Social Icons

Sunday, September 11, 2011

Police dan rabun

Assalamualaikum.

Berapa lama dah saya mengomplen pada diri sendiri bila menyedari kesihatan mata kurang memuaskan. Tapi takda tindakan dari diri sendiri. Apa tanda bila mata kurang sihat dari biasa? Memang mata dah tak sihat pun, kalau sihat tak payah pakai spec:P  


  • - bila saya terpaksa mengecilkan mata untuk melihat jauh, walaupun nak tengok slide powerpoint dalam bilik mesyuarat. 
  • - bila pemanduan malam saya sering bermasalah. Sering rencam tambah lagi di kawasan yang tiada lampu jalan. Bila gelap gelita walaupun jalan yang saya amat familiar.
  • - bila malam lagi, Kadang2 tak nampak garisan putih atas jalan menyebabkan saya tak konfiden berada di lane yang betul atau dah termakan jalan orang.
  • - bila malam bulan mengambang, lampu trafic pula semuanya nampak bulat, langsung tak nampak arrow yang menunjukkan terus/kanan/kiri. Bila mata dikecilkan baru nampak agak jelas. Keadaan ini juga menjadikan saya teragak2 bila menghampiri trafic light. Iaitu samaada boleh teruskn pemanduan atau perlu berhenti. Teragak2 bukanlah satu praktis yang selamat di atas jalan raya. Huhu. 
  • - bila kepala ni cepat berdenyut kuat bila saya lama depan laptop tambah lagi dengan intensity cahaya screen yang maksimum. 



Biasanya untuk menyedapkan hati saya akan fikir yang mata yang kiri ni dah minus (-) 350, yang kanan pulak -300. Takkan tak cukup2 power lagi kot. huhu. Sedap hati lah sangat kan. 

wearing old spec. jgn muntah tgk gambar syok sendiri. ya allah, jendulnya dahi



Lalu, ahad lepas saya pun ke Focus Point berdekatan. First time ke sana, sebelum ni buat dengan England Optical dan kedai2 cina sekitar Teluk Intan saja. Apapun, mesti mula2 kena check dulu existing power berapa pada spec sediada. 

Lalu adik tu pun kata "boleh tahan jugak power akak yer". 
saya pun senyum je lah. "Boleh tahan sikit ke, boleh tahan banyak?" tanya saya pulak. 
Dia kata "boleh tahan banyak lah. then transition spec akak ni pun ambil masa 2 minit baru gelap, cermin pun dah kuning2" sambil sengih. Saya pun sengih je lah bila ditanya bila last sekali buat checking mata:P 

Adik focuspoint ni pula terus terangkan kat saya pasal transition lense. Memang saya amat prefer buat transition, sebab nak ber-sunglass leceh, melainkan saya jenis pakai contact lenses. 



Hoshi Transitions Lense yang tengah ada promotion. Rebate RM100 dari harga sebenar lense :) 




Lepas tu, check mata guna machine. 

Adik tu menambah lagi "kak, belah kiri maintain 350, kanan dari 300 skrg dah naik 350, silau ermm.. dari 0.00 jadi 100 kiri dan 100 kanan" 
Saya pun "haa, normal ke tak normal silau cenggitu dik?" 

Lalu si adik pun kata "kalau ikutkan silau kalau lebih 75 dah kira agak teruk. akak bila bawak kereta malam2 rasa cemana, atau bila panas terik ke?"
Saya pun kata lagi "mmg teruk pun, sampaikn akak pun jarang keluar malam kalau sorang2". 

Adik tu pun terus meyakinkan saya agar tak susah hati sangat, lagipun machine kurang accurate. Yang tu saya pun dah sedia maklum. 

Lepas tu dia pun bantu saya pilih frame baru. Saya langsung tak pilih frameless sebab pengalaman saya pakai frameless sekejap ja dah jahanam, tak sampai setahun. huhu. Dia rekemen saya beberapa frame, tapi satu frame ni bila lekat di mata terus saya rasa selesa sangat2. Masa tu tak tengok harga. Bila tengok harga telan air liur jap, tapi adik tu kata focuspoint tengah ada discount. Jadi setuju, fikir2 setiap spec saya insyaAllah akan bertahan selama 3-5 tahun, jadi berbaloi jugak, so deal. 

Frame dari Police. Brand dah established lama, but lebih fofular di kalangan sunglasses.






Pemeriksaan manual menyusul, die tergelak2 kecil setiap kali saya ambil masa beberapa saat sebelum dapat menyebut abjad yang tertera. Dia tahu saya hanya meneka, sebenarnya ada yang saya kurang jelas, memang pun saya hanya teka je:P 

lepas dapat reading yang sepatutnya, adik tu suruh saya buat triangle dengan jari mengelilingi huruf2 kat screen depan,kedua belah tangan ke depan, simple. rupanya tu test untuk nak tahu mata mana yang dominant. Results saya, mata kiri lebih dominant. Adik tu kata "lepas ni akak main bowling, aim pin dengan mata kiri, confirm hebat punya". 

Dan, bila saya google pulak, sesiapa yang mata kiri lebih dominant ni sinonim dengan migraine. huhu. Bagi yang nak tahu lebih info pasal Dominant Eyes ni, boleh google sendiri2 yer. 

Hasilnya seperti di bawah, haha. 

Kiri turun dari minus 350 ke 325, kanan naik dari 300 ke minus 325.
Silau yang sebelum ni takda pulak,  kiri jadi 50, kanan jadi 75. hamikkk!! 

Dah lama sangat tak pakai spek frame cerah, asyik pakai frame hitam saja.

Ok, sekian cerita pasal Police dan Rabun:P 

p/s : baca kisah WTC 11 September 2001 yang genap 10 tahun pada hari ini, dan kisah dalam Al-Quran yang berkenaan dengannya di sini. 


Salam Syawal, 
Si Buntal
Tiara Lake Park
11 September 11' 

1 comment:

nurlisa said...

spek baru berbrand "every breath you take..every move you make.." -->m LIKE!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...