Social Icons

Monday, April 27, 2015

BIMBO

Hai semua. 

Hari ni nak share satu quick entry yang simple sangat pasal perkataan BIMBO! Pertama kali dengar macam tak berapa pasti apa maknanya. Sehinggalah Elly Ariffin si wartawan HLive ni beritahu dalam sesi temubual bersama finalis Dewi Remaja 2015 dalam video di bawah. 




Dah dengar 2 video kat atas ni?
BIMBO is beauty WITHOUT brain.
Atau bahasa kasarnya - cantik tapi kurang pandai (read : b*doh)

Kenapalah terlalu comel perkataan BIMBO tu.
Mula-mula nak tergelak dengar.
Masa kecik biasa dengar BAMBINO je.
(siapa ingat BAMBINO? BUJAL ingat tak?)

Apapun, kasihan jugak tengok Kate Davies dan Puteri Aisyah ni. Pertamanya mesti nervous kan bila kena temubual, nak pulak di Elly Ariffin gila serius dan annoying. Bukan kerja senang untuk dua orang finalis ni, tapi seriously kena improve banyaaaaak sangat kot. Bahasa yang digunakan, lenggok tubuh, lontaran idea dan pendapat, pengetahuan am dan semasa. Kena praktis banyakkkk. Ambil kelas public speaking dengan Aznil Hj Nawawi ke (kan Pak Nil salah seorang tenaga pengajar Astro kan?)

Seperkara yang saya fikirkan dah jadi kebiasaan di kalangan orang Malaysia dan Asia ialah kalau Dewi Remaja je mesti kena CANTIK, mesti kena Pan Asia, mesti kena mixed blood. Model pun sama. Nak jadi artis lagilah. Asalkan cantik saja, bakat tak seberapa pun ramai. Sedih jugak. Di bawah ni pulak sesi temu bual dengan Mawar Rashid, salah seorang finalis Dewi Remaja 2015 jugak. Makin ditengok makin kasihan pulak. 




Berbalik kepada BIMBO. Saya tak kata or tak label finalis2 bertiga ni BIMBO, cuma perkataan BIMBO ni adalah salah satu subjek yang digunakan oleh Elly Ariffin untuk menguji finalis dalam sesi temu bual di atas. 

Selalu kan dengar "Beauty with brain"? 

Brain yang dimaksudkan bukan kena dapat straight A dalam SPM atau CGPA 4.0 masa 1st degree (or 3.85 macam Ahmad) atau ada PhD. Itu adalah PANDAI. 

Brain yang dimaksudkan adalah BIJAK. Bijak ni dia tak perlu tunggu dapat straight A atau ada PhD. Sesiapa pun boleh jadi bijak. Tak perlu sijil. 

PANDAI tak semestinya BIJAK. 

Nak berikan contoh seorang antara selebriti yang saya minat, masih muda tapi matang dan 'nampak' bijak ialah Neelofa. Tengok dia cara dia mengacarakan program "Meletop", walaupun rancangan tu rancangan hiburan cuba perhatikan susunan ayatnya, soalan yang diajukan, bahasa yang digunakan, sangat matang, padat dan informatif. Saya suka Neelofa mengacara. 

Daaaa..
Jangan bimbo bimbo! 


2 comments:

Hanie said...

kesian mereka... huhuhu

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...