & BTV AGID paper : oh sesungguhnya sehuruf pun saya belum mula menulis walaupun eksperimen sudah berjalan nak sampai penghujung dan results pun alhamdulillah mampu menggembirakan hati boss.
Kesimpulan di sini : teha kau tak fobia ke nanti bos tanya “where is your work? Where is your paper?”
DATELINE yang boss kasi : dateline hari2 sebab hari2 boss tanya. Hahahaaaa.
c) Administration (SKT / KPI Unit ) : bila dah jadi gile kuasa macam saya haruslah kena buat SKT KPI untuk unit yang tersayang, nasib baik staff ada 6 orang saja dan skop kerja more on research, tidak on diagnosis macam unit lain. Boss letak dateline 15 November 2010, tapi saya baru achievement update hingga September saja, bulan oktober belum diterjah lagi.
DATELINE yang boss kasi: 15 November 2010
d) MS ISO IEC (2005) 17025 : hamikkk, ai letak nama penuh lagi. bagi sesiapa yang taktau apa kejadahnya menatang tulisan panjang2 tu, ia ialah system kualiti untuk laboratory (to be specific veterinary field) dan amat memeningkan kepala saya. Since kami semua buat keputusan untuk undur diri dalam 1st application, makanya kena workhard untuk 2nd application ni.
DATELINE yang boss kasi : kata beliau “hujung tahun ni pastikan semua ready dan kita boleh apply secepat mungkin”
e) R&D report 2010 : bunga bunga cinta dah berputik bila coordinator r&d tersayang menyebut2 tentang report yang lazimnya dihantar hujung hujung tahun begini. Bahangnya sudah terasa bila beliau dah mula ingatkan saya supaya compile itu dan ini. Lepas compile nampaknya kena memerah otak buat segala rumusan bagai untuk menamatkan 2010 dengan jayanya.
f) Rombongan cik kiah ke hatyai & songkhla pulak Alhamdulillah banyak yang dah sempurna selepas dingdong di sana sini. Saya kecut perut bila boss kata “ I hope all 3 of you can make this trip successful” dan saya hanya mampu cakap “insyaAllah” . Harap hujung bulan ni trip berjalan dengan lancar dan yang penting selamat semuanya.
g) Sebagai pemantau kepada mandor2 di bawah kawasan seliaan saya, ai seharusnya buat meeting untuk tahu apa masalah mereka, malangnya tak berkesempatan lagi. pelik tak researcher kena pantau mandor buar kerja? Bukan mandor saja memadai untuk memantau keseluruhan perjalanan kerja2 sokongan kah? sebab tu namanya MANDOR kan? kan??
p/s : en.rizal, boleh tak saya bawak "sikit" kerja balik ke rumah? huhuhu..
Friday, October 29, 2010
sohaimi mior hassan ft ana raffali :: kalau berpacaran
(Sohaimi Mior Hassan)
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman
(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya
(ulang Korus)
(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
(ulang korus)
Monday, October 25, 2010
ya allah, jauhkan hambamu ini dari penyakit jantung
Tau sajalah birokrasi zaman sekarang, dari bawah naik ke atas, dari atas turun ke bawah semula. Kena mohon permission sana sini, tulis surat sana tulis surat sini. Ok fine, itu mmg understood. biasalah tu, kata 'saya yang menurut perintah' kan.
semua dah clear tinggal lagi ahli rombongan cikkiah pulak yg menguji kesabaran saya. Sgt menguji ok!
1) masalah standard - susah sgt nak confirmkan attendance. Dah bagi duedate panjang pun masih lg taktau nak buat keputusan, kejap boleh pergi, kejap takleh pergi.
> jawapan : susah sangat nak bagi keputusan, ai konsider anda takmo pi okeh, sila jangan kecoh.
2) masalah standard 2 - kena bayar ke pergi trip ni?
> jawapan : bayar, masuk toilet pun ada sampai RM2.
3) masalah standard 3 - roommate saya siapa yer, saya taknak duduk dgn si polan si polan. si polan berdengkur kuat, si polan masuk toilet tak flush, si polan selalu makan tak ajak, si polan pasang aircond kuat2.
> jawapan : sila advise saya. walau saya tahu mana regu, mana yang seteru, mana tau kot tersilap pair jugak. sat lagi berlaga dalam bilik pulak.
4) masalah standard 4 - makan2 dekat r&r pakai duit sendiri ke atau disediakan??
> jawapan : sudah tentu duit sendiri. budak tadika pi rombongan pun mak ayah depa bagi duit untuk beli jajan kat R&R.
