Social Icons

Saturday, July 27, 2013

Kad raya pertama

Masa kat Mekah (pertengahan April 2013) kami dah perasan dah ramainya orang kat kedai2 emas. Saya takda pengalaman, bila tanya mak mertua, kata mak ramai jugak orang suka beli emas kat mekah, musim haji pun sama. 

Oleh kerana mmg takda ada niat nak membeli barangan kemas, kami memang langsung tak jejak kedai emas. Suami banyak kali mengusik. Dia kata "alhamdulillah" bila saya kata "taknak". Isteri macam ni mmg satu dalam seribu, terima kasih, hahahhaaa. 

Bila balik Malaysia, barulah dengar cerita rupanya harga emas 916 turun serendah RM 122/gram. Nak kata sesal tu taklah, tapi keinginan tak tertumpu ke situ. 

Yang terbaru, waktu berbuka puasa kat rumah mak mertua 2 hari lepas, mak bagi hint lagi "emas tengah murah". Sekali lagi suami mengucap syukur bila saya kata "idak ler rasanya abg". Kan saya dah kata, mana nak cari isteri macam saya. 150 juta kali like. Hihi. 

Harini sampai kampung, adik saya Nani bagi tahu ada surat Habib. Tebal katanya. Bagus betul Habib jaga customer. Saya tak hiraukan pun. Sampai baru sekejap ni buka surat ohmaigod. 

Ku ingin putarkan masa 
Ku ingin telan semula kata sebelum ini 
Ku ingin perbetulkan 

Ini isi kandungan surat kiriman Habib. Rasanya mesti semua customer dapat, kan kan;) ada kad raya, kad rebate RM 50, sampul raya Habib & katalog terbaru Habib sempena ulangtahun ke-55. 

RM 50 rebate untuk Pandora. 

Katalog sempena aidilfitri dan 55 tahun Habib. 

Emas putih ada, emas kuning ada, diamond ada. Nampak lingkaran ubat nyamuk Fumakila tu?:p 

End of catalog. 

Cemana nih. 
Dasar. 

Kau kan mmg taknak teha, takkan tengok katalog dah nak meroyan. Kau kan mmg taknak! 

Mampu cakap taknak bila benda tak duduk depan mata. Bila dah nampak menggelupur! Itu pun baru tengok katalog! 

Bawak2 istighfar! 
Mrs. Farizal 
27-07-2013 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...