Social Icons

Tuesday, October 16, 2012

malam yang bakal -2C

pertamanya, silalah bagi idea cemana nak dapatkan feeling buang air besar.
(sorrylah kalau ada yang rasa jijik sangat entry ni, takyah lah baca okeh. )

saya memang biasa jugak ada masalah gini esp bila travelling,
tak payah pergi jauh2 pun, kadang2 pergi tempat lain sikit sistem pencernaan dah buat hal.
tapi biasanya takdelah teruk sangat. dan mudah diovercome bila makan fibre dengan banyak.

masalahnya skrg ni, sejak sampai sini, takde feeling langsung nak mencernakan hasil2 yang tak seberapa dalam usus ni. tempat ni mewah dengan buah-buahan yang manis2 dan sedap2, maklumlah tengah musim sejuk skrg ni. hari2 makan buah tak kurang 2 biji (kadang2 epal, kdg2 oranges, limau mandarin), sayur mmg makan banyak sbb mmg kebanyakan lauk yang boleh dimakan adalah sayur. Daging merah ataupun putih ada, tapi tak makan banyak. Ikan belum pernah jumpa sepanjang kat sini.

masalahnya (masalah lagi) masih tak boleh mencerna.
keadaan toilet, di hotel memang tip top, bersih takda masalah. masih ada sumber air.
keadaan toilet di LVRI, agak menyedihkan, memang saya akan pergi bila terpaksa je.
(hari2 terbayang penemuan2 dalam tandas perempuan, fobia gila).
takda sumber air langsung, walaupun sinki basuh tangan! tisu toilet pun TAKDA.
can u imagine? sila dtg ke China ya.
wet tissue bawak entah berapa kajang, dah tinggal kurang dari separuh je stok,
walaupun baru je 3 hari kat sini.
sebelum duduk saya wipe toilet cover, sesudah mencerna dah tentulah kena bersihkan diri,
then sekali lagi saya sterilizekan toilet cover tu, dan akhir sekali sterilizekan tangan sendiri selepas bukak tombol pintu toilet, dan keluar kemudian baru keluar.
boleh bayang tak, sekali saya mencerna kena pakai berapa pieces wet tissue??

mungkin stress sebab wet tissue dah banyak habis,
maka otak ni automatik translate supaya "jangan berak?"

oklah, korang pun mesti dah uweekkk uwekkk dan cakap saya tak senonoh.
tak kisah, cakap je lah.

----------------------------------------

habis cerita pasal sembelit.

masuk cerita weather.
masa sampai airport Lanzhou, keluar2 je airport, terus angin sejuk satu macam datang,
terasa macam duduk dalam aircond suhu maksimum tapi takleh nak off aircond tu :P
suhu tengahari tu around 18C, so masih ok lagi.
malam cecah 8C, pun masih ok lagi. sebab kami dah selamat lena dalam bilik, tak keluar bilik pun.

Isnin, di LVRI, masih boleh tahan sebab siangnya around 16C, malam jatuh 6C,
gigil2 jugak la keluar dinner official malam tadi.

Harini, Selasa, hamiikk kau.
Tiba2 suhu siang drop sampai 9C,
sampaikan tengahari tadi keluar makan (jalan kaki lebih kurang 1km), kebas pipi ni.
Sekarang (around 7:10 malam), suhu dah pun 3C.
Saya dah berlong-john dalam bilik.
tengah fikir nak pakai berapa lapis baju sebab kejap lagi around 7:30 mlm, nak keluar cari makan malam.
Suhu paling peak malam ni adalah -2C.
Negative. Dan kurang menyenangkan bagi orang kampung macam saya.

yang tak sempat2 shopping lagi,
Mrs. Farizal
Lanzhou Legend Hotel,
Tianshui South Road.
16 Oct 2012 : 7:18pm


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...