5) masalah LUAR biasa - "boleh tak saya nak duduk sebilik dgn cik abg saya, susahlah kalau kami lain bilik, COLGATE kena bawak 2, tuala kena bawa 2, beg kena bawa 2. Nanti nak belanja2 susah, duit semua dekat cik abg.. Lagipun duit cik abg duit akak,duit akak duit akak.."
> jawapan : ini team building BUKAN family day. kami bukan kejam sangat, apatah lagi dengki takmo bagi suami isteri satu bilik. malangnya counting lelaki dan perempuan dah cun-cun. lagipun setakat nak beli colgate 2 batang & packing 2 beg baju masalah kah itu??? ya ampunnn !!!
Oleh itu, izinkan daku menarik balik kata-kata siang tadi. saya rela jadi cikgu, sebab jadi cikgu anak murid senang ikut cakap, boleh jalan pimpin tangan berdua2.. Berbanding bawak mak mak dan bapak bapak orang yang boleh buat saya jadi migraineee!!
"tak faham arahan"
panas lagi hati saya
bilik aircond pun tak bermakna
kepala dah berdenyut-denyut
urat leher tegang sampai ke bahu
tetiba rasa bersalah!
rasa bersalah sebab baru lepas marah orang
walau saya marah bukan berdepan depan
"tak faham arahan!!"
kalau dia dengar mesti dia kecil hati
macam saya bagus sangat je bunyi
maafkan saya
tapi memang anda TAK FAHAM ARAHAN!!
p/s : gamaknya itulah hikmahnya saya tak jadi chekgu, kalau jadi chekgu mesti dah kena penumbuk dek ibu bapa anak murid. sesungguhnya bukan senang melawan kemarahan dan memupuk kesabaran yang tinggi.
Tuesday, October 19, 2010
moga lepas ini giliran saya pula, amin:)
bila lama tak update
bila lama tak update, maka baaanyak cerita nak diupdate
bila lama tak update, mula rasa maaalas nak mulakan update
sebab bila dah mula update mulalah asyik nak meng-update je, paham kah?:p
bila lama tak update, maka maknanya saya pun dah lama tak bukak blog
bila lama tak bukak blog, maknanya saya jugak dah lama tak blogwalking
bila lama tak blogwalk, maknanya trafic menjadi sangat semput
bila trafic jadi semput, saya mulalah hilang semangat nak menulis
bila kurang semangat nak tulis, terhasillah tulisan mengarut begini.
sekian:)
Sunday, October 10, 2010
Eat Pray Love (EPL)

aritu tengok MAGIKA dengan shariza, naama, basirah, kak zarra & aniza. dari 5 bintang, saya kasi 4.5 bintang. sebab? sebab ada part yang saya tak leh terima apabila dimuzikalkan. tengah ai feeling air mata berlenang2 sekali masuk laguuu.. hancus! terkencat suda baaah:p cemana pun tahniah pada KRU sebab katanya kutipan dah mencecah lebih RM 4 juta.
berbalik pada topik malangnya EPL masih belum ditayangkan di Ipoh. haiihh la, apasal la Ipoh selalu lambat?? tak sabar nak tgk EPL, lalu saya pun ushar2 saja di MPHonline dan browse sana sini about it.
ikut sinopsis ceritanya, Elizabeth Gilbert (Julia Robert) dia ni dah kawen dan ada krisis rumah tangga hingga menyebabkan penceraian. maka untuk mengubat hati dia nekad merantau untuk mencari dirinya yang sebenar, yang dah lama ditinggalkan. Destinasinya Rome, Italy - Bali, Indonesia dan Delhi, India. masa ni lah die jumpa dengan hero dan dia banyak belajar tentang kehidupan yang lebih bermakna. Tgk dalam review semua gambar2nya cantekk2! dan dengar2nya jugak filem ni dikatakan filem terbaeekk oleh Julia Roberts.

bagi siapa minat membaca, boleh dapatkan di mana-mana kedai buku. taklah mahal mana, tak sampai RM 40.00. bagi siapa nak tonton, pi la cinema mana2 kecuali Ipoh yang lambat sangat. tensiii!
Ada apa dengan 10.10.10?
Ada apa dengan 10.10.10?Ya, satu dunia tahu Datuk SMS telah menikahi Dr Halina hari ni. Sweet sangat pasangan mereka ni kan? Suka dengan Dr Halina, nampak simple, not overdone! Walau raut muka Dr Halina adalah raut muka masam, tapi beliau tak lekang dengan senyuman, nampak lembut sangat okehh. oh patutlah Datuk SMS terpikat, ahaks. Klik sini untuk gambar sekitar pernikahan Datuk & Dr Halina.
