Social Icons

Sunday, June 30, 2013

berkira itu tidak sihat, ambil kesempatan itu hilang berkat

tidak sekali-kali mahu menghakim
tidak sekali-kali mahu menunding
lontaran ini ikhlas
ditujukan buat diri sendiri yang selalu lupa
dan renungan buat semua agar jangan turut alpa 

CONTOH 1
berbelanja ke spa kecantikan.
untuk dapatkan servis sedapkan badan.
ada yang datang sekali sekala.
ada yang dah jadi regular.
ada yang kosnya mmg jadi belanjawan bulanan,
dan ada yang perlu menyimpan.

ada kalanya untuk khidmat tertentu.
kita masih perlu sedapkan badan dengan khidmat mereka yang tiada kedai
makcik yang tiada namanya di papan tanda, jauh sekali punya pakej A,B dan C
servisnya kebiasaan dilakukan di rumahnya sendiri
atau datang ke rumah pelanggannya
itu pun, terlalu sedikit yang boleh datang sendiri
kebanyakannya perlu diambil kerana tiada pengangkutan dan sudah tiada suami
yang rezeki tergantung pada kudrat 4 kerat 

TAPI

dengan spa kecantikan,
kita mampu bayar harga pakej hingga tiga empat angka
bila berurut dengan orang kampung, bidan mungkin.
yang kadang kala khidmatnya bukan sekali,
kebiasaanya 3 kali berturut.
yang tiada batas waktu, hanya akan berhenti bila pelanggannya rasa puas dan lega. 
yang tiada diletakkan harga, cukup seikhlasnya,
kita hulur RM 10, RM 20, RM 30. 
untuk kudrat tua itu.

mungkin beribu alasan yang keluar,
rumah bidan takda pendingin hawa
bidan datang pun kita yang jemput sendiri
bidan mengurut bukan keluar modal macam spa
atau
buat apa bayar mahal-mahal, ini kan cuma bidan kampung.

antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab. 

CONTOH 2
upah jahit baju.
kita sanggup mencari tailor yang ternama
kerana percaya orang ternama boleh dipercaya
lagipun kain ela bukan yang calang-calang harga
upahnya hingga tiga angka
sudah siap pakai dengan bangga.

TAPI 

sekali sekala mungkin kita juga pernah hantar pada tukang jahit kampung
yang namanya sekadar di bibir orang-orang kampung cuma
yang sedaya upaya memahamkan kehendak kita 
takut lihat kain ela yang diterima nampak lain dari biasa 
yang mungkin dari kalangan kenalan ibu, atau saudara mara terdekat kita
atau mungkin cuma suri rumah yang cuba cari duit poket berbekal bakat yang ada
atau lebih buruk mungkin itu saja punca tergantungnya rezekinya
yang bila ditanya harga
tukang jahit cuma kata harga kampung saja
lalu kita beri RM25.

sebab kita fikir, tukang jahit kampung takda modal besar
tak perlu sewa kedai
tak perlu bayar gaji pekerja
tapi mungkin kita lupa,
mungkin mereka bersengkang mata menjahit malam hari
kerana siang terpaksa ambil upah jaga anak orang
mungkin tidur mereka tak selena kita
kerana subuh hari kena bangun awal buat kuih dan nasi lemak untuk hantar ke gerai-gerai
sebelum boleh jahit baju kita 


antara berkira atau ambil kesempatan.
jawab.


ini bukan soal ikhlas atau tidak.
BENAR
kecil atau besar.  banyak atau sedikit.
tiada satu ukuran nilai ringgit untuk menggambarkan ikhlasnya kita
siapa kita mahu nilai ikhlas tidak orang itu 

ini soal mampunya kita berbelanja besar kepada tuntutan yang lain
yang ada kalanya tidaklah perlu, tapi kita yang mahu.
namun kita gagal 'berbelanja' besar terhadap yang lebih berhak.

itu nilai sebenar yang harus kita soal bukan pada siapa-siapa
tapi pada diri sendiri. 

KESIMPULAN
berkira itu tidak sihat
ambil kesempatan itu hilang berkat

yang tidak menonton tapi mendengar KEL-JDT,
tiara lake park - 290613 - 11:43pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...