Social Icons

Thursday, October 20, 2011

Pengembangan diri, bukan perkembangan. LoL.

Lama tak tulis pasal perkembangan diri sendiri. Yes, memang lah tepat sekali, anda memang dah tahu apa saya nak cakap kan? perkembangan yang amat ketara adalah pengembangan diri dari pelbagai sudut, hahahaa:P Terima kasih la pada orang2 terdekat dengan saya yang sentiasa buat saya senang hati lalu makan tak henti-henti hingga badan jadi begini. LOL




Bukan pasal pengembangan diri, nak cerita pasal konflik sebenarnya. Konflik antara nak ikut ilmu yang tertulis dalam buku atau ilmu turun temurun yang diajar oleh sifu. Dua2 betul dan terbukti, jadi saya perlu ikut yang mana? Saya perlukan nasihat dari sifu2 yang lain. Tolongggg!!




Keduanya, saya risaukan progress kerja saya. Banyaknya kerja yang menanti menjelang akhir tahun ni. Yang hakiki pasti kena jawab dalam SKT, yang sampingan pun sudah jadi amanah juga tak boleh dipersiakan. Fokus teha fokuss! Boss, kalau tahun depan dan tahun selanjutnya semua kerja sampingan tolak ke tepi sekejap boleh?




Ketiganya, punyalah saya risau nak hantar email kepada bakal supervisor dah telah didraft berkajang2, siap hantar draft email pada sahabat di UKM dulu untuk dia proof-reading. Hahahaaa. Adoih la teha. Tapi serius, dengar nama je dah gerun, tu pasal nak tekan button "send" rasa macam nak tekan picu pistol di kepala sendiri:P my gerun with respect, for you, Prof. Sheila Nathan!




Keempatnya, saya risau sebab banyak benda yang saya risau tapi saya tetap tak risau apabila asyik makan dengan jayanya. Rasanya dalam banyak2 risau, benda ke-4 ni yang saya patut risau dulu. Badan gemuk nanti otak lembab, macamana nak buat kerja bagus2 kan?




Oklah, mata melilau sana sini bila tersedar jam dah pukul 6:30 petang dan kesorangan dalam bilik. Di luar pulak hujan renyai. Kejap lagi dah nak masuk maghrib. Saya perlu pulang.


Sekian royanan.








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...