Social Icons

Friday, July 13, 2012

Restoren M. Salim, Jln Tokong, Ipoh

(Penafian : Saya tiada kena mengena dgn keluarga M. Salim mahupun S.M Salim. 
Hanya ingin berkongsikan pengalaman peribadi)

Dibuka sejak 1985. (skrg tahun berapa, cer tolong kira jap)

sorry gambar mana dan je, pakai hp je. 

Rugi. Sy mmg RUGI tak tahu kewujudan restoren ni lebih awal. Kalau tak, mesti muka mak jemah ni yg selalu bertenggek di M. Salim ni.Sejak azali saya mmg gemar masakan berempah. Rasa puas makan. Pedas, panas campur sikit masam. Bertemu regu dgn suami yg selera tak ubah, dua dua jadi kaki makan.

Istimewanya restoren ni (walaupun lokasinya agak tersorok) makanannya SANGAT best, layanannya bagus, kebersihannya Gred A, dann.. kari kapla ikan dia nahh.. semangkuk besarr. Ikannya lembut, manis dan fresh. Kari kambing pun superbbb. Daging lembut, tak hamis, kuah sedapp. Signature Dish pulak ialah Nasi Beriyani Anarkali :P mantapp!

Pertama kali diperkenalkan oleh biras saya pada awal Jun/akhir Mei lalu. Hingga ke hari ini baru dapat pergi 4 kali termasuk baru-baru ni lunch dgn staff lab saya pekena Beriyani Anarkali. Perghh. Mmg terbaikk. (gambar mmg takda,sbb tak ingat apa dah waktu tu:p) 

boleh nampak itu "anarkali" ?:p 

Menu lain yg saya sendiri dah cuba : Capati dan kari kambing. Sumpah Sekeping mmg tak cukup. 

kari KAMBING. sumpah sedap. peberet guwee! 

Ini guwa punya capati. berapa kali dah pekena. terbaekkkk! 

Menu favourite En. Rizal :
Tosai telur bawang dgn daging cincang. Confirm 2 keping.

Menu2 lain yg sedap dan dah cuba :
Nasi goreng ayam
Mee goreng
Kuetiaw goreng
Kari kepala ikan
Nasi beriyani
3 layer tea
Jus Mangga India

Alamat : 75, Jln Bahru off Jln Tokong, 31650 Ipoh, Perak 
Location : Lupa pulak nak set GPS ke ape, nnt kalau ada saya update yer. 
Waktu Urusniaga : Dibuka setiap hari hingga pukul 10.00 malam. Jumaat : 1.00 - 2.00 petang tutup.

"Anarkali" punya gambar, later i will put up okeh ;) 

Jgn pisahkan daku dan dia, 
Mrs. Farizal 
Tiara Lake Park 

2 comments:

Papa-NtiQ said...

Hi mrs.farizal....kebetulan 2 minggu lepas baru jer saya gi kat M.Salim ni makan kari kepala ikan. Dah upload semua gambar2 kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com
Memang confirm sedap! dan kari kambing nye pun best..lembut daging dia...saya baru jer discover kedai ni lepas adik ipar rekomen. Selalu balik Ipoh sebab isteri orang Manjoi tapi tak penah terjah sini hehe.
Anyway senang2 tu singgah la yer blog saya sebab semua entri2 pasal jalan2 dan makan, makan dan makan hehe
Dan jangan lupa follow yer blog saya kalu sudi TQ TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...