Social Icons

Friday, February 10, 2017

Marilah tua bersama saya

Assalamualaikum.

Di mana nak mula pun taktahu. Rasa canggung menulis blog sendiri.
This is not good but I will try my best :)

Bila usia semakin meningkat semestinya perihal kesihatan jadi tumpuan.
(apa ni asyik cerita pasal tua aje kan 😄😝)

Mulalah menggagau mencari tips kesihatan dan gaya hidup yang lebih sihat 😅. 
"detox tips"
"tips kurus dalam sekelip mata tanpa ubat kurus"
"macam mana nak hilangkan kedut"
"macam mana nak body macam KimK"

Kita juga akan sedar bahawa kita telah berada dalam fasa pertengahan umur bila perbualan dengan kawan-kawan lebih kurang sebaya juga menjurus ke arah "kesihatan"
"hari ni kena pergi check-up"
"hari ni ada appoinment dengan dietitian"
"dah makan ubat ke belum?"
"supplement apa bagus ek, badan selalu letih"
"jom jogging"
"jom zumba"
"jom join kevin zahri"
Eh!

Susah juga nak terima hakikat bahawa fasa muda belia dah lepas. Ya. Fasa makan sebaldi badan tak naik dah lepas sekarang tiba ke fasa tak makan pun badan naik mencanak-canak (lebih baik makan kan). Kehendak nak berhias mulalah kurang, wishlist pun semuanya ke arah gaya hidup lebih sihat.

Tiada lagi kehendak-kehendak yang tidak perlu seperti handbag-handbag-handbag mahupun baju-tudung-baju-tudung tak henti-henti. Untuk saya sendiri, zaman itu telah berlalu. Ya, saya pasti. Kecuali bila ada sales. :p

Jadi apa yang boleh dilakukan? Marilah kita lakukan sama-sama.

  1. Mencari makanan-makanan dari sumber asli / organik / 
  2. Mencari makanan tambahan (supplement) juga dari sumber asli 
  3. Cuba set dalam minda - mencegah lebih baik dari merawat
  4. Menolak ubat-ubatan sintetik melainkan benar-benar perlu
  5. Memaksa diri menolak fast food dan processed food walau ada kalanya kerap tergelincir juga
  6. Memaksa diri mengurangkan manis dalam minuman tapi lebihkan dalam senyuman 😎😘
  7. Mencari semula "hobi" sihat yang ditinggalkan (kalau hobi semua yang tak sihat, cari hobi baru yang sihat)
  8. Mencari kaedah untuk tenangkan fikiran, recharge
  9. Cari masa untuk diri sendiri dan keluarga 
  10. Reward diri 

Marilah tua bersama saya.
Mrs. Farizal




1 comment:

PAk RUDI DI SEMARANG said...

Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sudah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...