Social Icons

Tuesday, July 16, 2013

Pekasam

Assalamualaikum. Salam 8 Ramadhan:)

Nampaknya ini entry pertama saya di bulan yang penuh barakah. Moga kita semua diberikan kesihatan & kekuatan untuk berpuasa dan terus istiqamah menggandakan ibadah (solat sunat, bersedekah, membaca al-quran, bangun malam, bersederhana, bersemangat dalam tiap pekerjaan dan apa jua kebaikan). Jom kita bersyukur dengan nikmat2 yang telah dipinjamkan dan mohon agar Allah sentiasa bantu kita, kerana tanpa bantuan-Nya kita lemah dan tiada upaya. 

Macamana rutin korang? Terutama kaum-kaum ibu. Bangun untuk buat persiapan sahur pukul berapa agaknya?;) macamana pengalaman ibu yang ada anak-anak baru belajar puasa, mesti banyak keletahnya kan,dari nak kejut bangun sahur hingga menunggu azan maghrib berkumandang, hehe. 

Buat saya, tahun ini penuh dgn kesederhanaan. Alhamdulillah suami berpeluang cuti dari awal puasa dan insyaAllah hingga syawal menjelma. Tahun lepas saya dah beraya tanpa suami di sisi. Eh, dah cakap pasal raya pulak, baru puasa 8 hari:p 

Berbuka puasa setakat ini belum di rumah sendiri memandangkan rumah mertua yang sangat dekat, meriah sikit berbuka dan bersama-sama ke masjid dgn ibu mertua. Bersahur pula dengan menu-menu simple pembuka selera. Nasi jadi menu wajib. Mesti ada satu masakan berkuah, dan selainnya adalah pembuka selera seperti ikan pekasam / ikan bilis goreng dgn bawang, cili api, tomato & kicap / telur dadar. Dan, tak ketinggalan keropok lekor dari Kemaman. Tq suami sebab belikan stok ;) 


Cakap pasal makanan seolah2 takda titik noktah. Itulah kita. Puasa je, yg pertama terlintas di fikiran adalah lapar dan makanan. Cukuplah agaknya pasal makanan;) 

Doa saya semoga ramadhan kali ni menjadi latihan kepada kita untuk memperbaiki kualiti kehidupan untuk bulan-bulan yg mendatang. 30 hari bangun sebelum subuh untuk bersahur, bangun malam untuk ibadat2 sunat, 30 hari menjaga pancaindera dan mengawal nafsu, 30 hari berjemaah di masjid/surau, dan 30 hari menginsafi diri ini mampu mengenalkan kita semua lebih rapat dengan pencipta. 


Checklist di atas mungkin boleh jadi panduan bagi yang berminat untuk mendisiplinkan diri;) 



Jumpa lagi dalam entry seterusnya;) 
Mrs. Farizal 
8 Syawal 1434H / 17 Julai 2013 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...