Social Icons

Sunday, February 13, 2011

Hatyai - Songkhla Trip :: Day 2

Day 2

Agenda :

Pagi : Lawatan ke Prince of Songkhla University (PSU), Hatyai
Petang : Aquaria, Cable Car dan Statue Naga tepi pantai
Malam : Free. Kami just jalan sekitar hotel saja.

___________________________________________________________


Here we come. Sebenarnya warga PSU dah berkunjung ke VRI tahun 2009 lepas, atas sebab itulah kunjungan balas ini diaturkan. memperkukuh rangkaian kerja dan memperluas kolabrasi. skema:P


Bilik Mesyuarat Presiden PSU.



Dr Boss dengan Timbalan Presiden PSU (Hubungan Antarabangsa)


Statue depan Pejabat Presiden.


si buntal dengan tali2 yang penuh di leher. haha. baru perasan.



Lepas taklimat di Pejabat Presiden tadi, lawatan seterusnya adalah ke Fakulti Sains Farmaseutikal. dengar beberapa lecture.



suasana dalam lecture hall. oh rindu pulak nak macamni rasanya. hiksss.


Kunjungan ke Southern Centre of Thai Traditional Centre.


Pil kunyit.



Taklimat di "kilang" mereka.



Tungku. sangat fresh baunya.
50Baht satu. sampai licin stok mereka dikerjakan peserta.



dengan geng adik dan kakak. hehe.



lunch. di tempat taktau nama apa. yang pastinya yang terbersih. bab sedap mmg takda complaint lah.



@ statue naga. awan berarak mendung hitam.
kami snap sana sini mana yang sempat sebelum ke Aquaria.



masjid di Songkhla. besar dan bersih. tapi sunyi.



ini tak boleh lupa. aiskrim dalam isi kelapa dalan tempurung kelapa:p
30Baht = RM3 la duit kita lebih kurang. menjilat jari. home-made aiskrim, jeruk betik, kacang, buah kantor, nangka. adoi. serius sedap sgt!




otw balik hotel singgah lagi ke Kilang Madu. bagus2 kualiti madunya.
banyak khasiatnya. menyesal pulak tak beli. huhu.

______________________________________________________

Tips yang dipelajari on Day 2 :

- orang thailand sangat pandai meraikan tetamu. mereka mmg layan habis2an tetamu mereka. tak biarkan kita mencangak2. very warm.
maknanya, kita pun kena layan mereka equally lepas ni.

- mereka sangat punctual. kalau kata mesti tiba di fakulti pukul 8:30. maknanya 8:15 mesti dah terpacak.

- kebersihan PSU (tiba-tiba pasal kebersihan) biasa2 aje. bersih lagi VRI tercinta. janganlah tercengang2 tgk kawasan uni mereka. Uni kita di Malaysia landskap semua cantek2 kalah putrajaya kan.

- oh di malam hari kami geng perempuan keluar jalan2 sekitar hotel. terserempak dengan geng lelaki yang terbantut nak keluar. rupanya terbantut sbb susah nak communicate dengan org bawa "TUK TUK" yang tak reti bahasa english. mereka hanya tau 3 tempat "ladies" "wine" dan "thai girl show" saja. haha.

- kami mmg ada masalah bahasa yang agak teruk sepanjang di sana (kecuali di PSU, sbb semua academician kan). mereka tak tau berbahasa inggeris. kalau nak ke sana elok jugak bawak orang yang pandai cakap siam.

