
oleh kerana berlakunya 'research' di situ (sebenarnya hanya google-up saja:p), oleh itu terhasillah entry ini. hehehe=p
ini rupa pokok laici, maaflah yer kalau siapa mmg dah biasa tgk. maafkan saya yang jakun ini. huhu.
Q : persoalan saya tadi, mengapa tak selalu ada laici di pasar malam mahupun tesco.
A : musimnya antara bulan Mei-Jun sahaja. patutlah baru ada kat pasar malam.
Q : mengapa belakang rumah orang di malaysia tak tanam laici?
A : sebabnya US yang tanam laici ni secara komersial. walaupun originated daripada china, thailand dan vietnam. tapi pengeksport terbesar laici adalah dari US. (oh, jadi saya telah menyokong barangan US kah? untuk laici, saya maafkan, sebab kecur air liur melihatnya). kawasannya pulak mestilah terkawal dari tiupan angin yang terlalu kencang, cuaca yang ambient, selain dari kena pastikan ia mendapat nutrien yang secukupnya terutama semasa dormancy phase. kalau tidak, mungkin end-up dengan pokok yang tidak berbuah2. jadi musnahlah harapan saya yang konon nak tanam laici belakang rumah baru. ekekkee..
Q : macam manis je laici ni, tak bahaya ke untuk orang yang sedang mengontrol diet gula mereka?
A : takda masalah, laici mengandungi 16g karbohidrat/100g serving, kandungan air pula mencecah 81.76g / 100g (woww! patutlah meleleh2 air nyer, uish, kecur air liur). Laici ni juga kaya dengan potassium dan sudah tentunya Vit-C!! kandungan lipid pula, boleh katakan langsung takda tau. selain itu, laici juga ialah antioksidan yang amat baik! dipercayai jugak (mengikut kajian daripada Hokaido Uni, Jepun), berat molekul polifenol yang rendah di dalam buah laici boleh mengurangkan lemak di PERUT untuk orang yang mempunyai masalah metabolik badan. ahaks. menarik!
kalau anda teringin, cepat2 pergi ke pasar malam yang berhampiran. heheheee=)
1 comment:
cuba pergi pasar mlm bangi...hehe
Post a Comment