Social Icons

Tuesday, August 10, 2010

marhaban ya ramadhan!

Bismillah,

Awal kalam diucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana saja kalian berada. Mari sama-sama kita berdoa agar ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya. Diharap juga ramadhan kali ini kita semua diberi kesihatan tubuh badan, kelapangan masa dan dipanjangkan umur untuk merendahkan diri beribadat kepada-Nya. Puasa itu rukun, puasa itu penghapus dosa, bersahur itu berkat, berbuka itu gambaran kesederhanaan, ibadah tarawih itu tinggi fadhilatnya, membaca al-quran itu tidak terhitung syafaatnya, memberi kepada yang fakir itu terlalu tinggi ganjarannya. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk menunaikannya:)


29 Syaaban

Ramadhan ini genap 5 tahun kami berpuasa tanpa mama tersayang, syukur Allah itu maha pengasih lalu mengurniakan ummi yang tidak lokek kasih sayangnya, tiada kurang budi baiknya, walau tiada tolok tandingan dengan ibu yang melahirkan namun kasih yang diberi amat sempurna. Semoga arwah mama ditempatkan di kalangan orang yang solehah, amin!

Ok, tak baik bersedih nak menyambut bulan yang penuh berkat ni ye dak? Hehe. Bahang ramadhan amat terasa bila cuaca pun dah semakin terik, promosi kuih raya toksah kata, lagu raya pun dah berkumandang di shopping complex, sales sana sini. Hari ni taktahu kenapa badan letih semacam, padahal belum puasa pun lagi, haha! Datang kerja pagi tadi dikejutkan dengan assembly, syabas teha kerana harini pakai selekeh nak mampus siap kena tegur dengan pegawai “disiplin”.

28 Syaaban

Saya cuti rehat dan melawat si kecik yang lahir ke dunia, Izz Junior (sorry, nama baby nyer taktau lagi):p Tahniah kepada pasangan K.Nurulaini & Azmie yang dah selamat dapat anak kedua pada Ahad, 08.08.2010. Sungguh cun tarikh itu. Hehe. Maaf sebab tak teringat nak snap gambar si kecik, lagipun rasa tak proper kalau saya pulak yang tempek di blog, biarlah ibu ayahnya yang revealed!:D hehehe.

Memandangkan si Abang yang baru dapat adik kecik, dan ntahkan sudah mengertia atau tidak dia dah jadi "Abang", lalu hadiah mesti sama rata, ehehehhe. Si kecik dah tentu ada yang menanti, dan habuan untuk si abang juga tidak ketinggalan..:D

27 Syaaban

Saya di KL untuk menguruskan sedikit hal bersama en. rizal tersayang. Jam 1:01pm dapat SMS dari Azmie “teha, akak ko ade kat wad”. Terkejut kejap sebab hari Jumaat baru je jumpa, sekali ahad rupanya dah masuk wad, hehe. Sekali lagi pukul 2:00pm dapat sms semuanya dah selamat pukul 1:50pm. Maka dengan excitednyer terus log-in FB, dapatlah menatap wajah si kecik dari jauh. Hehe. Welcome to the world si kecik!



Thursday, August 5, 2010

anugerah


Adikku si suami

Isteri itu wajib dilindungi

Isteri itu wajib dibimbingi

Isteri itu wajib dicintai

Kerana itu amanah diberi


Adikku si isteri

Suami itu wajib di taati

Suami itu wajib dihormati

Suami itu wajib dikasihi

Kerana di situ ada redha yang dicari


Adikku si suami dan si isteri

Sempurna lafaz ijab dan qabul

Tiada beza ibu kandung dan ibu mertua

Keduanya wajib ditaati

Tiada kurangnya ayah kandung dan ayah mertua

Keduanya wajib dihormati

Kerana itu matlamatnya

Penyatuan dua keluarga


Adikku si suami dan si isteri

Hargailah anugerah kurnia illahi

Kerana bukan semua dapat mengecapi

Kasih sayang dari ikatan yang suci


Terlalu luas nikmatnya

Terlalu dalam maksudnya

Terlalu tinggi nilainya

Terlalu berat hitungnya


Monday, August 2, 2010

entry petang isnin

Hari ni Monday. Saya tak meroyan seperti selalu, tenang2 saja, takda apa yang nak diroyankan. 

