Social Icons

Wednesday, June 6, 2012

jaringan labah-labah 2

on 21 May 2012 

Okeh, moh kiter sambung kisah labah-labah.
Bila difikir-fikirkan nasihat Ustaz Kazim, saya teringat satu lagi kisah yang jadi kat saya.
Insiden di Poslaju Ipoh.

Kebiasaannya saya akan buat urusan poslaju selepas waktu pejabat, sangat-sangat bersyukur sebab waktu urusan kaunter poslaju hingga 8:30 malam pada setiap hari bekerja, sabtu pun bukak! Tak payah lah nak bersesak-sesak semasa waktu lunch hour pejabat yang cukup cukup je untuk ke kantin, jumpa kawan2, berborak, dan kemudian solat dan berehat di bilik sementara tunggu pukul 2 petang. Adik-adik poslaju (walaupun ada yang nampak gaya macam Abang2, tapi saya “adikkan” je semua, senang dan saya tak kekok bila nak berurusan).

Nak dijadikan cerita, satu petang tu saya keluar dari pejabat seperti biasa sekitar pukul 6 petang, baru ingat hari tu adalah Rabu. Bila Rabu maknanya ada pasar malam kat Rapat Setia. Walaupun dah duduk jauh dari pinggir Ipoh, Pasar Malam Rapat Setia tetap di hati. Oh bahagia pergi pasar malam. Apakah.

Dah la keluar pejabat lambat, singgah pulak di pasar malam, rasa-rasanya pukul berapa nak sampai di Poslaju?? Haruslah jam pun dah nak dekat 7.00 malam masa tu. Selesai urusan, Cik City pulak tak boleh nak start enjin. Memang cemerlang gemilang sangat rasanya bila benda tu jadi waktu-waktu syaitan dah nak keluar. Kalau bapak saya tahu dia mesti membebel, sebab dia mmg pantang dalam waktu peralihan2 gitu anak dara eh mak dara masih duduk luar rumah.

Cuba start beberapa kali tak boleh, pakej bertambah lengkap sebab suami pulak mmg tengah kerja luar kawasan, ohh, saya perempuan yang teraniaya masa tu, insan yang lemah (apakah?). Akhirnya bila dah takleh nak setel seorang diri, saya pun mengalah call En. Atan (opismate saya yang suka tolong orang, jadi orang pun semua minta tolong dari dia). Alhamdulillah, sebagai insan yang lemah, tiada suami di sisi ketika itu En. Atan available untuk membantu. Takpa lah walaupun kena tunggu beberapa minit, sebab kena fikir jugak orang tu pun ada anak dan isteri. Waktu pulak tgh maghrib.

Sementara tunggu dia, saya pun melakukan percubaan demi percubaan start kereta. Seorang staff poslaju yang mulanya tengah memunggah2 barang dari dalam van dan 2 orang adik kaunter datang dekat saya, cuba bantu apa yang patut. Tak lama lepas tu En. Atan sampai, cuba lagi, tapi memang takleh buat apa dah walau di “jumper” dengan kereta lain. Adik-adik poslaju pulak, dengan ringan tulangnya pergi survey kedai2 kereta yang berhampiran dengan tempat kejadian, tapi malang memang tak berbau, tapi dalam kes ni agak berbau, sebab dah sah-sah jam gitu kedai apa pun dah tutup.

Menyedari pilihan makin tak banyak dan hari makin gelap, En. Atan cadangkan pergi ke kedai kereta di kawasan Ampang, yang confirm bukak lagi time2 gitu. Saya pun menurut dan ikut dia. Cik City pulak ditinggalkan di Poslaju yang gelap-gelita-lampu-jalan-rosak pulak malam tu. Sambil diberi jaminan oleh adik-adik poslaju bahawa Cik City akan selamat dalam premis mereka, mereka akan tengok2 kan.

Selesai dapat bateri baru dan melayang RM230, kami kembali ke poslaju dan acara memasang bateri bersuluhkan handphone dan torchlight adik-adik poslaju berlangsung dengan jayanya. Semuanya selesai pukul 8.45 malam, pukul 9.00 malam saya sampai rumah dengan selamat. Dalam perjalanan suami telefon, ceritakan semua, suami pun bersyukur panjang dengar ada orang2 yang sudi tolong isteri dia yang selalu kena tinggal seorang ni.

Selepas kejadian tu, suasana ketika berurusan dengan mereka di kaunter poslaju jadi semakin ceria, walaupun dalam keadaan letih bekerja seharian dan kena beratur panjang. Kelebihan? Masih tak ada apa2, cuma mudah sikit minta borang kosong lebih. Itu sahaja. ^__^



Kesimpulan dan pengajaran :
  •           Dah tahu bateri dah tunjuk perangai susah nak start, sila ganti bateri cepat2.
  •      Bersyukur sebab jadi di kawasan poslaju, iaitu kawasan yang saya biasa dan kenal dengan orang sekeliling, bukan di tepi jalan atau di jalan shortcut saya balik kerja yang banyak anjing & gelap.
  •         Walaupun saya seorang2 perempuan masa tu, saya rasa selamat sebab saya tahu adik2 tu kenal saya dan staff saya (En. Atan) boleh dipercayai.
  •      Jalinkanlah hubungan baik sesama manusia, tak kira di mana-mana kaunter perkhidmatan, di pasar malam, dengan makcik duduk sebelah di foodcourt, dengan tukang kebun, dengan pekerja DBI yang datang ambil sampah kita setiap hari isnin, rabu dan jumaat, atau dengan makcik jual goreng pisang. Janganlah sombong tak bertempat. insyaAllah takda apa yang rugi. 



P/S : Nantikan laporan lengkap Percutian Langkawi sedikit masa lagi. InsyaAllah.

Seminggu dah blog takda entry,

Tiger Lane - 06 - 06 - 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...