masa mmg macam pedang.
boleh memotong, boleh mencantas siapa yang sia-siakannya.
takkan berulang, takkan terhenti. hanya akan terus ke hadapan.
terasa macam baru je wish selamat tahun baru pada semua.
terasa baru je buat entry penutup 2011 hujung disember lalu.
yer. walau baru separuh tahun terlalu byk yg dah terjadi.
tak tercerita semua benda.
dan ada yang sengaja tak mahu diceritakan.
ada yang gembira, ada yang duka
adakala Allah menduga, tanda sayang pada hambanya
sbg insan biasa
sesekali kesabaran teruji
sesekali persekitaran mmg sangat menekan
sesekali degil dari dalam diri
sesekali putus asa menghampiri
sesekali hilang kawalan diri
kemudian semangat datang kembali
syukur Allah jumpakan kami dengan insan yg beri panduan, pertolongan, kekuatan untuk memperbaiki diri, bertatih untuk belajar istiqamah :)
p/s : bila kita mula belajar untuk mensyukuri, musibah besar terasa kecil, nikmat kecil terasa amat besar
Tiara Lake Park
17 Mei 2012
10:01 pm

No comments:
Post a Comment