Sekian entry day 2. nantikan yang seterusnya. hehe;)



Hatyai - Songkhla Trip :: Day 1

baru suam-suam kuku, belum basi lagi entry ni (kot):p
si buntal kemain sibuk kalah NTR mula dari akhir 2010 hingga lah ke awal 2011. masuk februari baru ada feel dan yang sebetulnya ada kesempatan nak update blog.

okeh, trip kali ni trip besar punyaaa. dan insan terpilih buat arrangement nyer pun besaarrr jugak orangnya, tak lain tak bukan si buntal ni bersama 2 orang lagi rakan, Nurulaini & Naamalah. haha. pengajaran yang dipelajari dari menguruskan trip besar punya gini adalah "firm". kena firm. fullstop.


tarikh : 29 Nov - 2 Dis (4h3n)
tempat : hatyai dan songkhla
peserta : 83 orang. 3 bas tu.
agenda : lawatan balas ke prince of songkhla university (PSU), hatyai dan
Charoen Pokphand Group (CP) yang well known itu.
tempoh perjalanan : 3 jam 1/2 dari Ipoh - Bukit Kayu Hitam, 1 jam BKH - Hotel

tatacara nak pi sana : boleh buat borderpass sebab Hatyai-Songkhla within 25km dari sempadan, RM10 saja laku dalam tempoh 6 bulan, hanya pergi ke immigration dan terus siap masa tu jugak. yang ada passport boleh pakai passport. group passport pun boleh, RM200 untuk 20 orang.

_________________________________________________________

DAY 1

Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Ikut kumpulan bas. Dr Boss berhajat nak buat sesuatu macam team-building di mana setiap kumpulan bebas nak aturkan strategi masing2 untuk memastikan disiplin setiap peserta (sebenarnya nak membantu urusetia 3 org ni jugak, kalau tidak mesti besaaar punya headache, haha). setiap kumpulan jugak dikehendaki merancang aktiviti sepanjang perjalanan di dalam bas.

Bukan omongan kosong, Dr Boss pertaruhkan RM500 bagi Kumpulan No 1 yang berjaya ikut kriteria penilaian mereka yakni juara. RM300 untuk kumpulan No 2 dan RM100 untuk kumpulan No 3. Yang pasti Urusetia 3 orang ni tak tau menahu pasal itu. Sebab itu agenda Dr Boss sendiri. Sbb Urusetia 3 orang ni pun sudah jadi peserta biasa yang dinilai sama rata;)


Group A : Strategi pakai baju sedondon. Buat banner. canggih. dalam ramai2 ni ada Dr Boss. sila teka mana satu. hiks ^_^



Group B : Oh ketara sekali Group B ni group siapa. hehe. group kami sempoi saja. Tshirt sedondon ada. tapi bukan dipakai hari ni. kami ada strategi lain. Banner pun pinjam banner Group 3. haha. Tema kami "sempoi tapi happening". kita tengok siapa juara nanti yer??;)




Group C : Group ini juga strateginya pakai baju sedondon. buat banner. hiks.
2nd Boss ada dalam group nih.



Sesungguhnya ini kali kedua saya ditugaskan handle trip lawatan ke luar negara. pertama kali masa ke Agri-food and Veterinary Authority of Singapore (AVA) tahun 2009 lalu, cuma 40 orang. tapi ini pertama kali saya uruskan lawatan ke luar negara melibatkan peserta sampai 3 bas. huhu. berpeluh.



Immigration & Kastam Malaysia, Bukit Kayu Hitam




Beratur nak ke seberang. Sorrylah tak berkesempatan mengambil gambar kat kaunter immiration Thailand, sebab kena tengok2 ahli rombongan takut ada yang sangkut kat immi. huhu. kes terpencil. seorang dari kami hilang border pass. terpaksa tunggu hampir 1 jam sementara beliau buat borderpass yang baru.




Kami check in di Samila Beach Resort, Songkhla. Letaknyer di tepi pantai songkhla. mendamaikan.




tak sempat nak snap banyak gambar masa check in di lobi.
maklumlah kena tolong tengok2 kan peserta2 yg check in.




Bilik Twin Sharing kami. dapat bilik Sea-view. angin super duper kuat. masa tu pulak baru lepas banjir teruk di Hatyai & Songkhla. tapi dengar ceritanya pantai Songkhla ni tak terjejas teruk sangat, cuma beberapa pokok tumbang akibat angin ribut. huhu.




View pantai Songkhla dari bilik kami.




