Social Icons

Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku Dayus :: Apa kata saya



Tak cliche. 

Itu yg terdetik di hati saya sejurus lepas scene klimaks flashback menunjukkan 'kecurangan' Lisa seperti dakwaan Edree. Nyata itu yang menjadi punca konflik yang tercetus.


Sinopsis garapan saya ;

Lama rajuk dipendam oleh Edree. 
Pedih hancur luluh melihatkan isteri yang dirindui ditiduri lelaki lain. Kecewa tak siapa yang tahu. Sayang pula teramat mendalam. 

Sejurus sedar dari koma, diasingkan tempat tidurnya dengan isteri. Tanda sebuah teguran buat isteri yang didakwanya curang, yang difikirnya nusyuz. Ya, itu mmg salah satu caranya. Cara islam menangani isteri nusyuz.

Lalu, Edree mendakwa dirinya sendiri pengecut yakni dayus setelah tidak mampu melafazkan cerai setelah sekian lama disakiti oleh Isteri yang amat dicintai. Hingga satu masa dia sedar cintanya kepada Allah mengatasi segalanya. Lalu tertalaklah Lisa dengan 1 talak.

Namun, Hikmah yakni bijaksana Edree telah menemukan mereka berdua kembali. Tempat mengadu hanya pada Yang Esa setelah perkara sebenar diperjelasi. Lalu, saling memaafi. Saling sayang menyayangi. Kasih bertaut kembali.



Lesson learnt
Bijaksana yakni hikmah itu kunci keutuhan kasih sayang dalam rumahtangga. 


Apa kata saya
Lakonan Beto Kusyairy dan Nora Danish amat terkesan di hati saya. Jalan cerita yang suspen dan menarik membuat penonton tertanya-tanya permasalahan yang dilalui mereka. Banyak makna tersirat yang diperolehi bila diamati dengan teliti. Terdapat unsur2 islamik yang tersirat (mungkin orang yang tidak teliti tak perasan). Ya, maksud saya tersirat, walaupun yang dipaparkan di screen adalah watak Edree yang gila-gila namun teguh dengan prinsipnya, scene anak beranak masuk-keluar masjid, menangis mengadu pada Allah di sejadah, isteri yang berubah sepenuhnya menutup aurat. Ia tetap menggambarkan maksud yang dalam. 


Perkembangan watak Lisa yang baik, dari seorang gadis yang 'liar', beliau berusaha menjadi isteri solehah, taat dengan perintah Allah dan suami. Anak yang taat kepada ayahnya. Walaupun melakukan kesilapan (keluar berduaan dengan bekas kekasih). 


Perkembangan watak Edree yang sangat mendadak, dari seorang yang gila-gila, selamba dan muka tembok kepada seorang suami yang "kering hati" atau dilabel "dayus". Tidak menghiraukan isteri, mengasingkan tempat tidur, walau sebenarnya jauh di hati hanya tuhan yang tahu. Sangat respek dengan kekuatan emosi dalaman dan ekspresi yang dilakonkan oleh Beto terpancar dari air muka, riak wajah, genangan air mata (apatah lagi air mata yang jatuh) dari satu scene ke satu scene. Air mata siapa yang mampu bertahan. 


Watak Aisyah (Irma Hasmie) yang tidak bersalah. Secara peribadinya, saya rasa amat marah dengan karakter Aisyah kerana tidak menerangkan status sebenar beliau kepada Lisa pada peringkat awal. Memang Aisyah telah berkawan baik dengan Edree, malah pernah menjadi tunangannya, tapi untuk kebaikan rumahtangga Edree beliau seharusnya lebih bijak menangani situasi genting tersebut (bila Lisa menyerang). Tapi, yaaa, nama pun cerita kan, mesti suspend. hehe. 


Kesimpulan : 
Olahan cerita yang terbaik setakat ini, sangat terkesan di hati. Kawalan emosi dalaman dan permainan ekspresi yang bukan calang-calang oleh semua pelakon. Bagi saya, kalau hendak diberikan rating, saya beri 4.5/5.0. 




"Syurga Isteri di atas Redha Suami"

Yang masih berendam air mata:P
Mrs Farizal
Tiara Lake Park
19 Feb 2012
01:22 am

1 comment:

Sang suami said...

Org tu nangis bila tgk citer tu...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...