Social Icons

Sunday, November 16, 2014

Salam Hujung Minggu !

Assalamualaikum semua. 

Lama tak update blog! Selain dari kekangan masa, kadangkala kekeringan idea jugak. Saya memilih untuk mencari topik / subjek yang boleh beri perkongsian dan manfaat berbanding nak tulis / ekspress tentang diri dan perasaan sendiri saja. Di samping itu, nak elak juga tulis pasal orang lain atau dalam erti kata lain, bercerita pasal orang seboleh-bolehnya. Menjadi satu cabaran jugak untuk pastikan perkongsian kita ni kekal relevan. Sekali dah dipublishkan entry tu ke internet, selamanya ia duduk di situ dan boleh diakses oleh sesiapa saja. Untuk itu, bukan mudah, ilham tak selalu datang. hehehe. 

Di antara jenis entry blog yang menarik perhatian saya dan amat bermanfaat adalah "review produk" atau "product review". Saya sendiri, setiap kali membuat apa saja, baik membeli, memasak, bercuti, mendapatkan rawatan kesihatan, sering buat carian di internet dulu dan membaca pengalaman dan review pengguna lain. Bagi saya, ianya amat membantu sebelum boleh kita membuat keputusan. 

Kalau di instagram pula sekarang, "review product" menjadi trending di mana kebiasaanya servis ini ditawarkan oleh selebriti, model atau sesiapa saja yang mempunyai pengikut (read : follower) yang ramai untuk mempromosikan produk mana-mana penjual. Contoh yang terkenal adalah Atitaharis  dan JihanMuse serta FynnJamal . Servis ini bukannya free tau, ianya berbayar, bermula dari RM 200 dan ke atas, mengikut pakej dan harga yang dipersetujui oleh kedua pihak. 





Ok, itu servis review yang ditawarkan di instagram, di bawah ini pula saya kongsi beberapa laman web yang khas untuk mengumpulkan review dari sesiapa saja. Contohnya, bagi tujuan perlancongan/percutian, saya amat gemar merujuk ke laman web TripAdvisor untuk membaca apa kata pengunjung lain yang telah berpengalaman ke destinasi yang dicari, selain dari melihat blog-blog peribadi. Ianya saya jadikan panduan utama sebelum membuat penempahan. Kadang-kadang apa yang terpapar di laman web rasmi tak semuanya menggambarkan keadaan semasa. Selain itu, saya juga telah berjinak-jinak menjadi salah seorang dari penulis review dalam laman web tersebut! 


Terdapat pelbagai feature dan aplikasi yang boleh diexplore dalam laman web TripAdvisor ni. Contoh yang saya ambil di bawah adalah bagi pelancongan Langkawi. Anda boleh pilih jenis percutian bagaimana yang dikehendaki (honeymoon, berkeluarga, mewah, budjet, tepi pantai dsb), dan aplikasi ini akan membantu anda untuk meringkas senarai (short-list) ikut keperluan anda. Selepas mendapatkan senerai pendek pilihan, anda boleh mula membawa review tentang pengunjung2 lain yang telah pun ke sana. 


Contoh, Langkawi Lagoon Resort. Anda boleh lihat gambar terkini yang diambil oleh pengunjung di bahagian "travellers photo". Dipaparkan juga beberapa laman web penempahan di ruangan tersebut (AsiaRooms, Booking.com dan Agoda contohnya). 


Seterusnya di bahagian bawah, merupakan bahagian yang menempatkan review pengunjung2, dan rating yang diberikan oleh mereka. Senang kan. Anda boleh lihat sekiranya ada sesuatu istimewa seperti sambutan atau aktiviti menarik yang sedang berlangsung di tempat penginapan itu. Ataupun maklumat seperti "hotel ini sedang direnovasi, dan sila ambil perhatian tentang bunyi bising". Bagi saya, ianya amat membantu! 


Diharapkan, dengan membuat lebih sedikit kerja pencarian / pembacaan seperti ini, sebagai pengguna, kita boleh membuat pilihan yang tepat untuk keperluan kita. Tidak timbul lagi isu seperti "tidak berbaloi" "hotel buruk" "makanan tak sedap" ketika kita berkunjung ke sana apabila kita telah pun "bear in mind" tentang perkara-perkara tersebut setelah membaca review. Namun tak dinafikan, pengalaman seseorang walaupun di tempat yang sama, adakalanya berbeza2. Ada pengunjung yang merasakan pengalamannya amat baik sekali ke sesuatu destinasi, tapi pengunjung lain rasakan yang sebaliknya pula. Itu semua tidak dapat dikawal dan kita terimalah seadanya rezeki pada masa tu. Tips yang terdapat dalam laman web ini adalah sebagai salah satu panduan sahaja okeh :) 

Itu saja buat kali ini, manfaatkan hujung minggu anda!



16 Nov 2014 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...