Dinner Day 1 : kedai makan semua ditentukan oleh Travel Agent Hatyai. masuk saja ke thailand, kita ni takda kuasa, semuanya tertakhluk pada mereka. Makanan sedap, tapi tahap hygiene amat diragui. Imagine, pinggan Dr. Boss kami ada lipas. dalam 83 org peserta nak dijadikan cerita pinggan beliau pulak yang ada makhluk perosak itu :p




Lepas dinner - bersambung dengan restaurant tu, ada kilang kacang2. kami pun apa lagi. memborong. kacang cerdik pandai, kacang gajus, asam2, pes tom yam.




Balik hotel pakat2 pengsan sebab seharian dah travel. Esoknya lawatan rasmi akan bermula.

____________________________________________________

Tips yang dipelajari sepanjang Day 1 :

- pastikanlah anda tidak tercicir dokumen perjalanan. tak kiralah passport, borderpass atau group passport. memang boleh buat semula, tapi kesian kat orang lain kena tunggu sama.

- kalau nak tukar wang Baht, tukar lah di Malaysia. Janganlah gedik nak tukar di border. Sebab masa tu kalut dengan immigration, masa tu lah nak mengira dan tukar duit. Kalau rajin nak tukar di Thailand pun boleh. tapi renyah bila berjalan ramai2 ni, semua orang kena tunggu. adat rombongan. takdalah untung / rugi banyak mana. tak banyak beza.

- makan : kami ada travel agent thailand yang advise dan bookedkan jadi takda masalah besar nak pilih restoren Halal. walaupun halal, kadang2 soal hygiene ni susah jugak nak predict melainkan kita memang dah pergi ricky dulu kedai tu sendiri. Hatyai baaaaaaanyak restoren HALAL. no worries.

- nak beli makanan thailand ni lebih kurang saja harga di kedai mana pun. beli je kat kilang mana2 yang travel agent singgahkan, sebab anda takkan rugi/untung banyak.

tunggu entry Day 2,3 dan 4. hiks. gediks. ^_^



Thursday, February 10, 2011

Indera Kayangan : Day 3

Day 3

Tak sempurna lawatan ke Perlis kalau tak berkunjung ke sempadan. tak kisah lah sempadan di Bukit Kayu Hitam ke, di Wang Kelian ke, ataupun di Padang Besar. Kali ni kami memilih Padang Besar sebagai tempat nak menghabiskan sisa2 duit yang meronta tidak boleh duduk diam dalam purse. haha.


seawal pukul 9 pagi kami dah tiba di Padang Besar. dapat parking tanpa berebut. dapat pilih gerai makan dengan tenang tanpa tunggu giliran nak duduk di meja. cuma ada gerai yang masih belum bukak pulak. Dalam banyak2 gerai kami pilih gerai Kak Ina, Gerai No 1. agaknya pasal ni lah Kak Ina yang paling awal bukak kedai, sebab dia NO 1:p tiba tiba.



Menu seperti yang tertulis pada papan menu. macamlah semua nampak kan.
okeh, ada masakan thailand seperti tomyam, sup dan makanan melayu kita macam biasa. Kami pilih Pulut Ayam untuk juadah sarapan kali ni. mulanya saya antara yakin dengan tidak je nak pilih pulut ayam. Sebabnya? Sebab telah terbukti saya cepat "naik angin" bila makan benda berangin, nak nak lagi bila perut kosong kelaparan dan asid semua dah mencerut2 dalam perut. tapi saya gagahkan jugak sebab saya tahu rasanya sedap. lagipun ponstan ada bekalan dalam handbag. alhamdulillah tak meragam pulak si buntal sorang ni. kalau tidak mmg spoilt tak dapat shopping. haha.




