Alhamdulillah, syukur dapat khabar dari bapak & ummi, penerbangan KT32 telah selamat sampai ke Bumi Madinah pada 3:30 ptg (waktu Malaysia) 18 Oktober lalu, setelah berlepas jam 5:30 pagi. Moga bapak, ummi serta jemaah haji yang lain beroleh kesihatan & keselamatan yang baik, dipermudahkan urusan untuk tujuan yang satu, haji yang mabrur. Tak tergambar perasaan masa menghantar mereka ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Terimbas kembali kenangan yang sama menghantar mereka 10 tahun yang lalu. Perasaan masih sama, bercampur baur, antara sedih berjauhan seketika dengan ibu & bapa, juga terharu dan gembira kerana mereka berdua & sekalian jemaah yang lain telah dipilih untuk menjadi tetamu Allah. Melihat jemaah yang bakal berlepas membuatkan hati ini terusik, bila pula kesempatan utk diri ini berpeluang menjadi tetamu-Nya.
Penerbangan pulang ke Malaysia dijadualkan tiba di KLIA pada 3 Disember 2010 jam 12:30 malam. Oh, rindunya dengan bapak & ummi, tak sabar nak bersua kembali:)
2 comments:
rindunye!!!
trinGat kat arwah mama..;(
semoga mereka selamat pergi dan kembali dan semoga peroleh haji mambrur...
Post a Comment