Social Icons

Wednesday, September 7, 2011

6 syawal yang lemau


ErmmmMm! 
Sumpah takda mood langsung nak kerja di hari pertama. Pergi kerja, tapi taktau nak mulakan kerja dari mana. Duduk terdiam adalah 5 minit kot, memerhati apa benda yang ada atas meja, apa benda bawah meja:P Itu baru 1 minggu cuti, kalau sebulan, boleh tolong bayangkan? 

Pagi saya dimulakan dengan bukak diari & baca balik things-to-do notes yang ditinggalkan sebelum bercuti raya sakan. Kann dah kata! sekali rupanya esok (7 Sept) saya ada appointment ambil balb/c mice dari IMR. Baru nak terkedek-kedek booking transport dengan Haji yang jaga transport. Baru terkedek-kedek jugak call Dr. Dorothy & En. Kamal dari Unit Sumber Bekalan Haiwan Makmal, IMR untuk confirmkan appointment sekali lagi. Ok, done! 


 Awas! semua gambar dalam entry ni takda kena secara langsung dengan entry ni. Tgh mood cerita pasal kerja, jadi randomly ada la beberapa pieces gambar di tempat kerja. Takda motip yang jelas pun :P Btw, yang dalam tube kat atas ni adalah sample obex yang dah dihomogenate, ready for testing;) 


Belek punya belek lagi, ada beberapa task untuk Kongres VAM2011 nanti yang masih belum selesai, kena confirmkan order souvenirs dari beberapa kedai cenderamata kat ipoh terchenta ni. Separuh sempat dikonfirmkan sebelum raya break. Yang bestnya, sijil 400 keping dah siap diprint. Design pun lebih baik setelah ditouch up oleh kedai printing tu, kualiti pun saya puas hati. Ok, lega satu benda pasal cert. So lepas ni kena susun waktu bila nak menjelajah lagi ke kedai2 cenderamata yang lain. Hari Jumaat ni ada meeting follow-up di DVS State Perak, mesti kena report progress. Ok teha, pls be prepared! 

Di ruangan yang lain, ada satu task yang saya letakkan bawah kategori “important but not urgent” iaitu proposal projek untuk dihantar ke Dr. Zeenathul, supervisor saya dan Wardah dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Adoih. Cemana ni, BELUM siap. Banyak pulak tu benda yang saya kurang familiar, especially on plant/herbs part. Kena terus buat literature ni. Ok, teha anda kena gerak sekarang! 


 Boring2 tunggu incubation period, last2 amik gambar protocol, jgn marah okeh:) Masa ni tgh buat western blotting for our "baby" H5N1 monoclonal antibodies:) 




Tak habis pun lagi membelek things-to-do-list saya, pintu bilik diketuk oleh Dr. 2nd Boss. Adoih, dah 3 minggu ni tak bersua. 2 minggu sebelum raya beliau ke Buenos Aires Argentina bersama teman saya iaitu Kak Nurul, elok mereka balik saya pun dah mula cuti raya. Beliau suruh saya ke bilik bila free. Takda makna nak suspend2, dah biasa dah since saya bekerja agak close dengan beliau, banyak benda admin yang saya uruskan di bawah pemantauan beliau. Lain rasanya kalau big boss yang panggil, baru akan ada sedikit kegerunan dan pertanyaan dalam hati kudus ini, “apasal boss panggil aku ni, ade buat salah ke nih?”:P Lepas selesaikan kerja di atas meja saya pun melangkah ke bilik beliau. Ermm, dalam hati, Ok, mesti ade paperwork lagi lah ni.


Memang betul apa dikata. Hamikk kau, ada paperwork 34 mukasurat kena draftkan untuk persediaan audit oleh MAMPU. Dateline dalam surat 29 Ogos. Apakahh? Lalu, janji saya hanyalah “I will try my best Dr”. Ya, akan saya cuba sebaik mungkin, mungkin hantar 29 September ke, boleh? Ok, benda pelik2 paperwork ni saya buat waktu petang2 masa mata ngantuk boleh? Pagi2 ni saya aggresif sikit buat kerja lab. Jadi, Ok, jom masuk lab. 


Ini pun takda kena mengena dengan entry. Masa ni ekceli tgh drill specific pathogen free (SPF) eggs untuk preparation for intravenous inoculation, BTV Vaccine pilot trial in the making;) 

Sebakul SPF eggs yang dah di'marked' 



mulalah acara mendrilling. Ingat org offshore ja ka buat job drilling:P kikikiii.  


Masuk lab, saya menyapa semua orang dengan ucapan selamat hari raya, hari terakhir kerja tak sempat nak bermaafan sebab saya berada di Pekan Ipoh menyetelkan hal2 souvenirs Kongres VAM2011 hingga lepas waktu kerja. Tak jumpa seorang staff pun masa saya balik semula ke opis, sebab jam dah menjengah 6 petang. Di lab, tengok apa yang patut, tengok notice board, tengok cell dalam incubator. Ok, lab baik-baik saja walau seminggu tak beroperasi seperti biasa. Terima kasih pada Debbra yang tolong jagakan lab, seminggu dia langsung tak ambil cuti rehat!

Balik bilik dengan hati yang senang. Alhamdulillah takda benda yang trigger saya sepagi yang indah tadi. Jadi, booleh senyum sampai telinga dan ajak semua staff keluar minum pagi berjemaah. Best!

dok menunggu sample dicentrifuge. masa ni tak silap tgh buat RNA extraction kat Avian Virology Unit;) 


Balik minum pagi, bukak kembali diary. Bukan tak habis baca, tapi tak habis buat action untuk apa yang dah tertulis. Oh, ada lagi satu janji rupanya. Saya janji nak selesaikan confirmation testing RNA Blue Tongue virus sebelum dihantar ke AVA, Singapore. Cuma perlu buat RT-PCR, but Oh oh, ada primer lagi yang belum jumpa. Semua sekali ada 6 serotype. Oh no, anda kena gerak sekarang jugak teha!

Tertengok pulak notes di notice board dalam bilik, elok je lekat pada magnet yang kak fiza bagi dari vietnam. “conduct meeting with ISO team & Top Mgmt after raya” omg! Its ISO17025. Terus nak pengsan. Internal Audit dah selamat dibuat oleh QM dari AAHL sebelum puasa haritu, final report pun dah dikeluarkan oleh beliau sebelum cuti raya haritu. Now, saya kena arrange meeting dan plan for correction action. Aiyakk!

Apa lagi ni yang pending ni, dah nak mula pening. Rilex2! Eh, eh. Ada lagi lah, esok 25 ekor balb/c mice tiba, maksudnya experiment baru pun dah nak kena ON! I like! Oklah, semakin banyak yang saya tulis semakin risau pulak hati ni melihatkan banyaknya benda yang pending dan perlukan tindakan! 


gambar takde motip pun. jgn marah okeh. 


Jom baca Surah Alam Nasyrah, moga dilapang dan dipermudahkan urusan, amin! J




1 comment:

Sang Suami said...

Huhuhu...kesiannya syg tu....byk keje pas cuti raya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...