Social Icons

Thursday, June 30, 2011

reward

gambar sunset ni tiada kena mengena dgn entry. cuma saya tgh bayangkan kalau dapat menikmatinya. sekarang. hehhe:)



kerja menimbun, tapi hati teringat kat blog. lalu untuk lebih afdal dan tak terkenang2, harus tulislah entry barang sebaris dua:p

hari ni saya simpulkan sebagai hari gelabah sedunia, eh saya sorang saja sbnrnya , haha. pagi tadi ada monthly R&D meeting kami, di mana setiap researcher / technician perlu bentangkan progress report bagi penyelidikan masing-masing. sebenarnya saya dah bersedia, dari kelmarin slide dah pun siap. T.A.P.I, entah mcmana saya terfikir beberapa lagi info semasa driving ke tempat kerja. jadi, sampai saja di pejabat pagi ni saya pun gatal menggodek2 lagi slide yang dah pun siap sebenarnya, padahal mesyuarat dah nak mula pukul 9:00 pagi. seperti biasa, kalau tengah gelabah, maka ada saja yang tidak sempurna.

Messed! mess sangat presentation saya akibat tamak semua nak cerita, maka si penglipur lara pun jadi tak tentu hala. boleh lupa pada satu term yang sepatutnya dipakai. sampai gedik bertanya kat barisan doktor2 yang duduk depan. adoi. tak best langsung. tak puas hati, rasa nak present sekali lagi. haha. selesai mesyuarat sempat pulak tu ditegur dengan gelak tawa oleh puan doktor timbalan "what happen to you fatihaa?"
so, boleh bayang dah kan?

ermm, terlalu banyak task sejak 2,3 minggu ni. semuanya dateline dekat2, itu belum masuk mesyuarat. sampai sang suami gelar saya "meeting officer" MO instead of RO:P jadi, sebagai langkah untuk menjamin saya tak lupa setiap tugasan dan agar tugasan dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan, checklist amat2 lah perlu di saat2 ini. memang kena letak tepi apa yang kurang penting dan tidak urgent. dah lama tak bawak kerja balik rumah, tapi akhirnya kembali menghadap kerja di malam hari sampai 3,4 pagi. lama dah tak macam ni.

malam ni saja malas nak pegang apa-apa. merehat dan me-rewardkan diri dengan menulis sebaris entry (sebaris la sangat kan?:p), padahal masih banyak lagi kerja yang menanti ni. harap dengan rehat yang cukup ni dapat siapkan diri untuk esok hari, sebab kena menghadap bos dengan minit mesyuarat lepas yang 20 muka surat tu. dan ada 3 report yang kena dibentangkan minggu depan tak siap lagi. itu belum masuk hutang assignment yang boss kasi, kena masuk lab pulak untuk selesaikan hutang tu. huhu.


saya rindu orang yang jelir lidah ni:P





1 comment:

Bag Babe said...

Hi dear, i replied your enquiry for coach 15959 =) BagForBabes.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...