Opsyen yang terakhir saya tandatangan adalah pada 2008,
iaitu masa nak pilih antara umur pencen 58 atau 56 tahun, dan saya telah pilih
56 tahun. Sekarang, satu lagi pilihan kena dibuat nampaknya.
Sana sini rata-rata semua blogger sentuh pasal SBPA. Saya
pula menunggu untuk melihat dengan mata kepala sendiri pekeliling yang lengkap
dikeluarkan. Nak ulas panjang kena khatam dulu pekeliling yang 131 muka surat
tu. Kadang-kadang baca sorang-sorang ni interpretasi lain-lain. Kita baca kita
faham lain, orang lain baca orang lain faham lain. Huh!
20 Disember pulak dengarnya rakan2 guru dipanggil ke sekolah
untuk menandatangani borang opsyen SBPA ni. Yelah, masa yang diperuntukkan
sampai 30 Disember saja kan, walhal cikgu naik sekolah awal Januari. Haruslah kena turun sekolah awal, huhu.
20 Disember ni jugak, pihak ibupejabat kami (JPV) nak turun
padang ke VRI untuk sessi taklimat. Harapnya lebih jelaslah semua intipati
dalam skim terbaru ni. Sabar je lah menunggu.
Dengarnya lagi, CUEPACS tengah fight lagi untuk beberapa
perkara yang difikirkan kurang adil dan tidak sesuai, dan saranan CUEPACS juga
supaya penjawat awam tidak tergesa menandatangani borang option!
Sebut pasal pekeliling, saya baru baca beberapa muka dah
rasa malas, jadi mula lah scroll pun laju-laju macam tak ikhlas ja. Hehe. Tunggu
je lah taklimat Selasa nanti. Sabar ya hati :)
Link berguna untuk penjawat awam intai2 :
b) CUEPACS
c) Blog cikgudahlia (contoh pengiraan gaji guru)
Yang sedang tengok Masterchef Malaysia - Episode Penyingkiran malam ni :P
18 Disember 2011
9:14 pm


1 comment:
entahlah akak pun x pasti, banyak yg masih jd tandatanya terutama lampiran c tu,.. sekolah akak plak 27 dis baru mesyuarat... sempat ke 3 hari je temph nak sain... setakat ni x da pun dipanggil tok meyuarat lebih awal... entahlah...
Post a Comment