Hari ini juga kami sekeluarga berkumpul di rumah, bermanja dengan bapak & ummi yang insyaAllah akan mengerjakan Haji pada 18 Oktober nanti. Doakan semuanya baik-baik dan selamat saja ya! Masih ingat masa pertama kali bapak & arwah mama mengerjakan Haji 10 tahun yang lalu, masa tu adik bongsu saya, en.noramin baru darjah 2, ciknani darjah 6, cik arkitek di SEMESTI dan saya sedang buat matrikulasi di KMPP. sampai demam en.noramin rindukan arwah mama, huhu. en.noramin & ciknani makanya terpaksa tinggal dengan pengasuh kami. erm.. 10 tahun sudah berlalu rupanya!
Berbeza kali ini, kami dah cukup besar dan ada haluan sendiri, boleh jaga diri sendiri. Makanya raya haji tahun ini sekali lagi tanpa bapak & ummi. dan entah2 en.rizal pun kena beraya di offshore.. uwaaaa..! hehe! jangan nangis2 okeh teha, anda yang sulung okeh, be strong dan take care of your sisters & brother!
Okeh, berbalik cerita 10.10.10. Setiap tahun setiap orang akan sebolehnya memilih tarikh cantik untuk mengabadikan kenangan. lepas ni pastinya 11.11.11 pulak kan. lepas tu pasti 12.12.12. tapi bila tahun 2013.... tiada lagi 13.13.13..hehehhe! maka, tamat sampai 12.12.12 sahaja fenomena ini:p
Ada apa lagi dengan 10.10.10?

Haaaa... jangan tak tahu, AirAsia dan MAS tidak ketinggalan buat promotion sampai naik juling mata tengok harga pakej yang ditawarkan. semuanya hanya untuk hari ni saja! Siapa berhajat, sila cepattt!

sekian, salam 10.10.10!:D
persoalan saya
- persoalan ; apasal orang suka nak banding2 seseorang?
- pendapat saya ; bukankah tiap orang tu unik, mana ada yang sama. maka, kalau takda yang identikal, mana boleh kita buat perbezaan, kan? nak buat comparison/perbandingan mesti pemberat nya sama kan? kalau tak, itu namanya TAK ADIL. jadi kesimpulan saya, setiap individu memang tak boleh dibanding2kan, tak kiralah dari aspek apa, luaran atau dalaman, sbb semua kita ni unik, mmg tak ada yang sama. setuju?
- Buat apa nak dibanding2kan. bukankah setiap makhluk itu unik ciptaan-Nya, tak perlulah kita jadi pengadil yang menilainya. terimalah setiap individu itu dengan seadanya;)
- Cth isu yang selalu dibanding2kan :
- persoalan kedua ; apasal orang susah nak menghormati hati orang lain? (tak kira yang muda kepada yang tua, mahupun yang tua kepada yang muda, atau yang sama usia)
- pendapat saya ; usia itu hanya angka. dah jadi resam kita yang muda kena hormat yang tua. tapi tak bermakna yang lebih berusia boleh buat apa saja kerana yang muda juga manusia yang ada rasa. kalau orang lebih berusia buat salah pada yang lebih muda, tak salah kan kalau orang lebih berusia tu minta maaf?? tak jejas apa pun kan?? atau masih yang muda kena mengalah & mohon maaf? ohh, typicalnya
b) saya pernah buat salah pada staff2 saya, lalu saya minta maaf pada mereka. makin lama makin erat hubungan kami sepejabat.
e) ibu saya pernah mengguriskan hati saya, lalu ibu minta maaf dari saya. tak pulak saya berlagak sombong lepas tu, tak luntur hormat saya pada ibu.
f) saya buat salah pada suami saya, suami maafkan saya. bahagia rasanya bila saling memaafi.
Thursday, October 7, 2010
Sushi King Bonanza @ RM 2 :: 11 - 14 Oct 2010

Date : 11-14 Oct 2010 (Peninsular), 18-21 Oct 2010 (Sabah & Sarawak)
T&C :
- Untuk member 2010 & 2011 shj
- Macam biasa 1 hour per entry (cukup2 la tu makan sejam kan, orang lain pun nak makan jugak)
- macam biasa juga, RM2 hanya untuk rice-based on kaiten
- macam biasa, hanya boleh bawak 5 orang per entry
- macam biasa jugak, chop chop tempat tak main yerrr...
