Mereka menoreh getah, membanting di bendang
Tak kurang yang berkebun dan berladang
Walau mungkin sebelum matahari tegak di kepala dah habis kerja
Sekarang punya suri rumah separuh masa
Mereka bekerja di pejabat dan syarikat
Mereka bekerja di hospital dan ada di pelantar
Tak kurang di kilang, universiti dan di sekolah
Mungkin matahari dah terbenam baru menjengah rumah
Dulu dulu punya suri rumah separuh masa
Menyapu mengemas membasuh tutup mata pun setel semua
Masak sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam
Sebab nak jumpa kedai makan pun jarang jarang, fastfood lagilah jangan dikenang
Amanah mereka sangat berat sebab itu mereka hebat
----------
Sekarang punya suri rumah separuh masa
Amanahnya sama, tiada yang beza
Walau bekerja entah balik pukul berapa
Tapi kedai makan banyak sini sana
Boleh mengelat kalau rasa penat
Bibik pun boleh import kalau dah tak larat sangat
Dulu punya suri rumah separuh masa
Yang tamat darjah enam dah boleh dibangga
Yang ada LCE MCE boleh dikira
Yang ada ijazah dalam sekampung adalah satu dua
Kalau dapat jadi cikgu memang dah hebat gila
Sekarang punya suri rumah separuh masa
Yang ada SPM pun boleh jadi penyanyi berjaya
Yang ada ijazah usah cerita
Ada yang pangkat tinggi ada yang biasa biasa
Yang jadi jutawan pun dah ramai gila
Dulu dan sekarang sama saja
Baik yang separuh atau sepenuh masa
Tiada beza amanah dan tanggungjawabnya
Nanti di sana sama soal dan jawabnya
Nanti di sana sama adil hitungnya
Walau di mana mereka berada
Walau penat bekerja
Walau tinggi mana jawatannya
Tetap suri dalam keluarga, yang tinggi darjatnya
4 comments:
^__^
entry yg sgt menarik.. terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan surirumah separuh masa dulu2..
menarik.. teman suka.....
cik alice : senyum meleret jugak;)
hanis : itu lah. trying hard to be the best 'suri';) its not easy kan?
cikgu : tetiba dpt idea di ptg yg takda buat apa:)
Post a Comment