Social Icons

Sunday, April 15, 2012

alah membeli kalah memakai

original vs imitation.

original - bermaksud asli, tulen, sah, 
(belonging or pertaining to the origin)

imitation - bermaksud tiruan, mirip, plagiat, copycat, mirror 
(a counterfeit; copy)

Tu semua org faham kot. 


Saya tergerak nak ulas tentang hal ni selepas melihat status seorang online seller di FB yg menasihatkan pembeli agar tak tertipu dengan barangan yang dikatakan original (oleh Seller lain) yang dijual terlalu murah (sbnrnya immitation) 





Ukurlah baju di badan sendiri. Bukan nak kata tak layak pakai LV, sesiapa pun layak pakai LV, kalau ada fulussnya, silakan lah. mainlah kutu ke, saving ke, ikat perut ke, nak keluarkan ASB semata utk LV pun, pakai kredit kad platinum ke, tak siapa nak larang. tapi takkan tak study skit berapa range harga LV, Prada, Chanel atau jenama-jenama designer yang lain. RM 2k for LV mmg tak munasabah! 

Dengan duit sebanyak tu, anda ada baaaanyak pilihan lain lagi...! 
yang semestinya original! 

-----------------------------------

Contoh 1 : Kes handbag LV di atas  
dengan bermodalkan wang yang bukan sedikit (RM 2,350 tuu) , 
anda boleh dapat handbag ORIGINAL (of course, bukan LV lah) 

anda boleh dapat : 
Gucci (wallet lah tapi, atau tambah few hundred lagi dapat Sukey), Coach, DKNY, 
Cole Haan, Guess, 
Marc Jacob, Longchamp senang2 je, gerenti ORIGINAL. 
Bonia, sembonia, carlo rino, semua boleh dapat. 


Anda melabur RM2,350 untuk sesuatu yang imitation, sanggup? 
Semata kerana NAMA? nak menggelek LV ke sana ke mari? 
Errr.. tak terfikir ke entah2 sama je dengan yang jual kat Petaling St.? 
Takkk... saya bukan nak hina handbag petaling street, 
beli handbag kat mana pun tak kisah lah, asal tak menipu dan tertipu. 

-----------------------------------

Contoh 2 : 
Seluar Levi's Original RM 299.00 harga butik. 
Seluar Levis siam mari RM 40.00 - RM 60.00 

Orang sanggup beli Levis Siam jugak. 
Nape eh? Sebab nama jugak? 
Adoiii. 

Padahal dengan RM 60.00 anda boleh beli dah seluar dengan jenama original. 
Anda boleh beli : 
- kalau seluar perempuan : dolly, applemints, ladies, bontton, diesel 
- kalau seluar lelaki : dapper, guys vision, diesel, blue toms, jeep 

Meh nak tanya sikit, cuba jawab dengan ikhlas, 
Sedap ke pakai Levis siam? cer citerrr...!! 


----------------------------------

Banyaak weyy... BANYAK pilihan lain. 
anda boleh dapat kualiti yang lebih baikk dengan duit anda weyy. 

Saya tak faham, kepuasan membeli/melaburkan wang tu datangnya bila apabila puas hati disebabkan kualiti pembuatan, keselesaan dan ketahanannya kah, atau pun kepuasan itu datangnya semata-mata dari  dapat memakai sesuatu jenama yg diidam, walaupun imitation! 


kenapakah esok seninnnn, 
tiara lake park 
15-04-2012 
10:50 pm 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...