- dan macam biasa sekali, dah sedap sental sushi, sila bayar di kaunter, voucher2 lain tidak dilayan!
siapa nak ikuttt?;)
Tuesday, October 5, 2010
Thanks tuan blog intizhar-kalamhati;)
moga-moga ramai lagi yang berkunjung ke blog akak.
sama samalah kita support menyaport!
kebal sgt ke?
walau jadi pencatat minit lagi untuk event yang satu ini, saya redha.
waaaaa.... ikhlas kah?
kali ini saya ikhlas.
kali ni je, kali yang dah berkali-kali tu?
ikhlas jugak:p
jom fikir positif tentang pencatat minit.
sekurang-kurangnya 2 hari ni saya berlatih kemahiran mendengar dengan peka, ketajaman mata, kelajuan jari-jari ni menaip dan juga duduk dengan postur yang betul...
dalam masa yang sama dapat jumpa dengan orang yang macam2 bangsa serta negara, ramai kawan! selain tu, dua hari ni dapat peluang mencatat minit dengan Dr. Suhaila, gandingan pertama kali ni, julung2 kali. kehkehkeh. sampai nak demam Dr Sue dibuatnyer!=p ai tak demam, jangan risau, sebab dah KEBALLL! wahahahaaaa..
gambar ada, nanti ai upload ok!:D
Saturday, October 2, 2010
Konsert Maher Zain 15 Oktober di MBSA Shah Alam
The most long awaited and anticipated live performance by Maher Zain in Malaysia. Alhamdulillah, FINALLY!
Date: 15th October 2010
Time: 8.00 pm – 11.00 pm
Venue: MBSA Auditorium Shah Alam
The info was taken from Maher Zain’s fanpage (click for the post)
Since I dengar lagu2 Maher Zain awal Ogos lepas, I memang jatuh cinta dengan SEMUA lagu2 dia lah. Very nice, beautiful and different approach of nasyeed songs. He has such a great voice and talent – he sings, write and produce his own songs. The lyrics, subhanallah, memang indah, dan guess what, really made me cry :’) Bless him.
Antara lagu Maher Zain yang paling paling paling I suka;
Thank You Allah
Lirik dia rasa dekat dengan apa yang I rasa. Kadang2 I rasa jauh dengan Dia. Tapi I bersyukur kerana Dia masih sayangkan I. Dia datangkan pelbagai dugaan dan cabaran supaya I sentiasa berada di sisi-Nya. Kenapa I cakap macam tu, sebab dalam semua dugaan tu, tak pernah tak datangkan kebaikan kepada diri I
Always Be There
I suka liriknya because it’s very true indeed. He’s always there. Jangan pernah kita kata kita ‘sunyi’ atau ‘keseorangan’, kerana dia memang selalu ada. Hanya kita yang selalu tak ingat Dia. Dialah pendengar yang setia dan terbaik. Bila kita sedih, He is the best one kita boleh luahkan segalanya. He knows us best dan akan sentiasa membantu kita bila memerlukan.
The Chosen One
Lagu ini ditujukan buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Indah lagu ni – muziknya… liriknya… subhanallah, I suka sangat. Betapa istimewa dan hebatnya Rasulullah dan peribadinya digambarkan dalam lagu ni.
Open Your Eyes
Lagu ni cuba membuat kita sedar untuk melihat kewujudan dan kebesaran Allah. Melihat, medengar, merasai segala ciptaan Nya di sekeliling kita, kita takkan dapat deny how perfect and beautiful they are. Subhanallah
Lagu2 lain pun I suka, sebab semua memang best dan terbaekkk. Memang worth it lah kalau beli album dia, nough said
OK, in case korang tak tahu siapa Maher Zain ni… let’s check out a brief story tentang dia ni. From the info I read kat Islamic Lyrics, he is a Swedish yang merupakan Labanese origin. Family dia berpindah ke Sweden masa umur dia 8 tahun. Dia kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di universiti dalam Bachelors degree in Aeronautical Engineering.
Atas sebab minat yang mendalam ke atas muzik, dia pernah berpindah dan stay for a few years kat New York. Walaupun apa yang dia buat masa tu was described as living the dream job, tapi menurut Maher, “I loved the music but I hated everything that surrounded it, it always felt like something wasn’t right”.