Ginilah suasana di ground floor komplex beli belah mereka di Padang Besar. ramai orang itu sudah pasti, ini pun kami terjah awal pagi. pada amatan saya rata-rata barangannya lebih kurang sama. lebih kepada pakaian, sedikit pinggan mangkuk dan barangan plastik serta stainless steel dan ada jugak kedai mainan. pilih jangan tak pilih, tawar jangan tak tawar.
jika pandai cakap siam, anda adalah advantage dari orang lain. yang buat2 cakap siam tu orang perak kata "hentikan je lee", mcm depa tak leh nak beza mana satu siam asli mana satu siam celup tepung. hihi.



oh, ini kedai jersey di ground floor pasar. ramai jugak orang masuk kedai ni. kami pun turut masuk tapi tak borong di sini, ada kedai yang lebih menarik di tingkat atas pasar ni dengan pilihan yang lebih banyak dan harga yang berpatutan.
Masa kami ke sini masa tu sebelum Piala Suzuki, maka Jersey Malaysia adalah Jersey terhangat mengalahkan jersey Man U. Harga pun melambung.


Memang, memang tak banyak gambar. sebab? sebab nak keluarkan handycam pun susah bila tengah bersesak2 tu, risau jugak bila kalut dengan nak keluarkan handycam orang lain pun kalut ambil kesempatan keluarkan barang lain dari beg kita. haha. risau itu kadang2 membataskan tindakan bila perasaan tidak yakin tu menebal. tapi risau tu pun penyakit jugak. tiba tiba.
tapi mungkin lebih kepada langkah berjaga-jaga.


Tips :

~ digalakkan pergi ke padang besar pada awal pagi. boleh breakfast di gerai2 di luar pasar sebab ada banyak pilihan dan kebersihannya pun taklah diragui.
~ takda jual periuk vision, corelle mahupun corningware. sila tukar matlamat.
~ harga barangan (pakaian, toto, comforter) di wang kelian & wang prachan lebih murah dari padang besar. cuma di padang besar banyak pilihan.
~ barang permainan kanak-kanak amatlah murah. belilah.
~ barang permainan orang tua (haha:p) pun murah. maksud saya kereta kontrol, heli control. hinggakan en.rizal pun beli sama.
~ produk thailand (makanan) seperti kacang2, buah buahan adalah lebih kurang harganya dengan Wang Kelian / Wang Prachan. jadi beli aje, takyah buang masa nak ke sana sini compare. tapi masih tak boleh lawan harga Hatyai lah kan. sudah pasti.



sekian melaporkan untuk trip Indera Kayangan.
hingga berjumpa lagi untuk laporan trip hatyai, cameron highland dan singapura dilanggar todak. heeeeeeeeee ^_^



Monday, February 7, 2011

Perlis Indera Kayangan : Day 2

hihi. gila glamor letak gambar model air terjun gua kelam sebagai pembuka bicara :LOL

Day 2

Hari kedua ni belah paginya kami ke Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand yang terletak tak jauh dari Gua Kelam, lebih kurang 20 minit dari Villa Orkid. Motif tak lain tak bukan adalah untuk skodeng barang2 thailand. haha. sesungguhnya barang2 kat sini murah, lebih murah dari Padang Besar (kot). Pada hujung minggu warga 1Malaysia dibenarkan untuk ke Wang Prachan, Thailand tanpa mengisi apa2 borderpass atau apa2 prosedur.

Apa yang best di Wang Kelian? huh, masa kami pergi semua gerai tutup. alhamdulillah perjalanan tidak isa-sia bila Wang Prachan di seberang sana tidak mendukacitakan dengan pelbagai barangan thailand. Toto Narita, comforter RM14 sehelai, periuk belanga, barangan plastik, barang2 kraf thailand, makanan thailand - kacang2 dan asam2, handbag immitation, levis immitation, oh.... SOMTAM yang sedapppp!!!! teringat pulak. kecur air liur.

nak kembali ke pangkal jalan. suasana border Wang Kelian - Wang Prachan. yang beratur tu adalah warga jiran yang nak ke negara 1malaysia.

suasana di Wang Prachan. gerai sepanjang jalan. maaflah, tak banyak gambar kat sini, hari panas terik. tiba tiba.

