Social Icons

Saturday, July 27, 2013

Simpul mengkarung

Nikmat rasanya bila cuti. 
Syurga (read : heaven). 
Sebahagian nikmat. 
Syukur. 

Malam tadi siap kena simpul mengkarung. Tidur tak berselimut, sebenarnya salah sendiri sebab tertidur. pendingin hawa pulak beriya sikit lagi nak sampai titik beku. Hamikk. Kejut partner sebelah tak bergerak2. Tgh2 kejut tetiba short circuit pulak, kena kaki yg sebelah lagi. Boleh pulak gitu. Adoi. Punyalah sakit. Lama tak kena. 

Ok habis pasal urat simpul. 

Alhamdulillah, dpt balik kampung minggu ni. Sibuk sangat anak dan menantu yg dua org ni sampaikan baru harini dapat balik hutan melintang. Ni semua penangan renovation rumah yg pelbagai dugaan, skrg masih dalam ubahsuai dah masuk kontraktor ketiga selepas yg pertama dan kedua diberhentikan. 

Sila tanya 
"sempat ke siap rumah kau teha". 
Jawabnya adalah 
"Berani kau tanya soalan tu". 

Atau kalau berani cuba tanya 
"Tahun ni buat open house lagi tak?" 
Jawabnya adalah 
"Ada, temanya CLOSE HOUSE" 

Boleh jugak tanya 
"Baju raya kau berapa pasang teha, warna tema apa?" 
Jawabnya adalah 
"Tiada maaf bagi mu" 

Hikmahnya, mungkin tahun ni kami akan beraya sakan ke rumah orang sebab rumah sendiri dah tak macam rumah. 

Ini serius, bukan nak merendahkan diri yg sedia rendah, nak cakap berlapik pun bukan. Mmg betul lagi sahih, rumah serupa rumah terbengkalai. Kitaorang yg dah 3 bulan mengadap projek tak siap2 ni pun dah dua tiga kali fikir nak check-in hotel. Haha. 

Ok. Habis lah meroyan. 
Harini mood balik kampung, dekat 2 bulan kot tak balik. jadi, sila jgn spoilkan. 

Mood mari. 

Bazar Ramadhan Teluk Intan is the bestt!  Suami pun kata best sbb banyak pilihan makanan yg dah terkenal dgn kesedapannya. Kecur air liur. Petang tadi teluk intan hujan, kalau tak hujan agaknya penuh satu bonet kereta beli makanan. 

Semua benda nak rasa. Beli sana sikit sini sikit. Rojak mastan ghani checked, laksa mastan ghani checked, satey wak teni checked, roti john sedap checked, air jagung lengkong, puding caramel checked. Kalau tak ditahan suami tadi mahu je menambah lauk kat Gulam Rasul. Dalam pada hujan, kalau terang benderang agaknya dgn mamak Gulam saya ajak balik jadi tukang masak. Haha. 

Tips kekal cargass di siang hari walaupun jaga 2 lab, kejap naik kejap turun, lps tu balik rumah yg tak macam tak siap tu, mengaruk sapu, lap habuk dan mop, ubah perabot ikut tempat mana nak kena hacked. Tiap2 hari okey. Mmg mencabar. 


Dari sudut tenaga mmg amat2 membantu di bulan puasa ni. Biasanya saya mmg jenis lembik melepekk. Dari sudut kecantikan, sebagaimana yg anda semua telah tahu akan menganjalkan kulit muka & tubuh, rambut kuku sihat, kulit lembab, parut pudar dan hilang jika konsisten, ramai yang ada eczema pun mengakui keberkesanannya. 

Siapa nak, bagi tahu awal. 
Promo Raya ni sangat berbaloi. 
Sambutan amat menggalakkan. 

Mrs. Farizal 
27-07-2013 



1 comment:

Hanie said...

Saya baru kene simpul biawak a.k.a tarik mengkarung pagi tadi, masyaallah sakit giler...

Selamat berhari raya, sabar banyak2 ye berurusan dgn kontraktor yg byk kerenah ni.. hehehe

jemput ke blog sy
http://rujukvitaminku.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...