Social Icons

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha :)

Oh bahagia! Adik-adik yang dua orang dah sampai ke Ipoh subuh tadi, alhamdulillah. Yang sorang drive dari Batu Pahat, dan yang seorang lagi (disebabkan communication break-down), naik bas ekspress dari JB! =P Walaupun sekali lagi Aidiladha tanpa sang suami di sisi, tapi alhamdulillah kali ni adik2 semuanya balik, pak shuhay, umi & si bongsu pun dah menunggu kat rumah, moga ceria aidiladha dan hujung minggu kali ini ^__^ 

Sementara menunggu mereka berdua melelapkan mata saya sempat siram pokok bunga, belikan breakfast dan berkemas baju untuk pulang ke kampung halaman. Ya, balik kampunggg... ooo..ooo..ooo balik kampung! 

Selamat Hari Raya Aidiladha buat sang suami di atas rig, buat kaum keluarga  di Hutan Melintang, Bagan Datoh, Batu Gajah & Tanjung Tualang, sanak saudara walau di mana anda berada, rakan taulan di tempat kerja, ex-UKM Batch2001/2004, semua muslimin dan muslimat, mari kita renungkan pengertian di sebalik kisah Ibrahim dan Ismail:) 

Bagi yang memandu (termasuklah saya, huhu), berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi!  


P/S : En Rizal, i miss you, a lot! 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...