Social Icons

Friday, December 16, 2011

SK-II Rochas Limited Edition dan depa nak naik harga tahun depan

Hari ni ada bonuslink card member day, ada 5x bonus point & parkson voucher (every RM100 = RM 20 voucher, byk kan?:) Jadi saya pun singgah di kaunter SK-II parkson ipoh parade, sebabnya dari bulan lepas lagi saya mencari Facial Treatment cleanser yang dah habis licin selicin-licinnya. sekali lagi hampa sbb FT cleanser masih belum available di kaunter. sold out everywhere since last month!

mahu tak cuak sbb dari bulan lepas saya hanya survive dengan 3 pcs FT cleanser travel size (20g) yang comel lote tu saja, tu pun sbb saya dapat as a free gift masa beli moisturiser & bbrp brg lain bulan lepas. oh ya, ekceli dapat free gift benda lain, tapi saya  mintak exchange 3 dari free item tu ke FT cleanser, sbb desperate! skrg dah tinggal 2 pcs! Amoi tu kata tengok hujung bulan ni kalau ada new stock sampai. hadoih la boleh ka tahan ni! 

kaciwa lg! 

kekaciwaan ditambah lagi bila amoi tu cakap tahun depan harga akan naik 8-10%. saya pun nganga jap. NAIK HARGA?! oh tak boleh jadi, harga sekarang pun dah tersedak2 rasanya. terus teringatkan FT Essence or so call  miracle water saya tinggal separuh botol... begitu juga dengan FT Lotion saya, maka pejam mata rembat lah jugak. Kalau tak sambar skrg nnt putih mata pulak. 

FT Lotion & Essence yang tinggal separuh
Amoi tu tunjukkan harga yang bakal naik. 

FT Essence, 215 ml - RM 449 ---> RM 489 , dah naik rm40
FT Lotion, 215 ml - RM 198 ---> RM 239 , dah naik rm39

yang lain sy tak dpt tgk harganya, amoi tu tunjuk 2 benda tu saja, sbb saya pun beli 2 benda tu saja tadi. 

jadi, sahabat2 pencinta pitera sekalian, kalau ada barang yang dah tinggal suku atau separuh botol silalah consider beli skrg, sblm 31 dis. saya tak boleh bayang kalau satu barang naik lingkungan 10%, dah RM40-50, kalau sekali beli 4,5 barang, mahulah RM200 lebih dari biasa! oh banyak tuu! 

oh ya tertinggal lagi satu cerita! =P 

kalau anda2 beli essence sekarang ni ada bottling baru yang diilhamkan oleh Rochas Paris! Botol warna keemasan gituw! ade signatures Rochas lg, cantekk! 

New packaging inspired by Rochas Paris , ade signatures lagi tu ;) 


Gold cap Rochas Limited Edition - Pitera Essence , dan awan larat yang menghiasi botol :P


botol belah belakang 



beza bottle lama (kiri) dan botol limited edition (yg ada flower2:p) 




volume yang sama (215ml), tp with new bottling ni botolnyer lebih besar. 

Selain Rochas Limited Bottle ni, ada jugak banyak promotion dari SK-II yang tengah berlangsung. Namanya festival set, boleh tengok kat website SK-II ni dan pilihlah mana yang bersesuaian okehh :) 


Tiara Lake Park 
16 Disember 2011 
11:21 pm 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...