Social Icons

Wednesday, October 12, 2016

Tua

Assalamualaikum.

Lamanya tak bersiaran.
Betul, sejak tua ni, asyiklah lupa dengan kewujudan blog yang satu.

Sejak tua juga rasanya semakin banyak benda yang dulunya tak boleh diletak ke tepi, tapi sekarang bukan sekadar letak tepi, tapi buang terus -- jauh ke dasar kawah putih, eh!

Dulu banyak benda berlegar dalam kotak kepala, tapi sekarang tak ku izinkan pun ia terlintas, dah ku pintas siap-siap -- jauh ke gunung merapi.

Dulu, ada satu tahap kepala tak boleh henti fikir, sedar tak sedar jari jemari pula ikut spontan mencatat apa yang tak sempat pun terbit di kepala. Semua ku hambur keluar. Tanpa tapis.
Apa saja kertas yang ada, aku tak peduli. Segala aplikasi di telefon, yang kegunaannya 'boleh mencatat', yang percuma dan berbayar, confirm termuat turun. Aku cuba satu persatu, supaya aku-jumpa-yang-terbaik, yang-aku-paling-aku-mahu, yang-paling-sesuai-dengan-jiwa-aku. Yang aku fikir, terbaik-untuk-aku.

Jangan cakap tentang plan A dan plan B, 
sampai ke plan infiniti ku paksakan otak supaya hamburkan apa-yang-aku-mahu. Begitu sekali aku kejam pada diri sendiri. 

----------
Kau orang tau? 
Dulu, setiap kali dapat apa yang aku mahu, 
aku tetap rasa BELUM jumpa pun sebenarnya yang aku mahu.
Maksud aku, aku tetap rasa, EH BUKAN INI YANG AKU MAHU.
Entah. Pelik.
Lepas tu aku akan terus lagi mencari apa-yang-aku-mahu,
bila dapat, perasaan yang sama lagi yang datang.
BUKAN INI YANG AKU MAHU.

----------

Sekarang. 
Sebenarnya aku masih orang yang sama, 
masih fikir apa yang aku mahu dan apa yang terbaik untuk aku. 
Yang terbit dalam kotak kepala -  sebentuk persoalan lagi -
SEKARANG KAU DAH ADA INI (kau orang letaklah contoh apa benda pun),
Now what Teha? WHAT? 
Ini je yang kau nak sebenarnya?
Apa yang kau nak sebenarnya?
—————

Sekarang dah tua.
Sekarang dah bertambah lanjut usia
Alhamdulillah aku bersyukur.

Aku sedar yang aku ingin sebenarnya adalah bahagia.
Bahagia cara aku. 
Apa caranya? Tak perlulah semuanya ku hamburkan di sini. 
Ah, masih selfish bunyinya. 
Tak habis-habis fikirkan "aku" 
Aku tersangat bahagia dengan apa yang dikurnia
Aku berhenti cari apa yang tiada 
Itu saja yang aku semat pahat dalam dada



Aku yang makin tua
Makjemah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...