Social Icons

Tuesday, May 27, 2014

kota bangkok : curfew day 2

Assalamualaikum. 

Mukadimah entry ni biarlah dengan screenshot post saya di FB semalam. Screenshot senang sebab boleh memendekkan cerita. lagipun, bukan semua reader yang baca blog-entry ni ada dalam friendlist saya di FB dan bukan semua yang dalam friendlist FB saya baca blog-entry ni. :) 



Drama berbelah bagi antara nak pergi atau tidak worktrip kali ni di antara terhebat yang pernah saya lalui. Berbelah bagi nak pergi Delhi trip selama 4 minggu pun tak setanding kali ni yang cuma trip untuk 5 hari. Alhamdulillah, setakat ini, semuanya selamat & stabil. Langkah berjaga-jaga tetap diambil, dari sebelum pergi hinggalah sekarang ni. Pada mulanya saya cuma tanya pada organizer samaada kursus ini berjalan seperti biasa atau ditunda, kemudian saya bertanya pula pada Wisma Putra, Kementerian Luar Negara, KLN (Terima kasih Pn Siti A'liah Mansor yang banyak jawab soalan saya dengan panjang lebar), dah tanya juga pada Kedutaan Malaysia di Bangkok (Terima kasih Pn. Nordiana Din yang beri nasihat serta green light). Lega sikit dalam pada risau. 

Pijak saja kaki ke hotel, alhamdulillah, lega sangat. Semua event akan berlangsung di hotel ni, bermakna saya tak perlu ke mana-mana. Kurangkan risiko. 


Buat yang ingin ke Bangkok untuk urusan rasmi mahupun atau bercuti. Saya tidak pula menggalak atau tidak pula menegah. Cuma setakat apa yang saya sendiri alami di sini pada ketika ini dan terhad pada tempat yang saya menginap setakat ini (Wireless Road) tak ada apa-apa masalah yang timbul, alhamdulillah. Nampaknya orang bekerja seperti biasa, peniaga berniaga macam biasa, jalan sibuk, kanak-kanak pergi sekolah, pelancong ke sana ke mari, shopping mall penuh, kelibat tentera tak kelihatan di kawasan ini. Jangan hampiri Government House, atau Victory Monument di mana tempat yang menjadi perhatian / tumpuan kumpulan perusuh atau penunjuk perasaan. Patuhlah pada arahan tentera untuk "curfew". Bawalah makanan lebih untuk spare dari jam 10 malam hingga 5 pagi, terutama yang bawa anak kecil, orang tua. Sebelum buat keputusan, tanyalah nasihat banyak pihak terlebih dahulu, dapatkan situasi yang terkini. 

Nota untuk urusan rasmi : sekiranya peserta / perwakilan yang dihantar untuk tujuan rasmi ini tidak digalakkan pergi oleh pihak jabatan atau peringkat tertinggi dalam organisasi atas sebab risiko keselamatan seeloknya biarlah urusan "tarik diri" itu datangnya dari jabatan itu sendiri kepada penganjur, terutama bila saat akhir di mana tiket penerbangan dah dapat dan penginapan dah disediakan. takkanlah urusan 'tarik diri' daripada peserta kepada penganjur, nampak macam tak formal dan suka suki je taknak attend atas sebab peribadi. Bukankah peserta yang dihantar itu dicalonkan oleh jabatan dan diarahkan untuk menyertai, kalau tujuan peribadi bolehlah individu yang tarik diri. Please. it must be government to government. 



27 Mei 2014, 10:14pm
The Okura Prestige Hotel
Wireless Road
Bangkok 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...