Social Icons

Monday, November 7, 2011

Alangkah bahagianya!

Alangkah bahagianya kalau hari-hari adalah hari ahad, ataupun hari-hari adalah cuti. Nikmat duduk kat rumah tak mandi-mandi dari pagi smapai ke petang, tak payah buat apa2, senang lenang, tak payah beratur di trafic light depan rumah yang lama, tak payah beratur kat jambatan pengkalan yang sepatutnya 2 atau 3 lane, malangnya masih lagi 1 lane menyebabkan saya sempat main angry bird dalam kereta. 

Cuti sempena aidiladha kali ni saya tak banyak keluar rumah, balik kampung tu yelah. Di kampung pun saya tak ke mana, duduk rumah saja. adik-adik teringin makan pizza, pergi take-away di pizzahut, kemudian teringin pulak makan Kepsi, lalu dengan seluar tidur pagi-pagi buta, eh pagi gajah, ke KFC depan taman. Makan pulak daging korban fresh yang bapak korban di surau, sedap betul. Pagi ni pulak satu lagi aktiviti korban taman di kampung saya ni. 3 ekor ditumbangkan, Alhamdulillah meriah betul nampaknya. Tahun ini diri saya sendiri tak ambil bahagian korban, tahun rehat setelah beberapa tahun menyertai. Ada rezeki tahun depan join semula;) 

Adik-adik yang makin besar melebar, saya pun semakin tua, uhukk uhukk, baru cukup 29 tahun, 8 hari yang lalu. Oh ya, bulan oktober ni birthday bapak saya (31 Oct) dan adik lelaki saya jugak (8 Oct). Selamat hari lahir untuk semua, sayang semua! 

Menyembang dengan cik arkitek yang FB pun takda tu, anti-sosial sungguh ! Pasal boyfriend dia, eh orang anti-sosial mana ada boipren:P Nyembang dengan adik-adik yang lain jugak, yang sorang nak mencari laptop baru dan yang encik arkitek wannabe pulak tengah berjinak-jinak dengan guitar baru hadiah birthday. macam-macam perkembangan. sembang dengan dua orang arkitek ni membuka skit kepala otak kakaknya ni,field lain-lain lah katakan kan. Sekurang-kurangnya dapat ilmu tak langsung pasal senibina;) 

Rehat jap dengan lagu Ombak Rindu ni:) Gemersik kan suara Adira! 






Oh ya, sekarang semangat memasak lebih skit semenjak dua menjak ni, sebab? sebab ada MasterChef Malaysia:P haha, tak boleh blah kan? Padahal masak masakan paling senang dalam dunia je pun. Anda sokong siapa ya dalam MCM? Bagi saya, Felix! Go go Felix! dan tak lupa jugak orang pegrak Kamaruzzaman a.k.a abang mat terap:P Cayalah orang pegrak! 

Erm, nak mengarut lagi, tapi simpanlah untuk entry seterusnya:P tak boleh blah lagi:P 



Tiara Lake Park, 
11 Zulhijjah, 8:59pm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...