setelah basah ketiak di Wang Prachan, kami pun bergerak balik ke Villa Orkid untuk mandi manda dan bersiap nak ke walimah kenalan keluarga en.rizal yang saya maksudkan. Err.. tapi kan, takda satu pun gambar yang teringat untuk disnap. rasa saya mungkin disebabkan tak sabar2 nak mandi di Air Terjun Gua Kelam kot. ahaks.


okeh, aktiviti di gua kelam sudah tentulah berendam bagi saya. anak buah berenang2 bersama dengan Acu depa. Maksu jelas cepat kaget dengan air. haha. gila best air terjun sini. nama pun dekat dengan gua. jadi sejuk gigilnya satu badan. dah lama sangat tak picnic kat waterfall macam nih.




mandi dan manda, sungguh mendamaikan jiwa.

sekian, jumpa lagi di entry ke 3 - padang besar, insyaAllah ;)



Apa yang ada di Perlis? : Day 1



Gila lagging. berjalan masa cuti sekolah disember lepas. februari baru buat entry itupun draft dulu. tapi bukan masak lemak cili api pun nak basi basi kan :P tiba tiba.

bila perut lapar harus tak berapa efisien nak buat kerja, jadi copy paste entry masuk dalam blog template sementara tunggu mcd's rider buat posto burger :P

allah, panjangnya intro sampai 2 paragraf. haha. okeh2 gini, motif asal trip ni adalah untuk ke kenduri kenalan lama keluarga en.rizal di Kangar. kalau dah 4-5 jam naik kereta takkan lah semata nak ke kenduri kahwin lepas tu balik Ipoh tanpa singgah ke padang besar, atau bukit kayu hitam ke, atau setidaknya makan laksa kat Jetty Kuala Perlis kan? akhirnya trip kenduri kahwin ni jadi 3 hari 2 malam. hikksss ^_^.

DAY 1

sesampainya di Kangar pada hari jumaat, tanggal ntah berapa hari bulan saya dah lupa. kami check in di Homestay Orkid yang terletak di Taman Kemajuan, Kangar. 5 minit ke Kangar, 30 minit ke Padang Besar. Rate sangat2 lah berbaloi iaitu RM160 semalam. Rumah teres 2 tingkat, 2 bilik tidur aircond, 1 bilik tidur tanpa aircond, 2 bilik air, sofa, tv, peralatan memasak dan pinggan mangkuk, peti ais, meja makan, mesin basuh. terlebih sempurna bagi kami bertujuh ni. Berminat? kalau berminat sila hubungi 012 - 479 6075 (Cikgu Azzuri).


sesudah meregangkan otot selepas 4 jam dalam mpv maka kami pun terus ke destinasi pertama. bukan rumah orang kahwin, tapi ke Taman Ular, Kangar. Tiket masuk hanya RM3 saja. Kalau letak RM10 pun takpa, kita pergi tempat2 gini dekat oversea 20dollar mereka cas, kita masuk jugak. huhu. Bawah ni ada lah sikit2 gambar di Taman Ular, nak explain satu2, jenuh aihhhhh. (sila baca dengan loghat perlis, kan kita di perlis skrg:P)


Lepas pi taman ular, kami ke Jeti Kuala Perlis. Hajat dihati nak terus ke Langkawi, tapi bila fikir2 kedai Idaman Suri atau Haji ISmail pun dah tak kuasa nak layan kami tengah malam buta, jadi tak jadi. kehkehkeh. nak jugak tu cerita. Pergi jeti hanya untuk dinner.

