Social Icons

Sunday, February 13, 2011

Hatyai Day 3 & 4 :: Charoen Pokphand Marine Feedmill, Le Garden Plaza Hotel, Bazar dan Bye Bye Hatyai

Awal pagi hari ke-3 ni kami check out dari Samila Beach Hotel setelah 2 malam di sana dan akan check-in di Le Garden Plaza Hotel di Hatyai untuk semalam lagi. Agenda hari ni adalah ke Charoen Pokphand (CP) Marine Feedmill di Hatyai. CP Group ni besar dan dah well established serata ceruk rantau. Amat sedih sebab kami tak dibenarkan ambil gambar. huhu. jadinya daya ceritakan lah serba sedikit nak tak? nak la.. nak la.. :P

CP ni mereka buat semua benda. maksud saya buat benih tanaman, menanam tanaman tak kira buah ke sayur ke, ada program biak baka, menternak ternakan besar-besaran, mengeluarkan produk berasaskan tanaman dan ternakan, serta menjualkan produk mereka serata dunia. nampak tak... nampak tak?

maksudnya lagi gini, katalah mereka keluarkan Nugget kan. mereka ada ternak ayam sendiri, ladang ayam besar besaran sendiri, beri makan kepada ayam dengan makanan ternakan yang dibuat oleh kilang mereka sendiri, proses ayam tu pun dengan kilang CP sendiri, pembuatan nugget dan packaging sendiri, segala QA/QC sendiri sebab ada laboratory sendiri, penjualan dan pemasaran pun dibuat sendiri.

memang bukan calang2 tempat boleh lakukan from farm to table semuanya sendiri macam ni. takda part yang mereka out-source kecuali untuk mendapatkan persijilan HALAL, kena Islamic Council mereka keluarkan certificate. contoh ni contoh terdekat yang boleh diambil, dan yes of course mereka dah established lama. bukan setahun dua.

oh kenapa lah tak dibenarkan ambil gambar :(

_________________________________________________________


Sesampainya di CP Feedmill, kami dapat dim-sum dan pau kaya sorang sebekas.
bagus kan promosi kan produk mereka sendiri. sedappp! yg penting halal.



Wakil CP yang bagi kami taklimat. dalam bilik lecture ni je kami boleh tangkap gambar.



Agenda di CP. Factory Tour pun tak boleh tengok dari dekat. frust.



Selesai separuh hari di CP, kami nak bergerak ke Le Garden Plaza Hotel Hatyai. Otw ke sana, singgah di Nora Plaza. Barangannya takdalah murah mana. tengok je lah apa yang ada. Souvenirs lebih baik beli di bazar.


Kraf mereka. Unik. Cantik. tapi tak minat pulak saya ada gajah banyak2. jadi tak beli pun.



Le Garden Plaza Hotel, lobby tingkat 10. sembilan tingkat bawah adalah shopping complex.
location sangat strategic. tgh pekan hatyai.



check in hotel pukul 3 petang. berhambat ke Bazar yg tutup pukul 6 petang.
haha. bagai tak cukup tanah berlari letak barang dalam bilik. solat. dan turun tunggu TUK TUK. 4:30 baru sampai bazar. adoi.



dalam TUK TUK. dah balik semula ke hotel. satu TUK TUK boleh muat sebarapa saja yang kita nak. seorang 20Baht:p



suasana trafic di pekan Hatyai dari dalam TUK TUK. penuh. padat. sesak.



disebabkan sekejap saja masa di Bazar, maka kami sambung beli belah di sekitar pekan hatyai.
tak menghampakan bila sangat baaaaanyak kedai di sepanjang jalan. kedai bukak sampai tengah malam. tu dia. puas hati. rasa rugi nak balik awal2. hihi.



di gerai sekitar hotel.
oh jumpa udang galah giant ni. 100Baht seekor. hehe. terliur.

tips Day 3:

- seeloknya pi bazar tu awal pagi. setakat 2 jam je pergi bazar baik tak payah pergi, buat sakit hati tak sempat nak membeli. haha.
- makanan di gerai tepi jalan kena tengok2 sikit. halal dan kebersihannya sekali.
- nak tawar tawar gila gila. especially di bazar. mereka boleh nego.
- le garden hotel ada dua. sila jangan salah bgtau driver TUK TUK itu.
- kalau tak cukup Baht, ada kedai yang terima RM.
- hotel sangat murah. RM100 dah dapat hotel yang ok.
Le Garden tu 4 star, semalam baru RM114.