Alhamdulillah, VAM2010 pun dah berlalu dengan tema "Sustaining All Creatures : Great & Small ". Tahun ini disekalikan dengan ASZWM atau nama panjangnya Asian Wildlife Society of Zoo & Wildlife Medicine, International Meeting. Maka ramai representative luar yang datang dan berkongsi baaanyak perkara. Dalam ASZWM session tu, saya duduk di sebelah mamat jepun yang asyik bersin dan lap hidung, tapi comel:p saya tak kesah dia comel atau apa, tapi dia membuatkan saya turut bersin dan berhingus. Dalam hati risau jugak “jangan ada H1N1 sudah mamat jepun siang tadi”. Nasib baik menjelang esoknya saya kembali normal. 

Alhamdulillah lagi, saya berjaya buat presentation dan yang penting menjawab soalan-soalan yang diaju sebaik mungkin. Seronok dapat komen membina dari Prof Latifah dan Pak-Pak sudan yang sememangnya tak duduk diam memberi suggestion (bukan condemn tau:P). Gembira jugak dapat session yang di”chair” kan oleh Prof Zamri yang sangat professional dan cool (tetiba rasa nak sambung MSc dengan Prof Zamri lak:p). 


Giliran saya selepas makan tengahari. Melantak punyalah banyak, langsung tak risau kot-kot lepas makan nak cari toilet saja. Alhamdulillah, saya tidak pulak diduga sebegitu walau dah melantak macam2. Lepas lunch debaran makin terasa, sempat saya sms en.rizal supaya doakan isteri buntal dia ni elok2 saja buat presentation. Kata en. rizal “abg yakin syg boleh nyer”:p Saya paling takut kalau-kalu tetiba terkelu dan “orang tanya lain, saya jawab lain”. Diakui, kelemahan dari segi analisis data memang ada, tapi boleh diperbaiki. Kesimpulannnya, saya puas hati dengan pengalaman yang dipelajari sepanjang di Seri Pacific tu. Hehe.
Gambar ni macam tak relevant dengan entry sbb bukan gambar semasa buat pembentangan atau dalam conference, tapi aktiviti selepas berjaya melepasi azab present:p kami ke IKEA, mana sangka rupanya ada sales yang ends on 1st Aug. Oleh tu, dapatlah kami cuci mata dan beli barang-barang rumah yang patut.


Monday, July 26, 2010

kehilangan & angan-angan

Bismillah,
Pertamanya takziah kepada keluarga Arwah Pak Long en.rizal sebab baru kehilangan Mak Long yang tersayang subuh tadi, kira-kira pukul 4.30 pagi. Al-Fatihah. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau dan dipermudahkan seksaan kubur.

Apapun, kehidupan mesti diteruskan. Satu hari nanti, tak tahu bila ketikanya kita juga akan turut ke sana, ke alam kekal.

Sebut pasal kehidupan ni, sebenarnya saya ada angan-angan menjelang 2020 tau.RMK-10 pun baru sampai 2016, anda dah sampai 2020 yer teha:p) Angan-angan saya, subhanallah, punya lah banyak.


Nak itu, nak ini.
- Nak berhenti kerja. Korek hidung kat rumah, jadi maid di rumah sendiri supaya boleh jaga serba serbi sendiri



- Nak migrate ke Perth, supaya leh berjiran dengan Kak Aida & Joey. So bila en.rizal ke offshore bolehlah saya dan Kak Aida gentel karipap, pastu hantar kat kedai Indon kat Big-W. karipap kat sana mahal. Ataupun, saya boleh kerja part-time di souvenirs shop di fremantle atau book store di perth city, gaji sama dengan gaji RO Q44 kat Malaysia. Jadi takyah susah2 fikir nak buat research!:p



- Nak bukak francais Satey Hj Samuri kat Ipoh. En.rizal pasti akan mendengar usul ini setiap kali kami makan di restoren ni, disudahi dengan senyum senget dari beliau.