Sebelum pergi Perlis, harus lah saya survey apa yang ada di sana. menurut seorang blogger ni, Gerai No 4 ni sedap2 masakan seafoodnya. Jadi, saya pun rekemenlah ahli keluarga makan di sana. hehe. boleh lah tahan. yg penting banyak pilihan. dan banyak benda yang jarang jumpa.

heran jugak. part manakah pada belangkas ni yang kita boleh kunyah / makan? any idea?

amirul dengan kerang rebusnya. tapi agaknya bukan musim kerang gemuk buntal macam saya sekarang, yang ada hanya yang kurus selidi macam saya 3 tahun 3 bulan yang lepas. hahahahaa. contoh paling mudah.

balik ke villa orkid dengan perut kenyang, malam tidur lena. sehingga jumpa di entry Perlis seterusnya.



Wednesday, February 2, 2011

Gila lama menyelam : at last, an update :)

tiba tiba katak.

31 hari di bulan januari saya langsung tak berpeluang nak buat sehuruf pun draft entry untuk dikongsikan bersama. biasanya kalau ada yang menarik atau ada saja kesempatan saya akan draftkan sekurangnya dalam Mword / notes, ada masa baru upload gambar dan publish. tapi langsung tak jadi macam tu sejak masuk tahun baru ni. mungkin azam baru saya kah? tak jugak. bulan februari dah masuk 2 hari baru ada "rasaaa" nak menulis. di petang makan besar tahun baru cina ni pulak baru ada rasa. tiba-tiba. hehe:)

teha? si buntal tu? macam biasa saja, buntal tetap buntal. saya suka. saya bahagia.

usia makin bertambah, maksudnya hayat makin singkat.
saya pun dah 28 tahun 4 bulan. hikks. tua kan.
berapa banyak beras dah makan, berapa banyak kolestrol dalam badan.
apakah? tiba tiba.

kami yakni saya dan suami masih berdua.
november lepas anniversarry yang ketiga. heeeeee ^_^
harap tak lama lagi bertiga, atau berlima terus pun takpa.
saya suka. saya bahagia.

orang dok tanya "belum ada lagi ke?" "berapa lama kawin dah?"
tak pun orang cakap gini "ala, takyah nak planning2, bkn artis pun kena jaga badan"
tapi ade jugak orang cakap gini "nanti kita bawak anak kita, tunjuk depan adik (saya), mesti adik (saya) jaki, dia kan takda lagi." dengan nada melawak sambil gelak. saya pun gelak.
ada jugak yang kata "badan teha naik ni, makan hormon pape ke?"

bila ditanya malas nak explain2, tak kuasa.
saya yang alami. saya yang harungi.
3 kali keguguran dan 3 kali juga D&C bukan sesuatu yang siapa2 pun hajati.
2008, 2009 dan 2010. in a row.
saya bukan artis yang perlu jaga badan untuk cari makan.
kalau tak takde lah saya buntal macam ni, hihi.
tiada ubat, tiada hormon. belum undergo any treatment.
bukan tak mahu usaha, tapi nak rehat dan nak recover.
recover fizikal, dan yang penting mental.

yang penting sekarang saya dah tidak se-fragile dulu, insyaAllah.
saya tak ambil hati dengan orang kata, sebab dah biasa.
tehaa kuatttt!! macam ben-10 kuattt.
merapu.

belum rezeki saya dan suami, saya redha.
saya percaya ada hikmah di sebaliknya.
saya percaya ada rezeki lain yang Allah kurnia.
saya percaya juga dugaan ini buat kami lebih dekat dengan-Nya.
terima kasih buat yang doakan saya.
terima kasih juga buat yang cakap tanpa usul periksa.

tahun baru ni azam nak menjadi orang yang positif!
(gila lagging baru nak cakap pasal azam).
dan stay away dari orang yang negatif!!


see...seee! mana tak put on weight? bersungguh saya sampai nurulaini kat sebelah pun nampak sipi2 je dek kerana kebulatan saya. kredit gambar pada tuan empunya Zawida Zahari. hikkks!

oh ya, saya ada perancangan nak buat bisnes tiny-littlelan (ok, its kecil-kecilan), InsyaAllah. rasanya bukan di alam maya, ianya mungkin di alam nyata. sokonglah saya ya. undilah saya untuk DUN Pengkalan Tiara. heeeeeee ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...