__________________________________________________________

Day 4 : Bye Bye Elephant Country:p



turun2 hotel nampak org2 jual taktau apa benda nih. huhu.



ini lah rupanya TUK TUK. hikss!



sementara tunggu angkatan tentera selesai check-out satu persatu.



ini dah sampai di border. kami lunch dulu sblm mulakan perjalanan pulang. Pulut Ayam ni murah sangat. ada yang 4 ketul = RM10, ada yang 3 ketul = RM10, 3 ketul = RM5 ikut size ayam. Pulut pulak RM1.00. boleh bayar pakai RM.

Alhamdulillah ketiga2 bas selamat sampai di Ipoh.
dan masing-masing tak sabar tunggu keputusan Bas mana champion. hihi. tapi boss buat suspend. dalam next assembly baru nak kasi tau.

dan diumumkan pemenang bagi team building ke Haytai ialah

jeng jeng jeng

jeng jeng jeng

jeng jeng jeng

GROUP B!

hoyehhhhhh! group si buntal dapat RM500.

oh best!

__________________________________________________________

Kesimpulan :

satu benda overall puashati. oklah, semua dapat pergi dan balik dengan selamat.
takda sapa buat hal atau takda sapa balik sakit perut atau sakit lain.

cuma, frust sebab tak sempat nak ke Spa.
sebab itu hajat utama. huwaaaa T_T
mmg tak berkesempatan walaupun Spa sana murah.
baru puluhan ringgit duit kita. takdanya beratus2.
oh kena pergi lagi ni.


Hatyai - Songkhla Trip :: Day 2

Day 2

Agenda :

Pagi : Lawatan ke Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai
Petang : Aquaria, Cable Car dan Statue Naga tepi pantai
Malam : Free. Kami just jalan sekitar hotel saja.

___________________________________________________________


Here we come. Sebenarnya warga PSU dah berkunjung ke VRI tahun 2009 lepas, atas sebab itulah kunjungan balas ini diaturkan. memperkukuh rangkaian kerja dan memperluas kolabrasi. skema:P


Bilik Mesyuarat Presiden PSU.



Dr Boss dengan Timbalan Presiden PSU (Hubungan Antarabangsa)


Statue depan Pejabat Presiden.


si buntal dengan tali2 yang penuh di leher. haha. baru perasan.



Lepas taklimat di Pejabat Presiden tadi, lawatan seterusnya adalah ke Fakulti Sains Farmaseutikal. dengar beberapa lecture.



suasana dalam lecture hall. oh rindu pulak nak macamni rasanya. hiksss.


Kunjungan ke Southern Centre of Thai Traditional Centre.


Pil kunyit.



Taklimat di "kilang" mereka.



Tungku. sangat fresh baunya.
50Baht satu. sampai licin stok mereka dikerjakan peserta.



dengan geng adik dan kakak. hehe.



lunch. di tempat taktau nama apa. yang pastinya yang terbersih. bab sedap mmg takda complaint lah.



@ statue naga. awan berarak mendung hitam.
kami snap sana sini mana yang sempat sebelum ke Aquaria.



masjid di Songkhla. besar dan bersih. tapi sunyi.



ini tak boleh lupa. aiskrim dalam isi kelapa dalan tempurung kelapa:p
30Baht = RM3 la duit kita lebih kurang. menjilat jari. home-made aiskrim, jeruk betik, kacang, buah kantor, nangka. adoi. serius sedap sgt!




otw balik hotel singgah lagi ke Kilang Madu. bagus2 kualiti madunya.
banyak khasiatnya. menyesal pulak tak beli. huhu.

