Social Icons

Wednesday, October 10, 2012

andersonian club - inovasi - embassy

dari minggu lepas dah sebenarnya.
bagaikan tak cukup masa. nampak sangat tak pandai manage masa.

sibuk dengan audit ISO17025 oleh CSIRO, AAHL Australia. semingu penuh. isnin hingga jumaat. 1 hingga 5 Oct. takleh ngelat langsung. jadual lawatan pulak tu clash dengan Mesyuarat Pegawai VRI yang diadakan 3 bulan sekali. mesyuarat tu dah pastilah kena present progress seksyen dan kerja2 lain di bawah amanah masing2. mintak excuse dari auditor semata2 untuk buat presentation saja. lepas tu kembali kena audit. fizikal tak letih, tapi mental, ya allahu rabbi. tuhan je tahu, macam nak meletup. tiap2 pagi makan Uphamol650 2 biji walaupun tak sakit kepala. precaution okeh, precaution sampai gitu sekali!

sepanjang minggu tu, takda gambar langsung, kecuali yang kat bawah ni.

gambar kat bawah ni sewaktu Deputy Director (Dr Chandra) bawak auditor, saya dan Syamsiah ke Andersonian Club untuk makan tengahari.




Selesai audit, punyalah lega.
Tapi lega seketika. Sementara Audit Finding Report belum keluar :p
Tamat minggu pertama Oktober.

------------------ 

Minggu berikutnya, 8 Oct hari Isnin.
Pagi-pagi Kak Rose, Azrul dan saya ke Kedutaan China, Jalan Ampang untuk collect VISA dan passport yang dah siap sejak 3 Oct lagi.


 Dah namanya duduk kat Ipoh, segala kedutaan semua kat KL.
Haruslah habiskan satu hari suntuk. Perjalanan je dah 3 jam, pergi balik dah 6 jam.
Tapi urusan di Kaunter Kedutaan mmg lah 5 Star, tak sampai 5 minit selesai urusan kami!
Seriyes dua riyes! Tahniah lah embassy of china! 
                                                                   ------------------ 


Hari berikutnya, 9 Oktober, Selasa.
Sekali lagi, satu lagi trip ke Ibupejabat JPV Putrajaya.
Kali ini untuk membentangkan kertas kerja kami yang tercalon ke Anugerah Inovasi JPV 2012.
Ikut hati, punyalah liatnya nak pergi. Sebab letih.
Sempat telah panadol 2 biji sebelum bertolak .Tetap, kugagahi.







                                                          -----------------------------------

Rabu, 10 Oktober.
Alhamdulillah, tetap bertahan hingga hari ini walaupun dengan panadol.
Adalah kurang sikit.
Barulah ada ruang nak buat persiapan untuk kursus minggu depan.
Print segala dokumen perjalanan & kursus yang berkenaan.
Tgk dan survey tempat2 transit yang berkenaan jugak.
Nampaknya trip kali ni mencabar walaupun jaraknya tak jauh mana.
Bukan ke US, bukan ke Europe, ke China saja.
Tapi transit sampai 2 kali, sebab tempat kursus ni isolated sikit.
Ipoh - Singapore - Guangzhou - Lanzhou !
Route balik pun sama Lanzhou - Guangzhou - Singapore - Ipoh!
Sabtu nanti flight dari Ipoh pukul 4:50 petang, sampai Lanzhou pukul 11:40 pagi esoknya.
Dah macam pergi Europe!


Sila tanya saya, "dah packing beg teha" "
Jawapan "BELUM, dan taktahu barang2 semua kat mana" 


ok, nak tidur!

tiara lake park
10-10-12, 10:00 pm

1 comment:

Ietams said...

Packed betul schedulenya.
Tapi kan... Bila tengok flight route tu..kan
Huhuhu letihnya memandang..tah cemane la rasa hati empunya dirinya eh.
Take care n have a safe journey to you

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...