Social Icons

Monday, May 23, 2011

Update : Maklumbalas dari Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. tentang Isu Penarikan Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Rentetan dari entry saya sebelum ini yang bertajuk "Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plsss!", saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mendapat maklumbalas daripada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan melalui Cik Wan Zawani Wan Ahmad Eksekutif Halal Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd melalui email yang saya terima pada 9:49 pagi tadi.


Berikut merupakan pertanyaan yang saya ajukan sendiri kepada Bahagian Perhidmatan Pelanggan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd pada 22 Mei 2011.




Dan ini pula adalah maklumbalas yang saya terima pada jam 9:49 pagi tadi (23 Mei 2011) dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dan Eksekutif Halal pihak mereka sendiri.



Atau, saya mudahkan seperti di bawah ini :


Dear Mrs Nurul,

Thank you for your feedback below.

We have been receiving increasing queries on this issue. Our Halal Officer Cik Wan Zawani has also issued a response and a statement in regards to this issue as below and we will be addressing certain actions against the blogsite. We thank you very much for highlighting this matter.

Statement from our HALAL Officer in respond to the matter is as below.
We thank you for your concern and support in regards to this.

Thank you!

Regards,

Secret Recipe Customer Service

***************************************************************************************

Saya,Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau berita yang telah dihantar oleh pihak tuan. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe.


On 22/05/2011 12:37 PM, fateh_shuhay@yahoo.com wrote:
Name:Mrs. Nurul Fatiha Ahmad Shuhaimy
Company:Consumer
Telephone:
Mobile:
Fax:
Email:fateh_shuhay@yahoo.com
Address:Ipoh
Perak, Malaysia
Enquiry:To whom it may concern,

Refering to the article "PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD" in Malaysian Halal Portal (http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110512163507&type=NEW).

As a consumer I would like to ask for clarification if Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd is using/not using those range of product from Puratos (M) Sdn Bhd.

It was circulating in the email / blog / website that Secret Recipe is also one of the consumer of Puratos range of product. Those information was very confusing for especially for muslim.

Hope SR can clarify this issue.

Rgds,

------------------------------------------------------------------------------------------------


Diharap penjelasan oleh pihak Secret Recipe Sdn. Bhd ini telah mengembalikan semula keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produk mereka. Saya selaku penulis entry bertajuk "Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plsss!" ingin memohon maaf atas entry yang telah dikeluarkan sebelum ini. Entry tersebut cuma sekadar luahan dan perkongsian seorang pelanggan setia Secret Recipe sekiranya dakwaan tersebut benar. Terdapat sedikit kekeliruan pada nama produk yang terdapat dalam Senarai Halal Malaysia tersebut menyebabkan beberapa pihak telah salah membuat interpretasi bahawa ianya berkaitan dengan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.


Bagaimanapun, saya tidak akan menarik balik entry tersebut kerana di ruangan komen entry tersebut terdapat beberapa maklumbalas dari seorang kakitangan bahagian Quality Control Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd sendiri yang menjelaskan perkara ini juga. Saya juga turut bersetuju dengan perkara yang beliau ajukan dan telah memohon maaf.


Semoga perkara ini menjadi iktibar kepada kita semua.


13 comments:

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

betulke? hurm..kalau perkara nie dah diatasi, bgus la..tp masih terkesan dihati sebab kite bace sendri dari blog penggunaislam dan JAKIM.hurmm..

Taukeleh said...

Kat Jakim tak pernah katakan Secret Recipe diharamkan atau sijil Halal ditarik balik.

Anonymous said...

Satu usaha yg terpuji. Tuan blog sudah memohon maaf.

Thumbs up!

Anonymous said...

Terima kasih pada pemilik Blog atas penjelasan dan tindakan anda

forever love said...

tahniah tuan tanah.. mungkin ada kekeliruan atas blog pengguna muslim tue kot..

nway.. terima kasih ya...

FasiHaH SupiaN said...

saya share di blog saya...terima kasih banyak-banyak!!

Rina said...

Salam.. Mohon share di blog saya ye. Banyak sangat kekeliruan ttg hal ni, jd nak tolong sebarkan.. Hehe.. TQ!

ps : Dan tahniah pada anda sebab berusaha utk mendapatkan duduk perkara sebenar. =)

kn said...

mohon share... good info..!!

Anonymous said...

teruskan lagi pendedahan anda...concentrate pd kopitiam2 yg lain pula...papparich, dsb.....

biar bg kesedaran kat dua2, peniaga dan pelanggan..yg ramain pergi pun org kita juga

didot81 said...

hmm... biasa kita manusia buat silap.. silap baca, silap tafsir.. mmg sifat manusia. bila tersilap, kita mohon maaf, betulkan yg salah. kalau kita betul, jgn bising kata kitala juara (sthing i learnt myself in a quite bitter way, huhu..). don't worry, it's part of the learning process. at least now we know how to deal with the situation. thanks tiha, kite dpt bljr dr experience tiha ni :)never give up to write on important issues..
anyways, ur next posting (pergi honeymoon lg tu) sgt mengujakan.. hahaha...

Anonymous said...

Lain kali tolong siasat dulu agar tidak memfitnah.

MuhammadAli said...

Ini antara masalah masyarakat majmuk Malaysia. Mereka sepatutnya dah faham pantang larang orang Islam. Contohnya kalau dah tau orang Islam tak boleh makan babi janganlah sengaja hidangkan babi kepada mereka.

choco indulgence said...

tahniah krn mberi info yg sbnar..lega rasanyer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...