______________________________________________________

Tips yang dipelajari on Day 2 :

- orang thailand sangat pandai meraikan tetamu. mereka mmg layan habis2an tetamu mereka. tak biarkan kita mencangak2. very warm.
maknanya, kita pun kena layan mereka equally lepas ni.

- mereka sangat punctual. kalau kata mesti tiba di fakulti pukul 8:30. maknanya 8:15 mesti dah terpacak.

- kebersihan PSU (tiba-tiba pasal kebersihan) biasa2 aje. bersih lagi VRI tercinta. janganlah tercengang2 tgk kawasan uni mereka. Uni kita di Malaysia landskap semua cantek2 kalah putrajaya kan.

- oh di malam hari kami geng perempuan keluar jalan2 sekitar hotel. terserempak dengan geng lelaki yang terbantut nak keluar. rupanya terbantut sbb susah nak communicate dengan org bawa "TUK TUK" yang tak reti bahasa english. mereka hanya tau 3 tempat "ladies" "wine" dan "thai girl show" saja. haha.

- kami mmg ada masalah bahasa yang agak teruk sepanjang di sana (kecuali di PSU, sbb semua academician kan). mereka tak tau berbahasa inggeris. kalau nak ke sana elok jugak bawak orang yang pandai cakap siam.

Sekian entry day 2. nantikan yang seterusnya. hehe;)



Hatyai - Songkhla Trip :: Day 1

baru suam-suam kuku, belum basi lagi entry ni (kot):p
si buntal kemain sibuk kalah NTR mula dari akhir 2010 hingga lah ke awal 2011. masuk februari baru ada feel dan yang sebetulnya ada kesempatan nak update blog.

okeh, trip kali ni trip besar punyaaa. dan insan terpilih buat arrangement nyer pun besaarrr jugak orangnya, tak lain tak bukan si buntal ni bersama 2 orang lagi rakan, Nurulaini & Naamalah. haha. pengajaran yang dipelajari dari menguruskan trip besar punya gini adalah "firm". kena firm. fullstop.


tarikh : 29 Nov - 2 Dis (4h3n)
tempat : hatyai dan songkhla
peserta : 83 orang. 3 bas tu.
agenda : lawatan balas ke prince of songkhla university (PSU), hatyai dan
Charoen Pokphand Group (CP) yang well known itu.
tempoh perjalanan : 3 jam 1/2 dari Ipoh - Bukit Kayu Hitam, 1 jam BKH - Hotel

tatacara nak pi sana : boleh buat borderpass sebab Hatyai-Songkhla within 25km dari sempadan, RM10 saja laku dalam tempoh 6 bulan, hanya pergi ke immigration dan terus siap masa tu jugak. yang ada passport boleh pakai passport. group passport pun boleh, RM200 untuk 20 orang.

_________________________________________________________

DAY 1

Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Ikut kumpulan bas. Dr Boss berhajat nak buat sesuatu macam team-building di mana setiap kumpulan bebas nak aturkan strategi masing2 untuk memastikan disiplin setiap peserta (sebenarnya nak membantu urusetia 3 org ni jugak, kalau tidak mesti besaaar punya headache, haha). setiap kumpulan jugak dikehendaki merancang aktiviti sepanjang perjalanan di dalam bas.

Bukan omongan kosong, Dr Boss pertaruhkan RM500 bagi Kumpulan No 1 yang berjaya ikut kriteria penilaian mereka yakni juara. RM300 untuk kumpulan No 2 dan RM100 untuk kumpulan No 3. Yang pasti Urusetia 3 orang ni tak tau menahu pasal itu. Sebab itu agenda Dr Boss sendiri. Sbb Urusetia 3 orang ni pun sudah jadi peserta biasa yang dinilai sama rata;)


Group A : Strategi pakai baju sedondon. Buat banner. canggih. dalam ramai2 ni ada Dr Boss. sila teka mana satu. hiks ^_^



Group B : Oh ketara sekali Group B ni group siapa. hehe. group kami sempoi saja. Tshirt sedondon ada. tapi bukan dipakai hari ni. kami ada strategi lain. Banner pun pinjam banner Group 3. haha. Tema kami "sempoi tapi happening". kita tengok siapa juara nanti yer??;)




Group C : Group ini juga strateginya pakai baju sedondon. buat banner. hiks.
2nd Boss ada dalam group nih.



