Social Icons

Wednesday, February 8, 2012

wordless #7 - wordless wednesday

cuti dan sangat bahagia. 

lamb chop adhoc untuk very late lunch kami nyata tidak mengecewakan. sengih sampai telinga. bila hari dah lewat, maka en. suami tak rasa nak makan nasi (lagipun pagi dah pekena nasi kerabu. oh bahagia pagiku).

yang ada dalam freezer pun hanya 2 keping lamb shoulder saja. yg lain2 cuma ikan cencaru skit, ada ayam sikit, ada sotong sikit. kelmarin pergi cameron, sayur yang 13 jenis RM10 tu, dah la beli sampai RM20 baru luak sikit, masih banyak berbaki. 

maka keputusan membuat lamb chop adalah keputusan paling tepat lewat tengahari tadi. sayur-sayuran pulak ada yang saya salai/panggang atas api, ada yang saya rebus bodoh saja. buat teman lamb yang terkonting2 atas pinggan. bila sikit tu lah yg sedap sangat, suami isteri sejoli makan sampai licin pinggan boleh buat iklan axion :P

kadang2 malas nak plan beriya masak itu ini, 
sbb yang tak plan tu lebih menjadik. 

oklah, mcm takde motip sgt. cerita kronologi masak, mmg takda motip. mmg takda isi mahupun idea bernas. ahhh..! 

(sbnrnya hati tersentap bila tgk last entry rupanya dah 4 hari berlalu, lalu terus bukak blogger dan tulis apa saja:P)





Tiara Lake Park 
08-02-2012 
4:58pm 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...