That is why pada Januari 2009, dia then decided untuk beralih ke muzik yang reflect more of his own identity as a Muslim, Western and Arabic. He signed up dengan Awakening Records dan kemudian lahirlah album debutnya “Thank You Allah” yang terus menduduki tangga pertama di Amazon’s World Music charts.
p/s: Copy paste 100% dari beautifulnara.com. beautifulnara.com pulak copy 100% dari secretwhisper.net=)
Friday, October 1, 2010
TeacherShida : anda memang rawk & cool
sangat kool kan? sempoi gila!
siapa berani buat macam teachershida? ada brannn?:p
setiap orang ada cara tersendiri nak menghiburkan hati sendiri (dan menghiburkan orang), ada cara sendiri jugak nak mendapat kepuasan diri, ada cara sendiri jugak untuk mengisi masa, ada cara sendiri nak mereleasekan tension. maka ini adalah cara teachershida! bravo lah.
sumpah kalau orang kasi RM10,000 pun belum tentu ai nak buat macam ni, ai tak se-sporting teachershida ok. huhuuuu..! bagus ade teacher yang sporting gini, senang nak ngajar budak2, senang nak mendekati budak2. ingat senang ke nak tekel budak2? ingat senang ke jadik cikgu?
dengar2nya teachershida terasa hati bila dihentam oleh segelintir orang yang kurang menyenangi video2 yang dikongsikan sebab profession teachershida seorang cikgu. takpalah, yang tak suka tak boleh nak paksa jadi suka. bagi saya, biarlah teachershida, itu cara dia, let her be. bukan jejas kat kita pun. dapat jugak kita tersengih waktu tension bekerja, kira sampai lah motip teachershida ni, iaitu nak menghiburkan orang.
ada orang menghiburkan hati dengan menyendiri
ada orang menghiburkan hati dengan window shopping
ada orang menghiburkan hati dengan menyental kain
ada orang menghiburkan hati dengan berkebun
ada orang menghiburkan hati dengan masak kat dapur
ada orang menghiburkan hati dengan berblogging (ahaks)
ada orang menghiburkan hati gi karok
ada orang menghiburkan hati dengan ngemas rumah
ada orang menghiburkan hati dengan buat video miming macam teachershida! hehehee...
suka hati die la kan!
hari migraine sedunia & tips deboned ayam
ok, dah la tu pasal hari migraine sedunia. masuk lepas asar baru la kepala ni ok. alhamdulillah. mandi semahu-mahunya lepas tu pi tesco beli some groceries. ahad ni ada geng bas sekolah nak mai beraya rumah, hehe. ai pegi la kat tempat ayam. dah ambik sejumlah yang saya mahu, pi la kat pakcik timbang & siang ayam tu. mintak2 lah dia sudi nak tolong ai deboned.
si buntal "en, boleh mintak tolong de-boned?" (sambil buat muke lima kupang)
en. tesco " haaaa?"
si buntal "boleh tolong deboned, nak buat chicken chop"
en. tesco "maap dik tak dengo tadi. dik, banyak ni kena siang ayam"
si buntal "oo takpelah, time kasih yer. malas nyer saya nak deboned sendiri" (ayat kesian lagi)
en. tesco "pandai deboned yer. mana belajar?"
si buntal " boleh la sikit2, tapi renyah le. tgk kat internet"
en. tesco " internet pun ade yer. buat makan sendiri ke jual?"
si buntal "ish, makan sendiri je cik"
en.tesco "bagus la kamu pandai deboned, lepas ni boleh bukak kedai sendiri"
si buntal "hish takdenyer cik. buat makan sendiri je"
lepas tu terus blah dgn kekaciwaan. huhuuuu...
kesimpulan dari dialog di atas, boleh lah ai menambah angan2 minah jenin ai yang konon nak berhenti kerja & berniaga. kali ni berniaga chicken chop lak. kehkehkeh. hari tu 1st trial nak deboned ayam untuk makan sendiri pun hancuss ayam tu ai kerjakan. tgk dalam tenet jap je chef tu buat. meh tgk sini. ekceli taklah susah sgt. blogger biasalah, ayat tak hengat!:p kehkehkeh.
Thursday, September 30, 2010
entry #158 yang tidak bertajuk
alhamdulillah dapat berkongsi sesuatu untuk opismate semua.
paksa jugak buat slide malam tadi memandangkan hari ni ada meeting.
tp kan, kengkadang ai suka jugak hasil kerja ai bila last minute.
ekekekeee.. best jugak buat kerja dalam keadaan stress!:p
ditambah pulak tengah migrain. lagilah teramat best.
hahahaaa...
cakap pasal migraine, apasal ntah susah pulak nak hilang bebetul sakit kepala ni. sampai mintak uphamol650 kat lab mammalian viro, ponstan ai tertinggal kat rumah. lepas pekena baru rasa ok skit, ringan skit kepala ni.
errmm, jam pun dah 5:30 ptg, ai nak chow dulu.
esok jamuan raya opis. semoga bergembira makan2 untuk semua opismate.
dengar2nya boleh tahan menu tahun ni, kalau ada masa ai snap gambar & share ok?