Sesungguhnya ini kali kedua saya ditugaskan handle trip lawatan ke luar negara. pertama kali masa ke Agri-food and Veterinary Authority of Singapore (AVA) tahun 2009 lalu, cuma 40 orang. tapi ini pertama kali saya uruskan lawatan ke luar negara melibatkan peserta sampai 3 bas. huhu. berpeluh.



Immigration & Kastam Malaysia, Bukit Kayu Hitam




Beratur nak ke seberang. Sorrylah tak berkesempatan mengambil gambar kat kaunter immiration Thailand, sebab kena tengok2 ahli rombongan takut ada yang sangkut kat immi. huhu. kes terpencil. seorang dari kami hilang border pass. terpaksa tunggu hampir 1 jam sementara beliau buat borderpass yang baru.




Kami check in di Samila Beach Resort, Songkhla. Letaknyer di tepi pantai songkhla. mendamaikan.




tak sempat nak snap banyak gambar masa check in di lobi.
maklumlah kena tolong tengok2 kan peserta2 yg check in.




Bilik Twin Sharing kami. dapat bilik Sea-view. angin super duper kuat. masa tu pulak baru lepas banjir teruk di Hatyai & Songkhla. tapi dengar ceritanya pantai Songkhla ni tak terjejas teruk sangat, cuma beberapa pokok tumbang akibat angin ribut. huhu.




View pantai Songkhla dari bilik kami.




Dinner Day 1 : kedai makan semua ditentukan oleh Travel Agent Hatyai. masuk saja ke thailand, kita ni takda kuasa, semuanya tertakhluk pada mereka. Makanan sedap, tapi tahap hygiene amat diragui. Imagine, pinggan Dr. Boss kami ada lipas. dalam 83 org peserta nak dijadikan cerita pinggan beliau pulak yang ada makhluk perosak itu :p




Lepas dinner - bersambung dengan restaurant tu, ada kilang kacang2. kami pun apa lagi. memborong. kacang cerdik pandai, kacang gajus, asam2, pes tom yam.




Balik hotel pakat2 pengsan sebab seharian dah travel. Esoknya lawatan rasmi akan bermula.

____________________________________________________

Tips yang dipelajari sepanjang Day 1 :

- pastikanlah anda tidak tercicir dokumen perjalanan. tak kiralah passport, borderpass atau group passport. memang boleh buat semula, tapi kesian kat orang lain kena tunggu sama.

- kalau nak tukar wang Baht, tukar lah di Malaysia. Janganlah gedik nak tukar di border. Sebab masa tu kalut dengan immigration, masa tu lah nak mengira dan tukar duit. Kalau rajin nak tukar di Thailand pun boleh. tapi renyah bila berjalan ramai2 ni, semua orang kena tunggu. adat rombongan. takdalah untung / rugi banyak mana. tak banyak beza.

- makan : kami ada travel agent thailand yang advise dan bookedkan jadi takda masalah besar nak pilih restoren Halal. walaupun halal, kadang2 soal hygiene ni susah jugak nak predict melainkan kita memang dah pergi ricky dulu kedai tu sendiri. Hatyai baaaaaaanyak restoren HALAL. no worries.

- nak beli makanan thailand ni lebih kurang saja harga di kedai mana pun. beli je kat kilang mana2 yang travel agent singgahkan, sebab anda takkan rugi/untung banyak.

tunggu entry Day 2,3 dan 4. hiks. gediks. ^_^



Thursday, February 10, 2011

Indera Kayangan : Day 3

Day 3

Tak sempurna lawatan ke Perlis kalau tak berkunjung ke sempadan. tak kisah lah sempadan di Bukit Kayu Hitam ke, di Wang Kelian ke, ataupun di Padang Besar. Kali ni kami memilih Padang Besar sebagai tempat nak menghabiskan sisa2 duit yang meronta tidak boleh duduk diam dalam purse. haha.


seawal pukul 9 pagi kami dah tiba di Padang Besar. dapat parking tanpa berebut. dapat pilih gerai makan dengan tenang tanpa tunggu giliran nak duduk di meja. cuma ada gerai yang masih belum bukak pulak. Dalam banyak2 gerai kami pilih gerai Kak Ina, Gerai No 1. agaknya pasal ni lah Kak Ina yang paling awal bukak kedai, sebab dia NO 1:p tiba tiba.