- Nak bukak francais Nasi Lemak Ayam Kampung kat Teluk Intan, hometown ku yang tercinta. Bapak kata “usah le, buat bankrap je, kamu baik hati sgt, senang kena tipu” hahahahaa. Ok, fine:p



- Nak bukak butik pengantin, supaya leh join-venture dengan kakak en.rizal yang pandai mengubah mendandan serba serbi. Saya? Apa yang pandai? Tolong jahanamkan make-up pengantin leh la, ahaks.



- Nak bukak factory outlet (barang semua original, ori made in bandung, hahahaa:p). usul ni tercetus masa balik dari bandung tahun lepas. Ahaks.



- Nak bukak hotel yang takdak arak2. Tapi mesti tak ramai pelanggan luar, ala, macamlah orang islam tak mampu nak duduk hotel kan?



- Nak bukak saloon muslimah, supaya bakat terpendam saya tidak terkubur begitu sahaja. Jangan tak tahu, masa dok boarding skool dulu, saya antara “barber” kat sekolah tau. Itulah satu-satunya, bakat terpendam! Hahaha!



- Nak bukak nursery baby, supaya leh hire ciknani jadi guru besar, hhihihihi:p



- Nak bukak tourist agent, supaya kami boleh berjalan sekali dengan rombongan. Ekekeke. En.rizal selalu mengapi-apikan saya. Kata en.rizal sebab saya rajin buat “research” psl tmpt pelancongan, siap buat proposal lagi, lengkap serba serbi:p



- Last-last en.rizal mesti akan kata “mana satu syg nak buat ni, semuanya nak, hahahaha”



- Lalu akibat tamak, takde satu pun yang bergerak skrg. Tapi 2020 nanti siapa tahu kan, kalaulah tuhan beri kesempatan untuk saya mencuba, I will tau!



Yelah, ingat kat opis je ke ade SKT-KPI bagai. Matlamat dan sasaran hidup ni kena ade jugak kan. Sbnrya tgh cari mood revise SKT-KPI unit pertengahan tahun ni. Ermm malasnya!

Wednesday, July 21, 2010

mana ada jual habbatus-sauda?


migraine.
menjelang subuh dia mai.
selagi tak pekena barang ponstan 2 bijik maka tak lega.
bila dah pekena tidoq berjam-jam.
bila bangun kepala bengang.
bila kepala bengang, hati pun cepat hot, dah la kat luar sememangnya hot.
bila hati sudah hot, maka teha bertukar jadi serigala jadian.
bila jadi serigala jadian, semua orang lari.
hahahaaa.. takda la, itu imaginasi saja.
tak seburuk itu.

lepas pekena ponstan, memang kepala agak bengang sbb dah terlebih tidur,
tapi lepas mandi dan kalau rajin sental2 badan ni dgn scrub ke biasanya akan lega!
tapi saya heran sangat, akhir2 ni waktu subuh yang saya selalu kena migraine..
doktor kata, sepatutnya takde unsur stress masa body & soul tgh rest di tengah malam / subuh2 syafie macam tu, doktor kata "teruk migraine awak ni"

kesimpulannya, kena cari penawar la teha! kata org habbatus-sauda pun elok.
nanti lah, balik kerja esok pi cari kat kedai.

Monday, July 19, 2010

proposal & tips perasan bagus


hehehheeee. pagi ni saya blur. typical kan, asyik blues di pagi monday.
malam tadi, saya teringat pasal hajat kami nak buat open-house raya tahun ni, alhamdulillah, rumah baru kami dah duduk, disebabkan kekangan masa, jadi tak dapat nak buat house-warming dalam masa yang singkat ni, jadi kami cadang nak buat kenduri doa selamat & house warming sekali harung (doa-doalah supaya tiada aral melintang & diberikan kesihatan dan kelapangan waktu). Oleh itu, terus saya buat proposal pada en. rizal tersayang, hakhakhakk...







