Social Icons

Sunday, December 18, 2011

Sign tetap kena sign, persoalannya nak terima atau tak?





Opsyen yang terakhir saya tandatangan adalah pada 2008, iaitu masa nak pilih antara umur pencen 58 atau 56 tahun, dan saya telah pilih 56 tahun. Sekarang, satu lagi pilihan kena dibuat nampaknya. 

Sana sini rata-rata semua blogger sentuh pasal SBPA. Saya pula menunggu untuk melihat dengan mata kepala sendiri pekeliling yang lengkap dikeluarkan. Nak ulas panjang kena khatam dulu pekeliling yang 131 muka surat tu. Kadang-kadang baca sorang-sorang ni interpretasi lain-lain. Kita baca kita faham lain, orang lain baca orang lain faham lain. Huh! 

20 Disember pulak dengarnya rakan2 guru dipanggil ke sekolah untuk menandatangani borang opsyen SBPA ni. Yelah, masa yang diperuntukkan sampai 30 Disember saja kan, walhal cikgu naik sekolah awal Januari. Haruslah kena turun sekolah awal, huhu. 

20 Disember ni jugak, pihak ibupejabat kami (JPV) nak turun padang ke VRI untuk sessi taklimat. Harapnya lebih jelaslah semua intipati dalam skim terbaru ni. Sabar je lah menunggu. 


Dengarnya lagi, CUEPACS tengah fight lagi untuk beberapa perkara yang difikirkan kurang adil dan tidak sesuai, dan saranan CUEPACS juga supaya penjawat awam tidak tergesa menandatangani borang option! 


Sebut pasal pekeliling, saya baru baca beberapa muka dah rasa malas, jadi mula lah scroll pun laju-laju macam tak ikhlas ja. Hehe. Tunggu je lah taklimat Selasa nanti. Sabar ya hati :) 

Link berguna untuk penjawat awam intai2 : 
c) Blog cikgudahlia  (contoh pengiraan gaji guru) 




Yang sedang tengok Masterchef Malaysia - Episode Penyingkiran malam ni :P 
18 Disember 2011 
9:14 pm 

1 comment:

aimaniman said...

entahlah akak pun x pasti, banyak yg masih jd tandatanya terutama lampiran c tu,.. sekolah akak plak 27 dis baru mesyuarat... sempat ke 3 hari je temph nak sain... setakat ni x da pun dipanggil tok meyuarat lebih awal... entahlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...