Menu seperti yang tertulis pada papan menu. macamlah semua nampak kan.
okeh, ada masakan thailand seperti tomyam, sup dan makanan melayu kita macam biasa. Kami pilih Pulut Ayam untuk juadah sarapan kali ni. mulanya saya antara yakin dengan tidak je nak pilih pulut ayam. Sebabnya? Sebab telah terbukti saya cepat "naik angin" bila makan benda berangin, nak nak lagi bila perut kosong kelaparan dan asid semua dah mencerut2 dalam perut. tapi saya gagahkan jugak sebab saya tahu rasanya sedap. lagipun ponstan ada bekalan dalam handbag. alhamdulillah tak meragam pulak si buntal sorang ni. kalau tidak mmg spoilt tak dapat shopping. haha.




Ginilah suasana di ground floor komplex beli belah mereka di Padang Besar. ramai orang itu sudah pasti, ini pun kami terjah awal pagi. pada amatan saya rata-rata barangannya lebih kurang sama. lebih kepada pakaian, sedikit pinggan mangkuk dan barangan plastik serta stainless steel dan ada jugak kedai mainan. pilih jangan tak pilih, tawar jangan tak tawar.
jika pandai cakap siam, anda adalah advantage dari orang lain. yang buat2 cakap siam tu orang perak kata "hentikan je lee", mcm depa tak leh nak beza mana satu siam asli mana satu siam celup tepung. hihi.



oh, ini kedai jersey di ground floor pasar. ramai jugak orang masuk kedai ni. kami pun turut masuk tapi tak borong di sini, ada kedai yang lebih menarik di tingkat atas pasar ni dengan pilihan yang lebih banyak dan harga yang berpatutan.
Masa kami ke sini masa tu sebelum Piala Suzuki, maka Jersey Malaysia adalah Jersey terhangat mengalahkan jersey Man U. Harga pun melambung.


Memang, memang tak banyak gambar. sebab? sebab nak keluarkan handycam pun susah bila tengah bersesak2 tu, risau jugak bila kalut dengan nak keluarkan handycam orang lain pun kalut ambil kesempatan keluarkan barang lain dari beg kita. haha. risau itu kadang2 membataskan tindakan bila perasaan tidak yakin tu menebal. tapi risau tu pun penyakit jugak. tiba tiba.
tapi mungkin lebih kepada langkah berjaga-jaga.


Tips :

~ digalakkan pergi ke padang besar pada awal pagi. boleh breakfast di gerai2 di luar pasar sebab ada banyak pilihan dan kebersihannya pun taklah diragui.
~ takda jual periuk vision, corelle mahupun corningware. sila tukar matlamat.
~ harga barangan (pakaian, toto, comforter) di wang kelian & wang prachan lebih murah dari padang besar. cuma di padang besar banyak pilihan.
~ barang permainan kanak-kanak amatlah murah. belilah.
~ barang permainan orang tua (haha:p) pun murah. maksud saya kereta kontrol, heli control. hinggakan en.rizal pun beli sama.
~ produk thailand (makanan) seperti kacang2, buah buahan adalah lebih kurang harganya dengan Wang Kelian / Wang Prachan. jadi beli aje, takyah buang masa nak ke sana sini compare. tapi masih tak boleh lawan harga Hatyai lah kan. sudah pasti.



sekian melaporkan untuk trip Indera Kayangan.
hingga berjumpa lagi untuk laporan trip hatyai, cameron highland dan singapura dilanggar todak. heeeeeeeeee ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...