setelah dilantik menjadi setiausaha kehormat, saya mesti menjalankan tugas dengan sewajarnya kan? sebab bendahari kehormat tak lain tak bukan en.rizal sendiri, hahahaaa...! tapi isi kandungan proposal ni adalah secret, nanti tak surprise pulak kan:p poyo je kan.

oklah kawan2, tanggungjawab sebagai setiusaha agung ni amatlah berat, apa pun plan kami (tak kisah lah plan bercuti, plan nak beli barangan hiasan rumah, plan beli pinggan mangkuk, plan nak buat customade barang2 rumah) biasanya cik setiausaha ni lah yang buat kertas cadangan a.k.a proposal (beserta dengan justifikasi OK? ingat main2 ke:p). tapi bendahari kehormat biasanya memang baik hati sangat dan proposal saya selalunya akan mendapat aprroval (ayat mesti power mcm nak bodek gabenor negara;p)

oleh itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk copy-cat proposal2 saya bolehlah email saya (perasan bagus lagi:p). terutama sesiapa yang nak tips percutian di Bali, dan tips shopping di Bandung, Indonesia, tempat2 percutian tempatan (langkawi ke, melaka ke, terengganu ke). Saya tak main2, memang saya buat nota lengkap dari segi costing, kat mana nak duduk, kat mana makan, kedai makanan halal dan alamatnya, kedai mana murah, nak sewa supir dengan siapa, tips tawar menawar dan sebagainya. ada antara forumer di salah satu forum (dirahsiakan) gunakan nota saya untuk ke Bandung & amat berterima kasih dengan saya selepas tu (wah, angkat diri sendiri ni nampaknya:p)

ok, dah nak dekat tengahari ni. nak buat kerja pulak. harap blur dah berkurangan.

take home note : jangan blogging semasa di tempat kerja. hahahaha!

Thursday, July 15, 2010

cepatnya masa berlalu

memang tak disangkal masa terasa amat pantas akhir-akhir ini.
usia tak mungkin semakin muda, apa yang telah berlalu tak mungkin akan berulang.

sedar tak sedar adik bongsu saya dah tamat sekolah dan masuk ke alam uni pulak. saya percaya dia telah memilih bidang yang sebaiknya tanpa sesiapa memaksa! (walaupun bapakku tersayang seakan kecewa apabila en.noramin tidak memilih maktab perguruan sebagai tempat pengajian, namun saya pasti bapakku tidak berkecil hati dengan keputusan itu:p)




selamat belajar yer si adik bongsu!




kemas jgn tak kemas.. kerusi mana yang elok, jom kita pilih awal2 sementara roomate tak masuk lagi, hehehee:p


sebelum lupa, untuk cik nani yang tak berapa nak bongsu ni pun diucapkan selamat belajar, belajar sungguh2, sat lagi dapat kerja bayar hutang belajar cepat2..hehehhehee:p

Tuesday, July 13, 2010

oh tidak!

saya dengan semangatnya membeli beberapa pasang kain utk persiapan menyambut aidilfitri untuk diri sendiri, suami tersayang, ayah bonda tersayang, juga adik2 yang 3 orang tu. serius, tahun ni merupakan tahun yang paling lambat saya bertindak, kalau tak, biasanya sewaktu Year End Sale (YES) setiap hujung tahun saya dah mula memborong dan hantar pada tailor, seawal bulan Februari / Mac biasanya baju raya kami sekeluarga dah siap! (semangat kan:p) contrast nya pulak, bila baju raya dah awal2 siap, hati ni mulalah tak tenteram tgk baju bergantung, hasilnya untuk beberapa kali raya, baju raya tu saya dah pakai sebelum raya, cukuplah untuk sekali (tak senonoh kan:p)


kes oh tidak! :
sewaktu saya ke rumah tailor tu (Aunty JC), baru je setapak saya melangkah dan sepatah saya cakap "helo aunty", tanpa membalas sapaan saya, terus Aunty JC kata "apa pasai you suda gemuk?" sambil tersengih2 dan tengok saya atas bawah.
saya dah agak dah soalan wajib tu akan ditanya, saya hanya gelak dan gelak lagi. tak tau apa nak jawab.
reda gelak Aunty JC terus sambung lagi "ini macam kena ukur lain woo"
sekali lagi saya gelak, dia pun gelak sama. sambil saya gelak, dia ambil tali tape & buku, lalu mengukur si buntal yang seorang ni. saya pun merelakan je lah, hehehee.


selesai mengukur...
" you aaa, ini macam cukup, tamau kasi gemuk lebih lagi haaaa"
lalu saya pun gelak lagi.
sebelum melangkah pergi dari rumah dia sempat saya tanya sekali lagi untuk kepastian..
"aunty, betui ka saya banyak gemuk"
"gemuk laa, measurement semua suda lari oo" katanya sambil gelak.
begitu jujur kata-kata tailor yang sudah menjahit baju2 saya sejak kecil itu.


kesimpulannya, teha, anda tak boleh lebih gemuk dari sekarang, tailor pun sudah complaint, bawak2 la exercise turunkan body weight!

oh tidakk!!

Saturday, July 10, 2010

jeles

melihat iklan KFC hot & spicy malam tadi, jiwa saya terus bergelora, ahaks. dah lama jugak tak keluar flavor peberet tu, asyik blackpepper yang tak berapa nak menjadi, huhu. lalu hari ni terus ke KFC terdekat. tapi kenapa kali ini dah tak se-hot & tak se-spicy yang dulu? tak best.. tak best..!


nafsu makan saya kembali susah nak dikontrol, terutama bila saya escape lunch, membuatkan petang hari saya jadi amat lapar dan tgklah apa dah jadi sekarang, makan KFC pulak untuk dinner. hohohoo..! 

otway ke kfc tadi, masa berhenti di trafic light, saya tengah dengar cd lagu-lagu jiwang yang saya burn sendiri ikut-suka-hati-nak-letak-lagu-apa lama dulu. tgh2 melayan lagu wonderful tonight, saya terpandang kereta sebelah. nampaknya di gegurl tu tgh tersenyum simpul tertunduk2, dan si boboy kat sebelah tgh tersengih2 kejap2 menjeling si gegurl kat sebelah. entah apa yang di'ayat oleh si boboy pun entah. tapi cukup membuatkan saya jeles. huhuhuhuhu.. kenapa lah sang suami tiada di sisi sekarang, kalau tak, bukan setakat tersenyum simpul lebih dari tu pun saya boleh buat pada yang tersayang, ohh jelesnya:p taktau lah tgh hangat bercinta, dah berkahwin atau kawan sekerja merpati sepasang tu, tapi ohh, jelesnya saya! gatai kan.

dek kerana hati yang dah diserang jeles sebentar tadi, sebaik sampai di KFC pun saya masih berperang dengan hati sendiri. melihat merpati dua sejoli yang tengah beratur sama2 depan saya, si boboy bertanya sambil memeluk pinggang si gegurl "sayang nak makan apa" si gegurl kata "i nak nugget dah lah". yang tengah berdua-duaan makan sama2, nasib baik saya take away saja, kalau tak mau ada yang menitis air mata. 

uwaaa. sampai gitu sekali kah teha?:p 

oklah, taklah seteruk itu keadaan saya, tapi saya jelesss lah jugak tgk org lain berdua-duaan. oh, sang suami, bila nak balik, boleh bergurau senda dalam kereta dan makan kfc sama2:p 



gambar ni macam kurang significant dgn entry, hehe. ekceli masa ni hantar en.rizal di KLIA last week, tapi kali ni bapak & ummi tersayang turut serta sebab lepas tu nak hantar adik bongsu saya, noramin ke UTM Jln Semarak, tak lupa kredit kepada cik nani yg tukang hamik gambar:)) 

gambar ini bukan lakonan ok, anda tak tau betapa saya berperang menahan empangan yg tunggu masa je nak melimpah, tapi daku cover sebab ada bapak & ummi dan tak lupa cik nani & amin yang pasti akan mengutuk kaw2, ehehehee...:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...