Social Icons

Saturday, May 21, 2011

Sijil Halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ditarik! Secret Recipe buat sesuatu plssss!!

PENTING --- > Anda baca dulu entry di bawah, kemudian sila klik di sini untuk infomasi terkini selepas saya mendapatkan maklumbalas dari pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. pada 9:49 pagi 23 Mei 2011.

--------------------------------------------------------


Sentap! Kaciwa lebih lagi!
Taknak cakap banyak, sila klik link HALAL MALAYSIA ni.
Sijil halal Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. ni telah ditarik balik gara-gara penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.



Apa kena mengena dengan Secrect Recipe?
Sebab Secret Recipe adalah antara pengguna brownies & cake concentrate jenama Puratos ni. Klik sini untuk lihat sendiri. Boleh terus ke item no 8 dan 9.


Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

3.melakukan proses samak, dan

4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



pls la secret recipe, do something, act fast!





---------------------------------------------------------------------

PENTING ---> Dah baca entry di atas, tak puas hati? nanti dulu, sila klik di sini untuk infomasi terkini selepas saya mendapatkan maklumbalas dari pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. pada 9:49 pagi 23 Mei 2011.




34 comments:

mokcik said...

Salam..

Pasal secret recipe ni, mmg sorang chef penah bgtahu - x bulih makan
Sbb ada tutt tu lah..

kulop ludin said...

aiseh...
apasal la jadi camtu...
baru je nak kokak kek durian durian....

Anonymous said...

Salam,
Untuk pengetahuan anda semua Sijil HAlal Puratos mmg sudah ditarik balik oleh pihak JAKIM. Untuk penjelasan tentang bahan ramuan no 8 dan 9 dalam website halaljakim tersebut BUKANLAH ramuan yang digunakan oleh syarikat Secret Recipe. Perkataan SECRET RECIPE dalam ramuan tersebut hanya nama yang digunakan untuk produk terbut...Secret Recipe Cake and Cafe SDN BHD mmg tidak menggunakan ramuan tersebut dalam mana cake/roti. harap anda semua maklum...Untuk maklumat lebih lanjut anda semua boleh menghubungi halal eksekutif Secret Recipe Cake & CAfe Sdn Bhd ditalian 03-78061555..tolong kongsi maklumat ini bersama rakan2 islam yang lain supaya mereka tidak was2 dalam hal ini...sekian...

Ms.D said...

Thanks K.Tiha. Lagipun,memang dah lama tak makan.

To Anonymous : I see. Terima kasih juga.

Sekurang-kurangnya, kita ambil tahu juga.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Anonymous,

Tq for the clarification.
Kalau diperhatikan yang ditarik balik adalah 'whole egg powder & whole milk powder' dari Puratos. Tapi sejauh manakah 'brownies & cake concentrate' Puratos yg digunapakai di Secret Recipe terjamin status halalnya kalau ada antara rangkaian produk Puratos yang tidak halal? Setakat ini tidak dinafikan memang sijilnya masih sah & tidak ditarik balik.

Pada pendapat saya, eloklah Secret Recipe ambil tindakan sewajarnya, iaitu tidak lagi menggunakan produk rangkaian Puratos, tidak kiralah terlibat dengan isu penarikan status halal kali ini atau tidak, dan bertukarlah kepada jenama lain yang lebih terjamin dan tidak mendatangkan was was di kalangan pengguna muslim.

Mohon maaf kalau entry di atas berbaur menjatuhkan nama Secret Recipe, tetapi sebagai pengunjung setia Secret Recipe saya amat berharap pihak SR dapat ambil tindakan dan tak ambil mudah isu ini.

Anonymous said...

sebenarnya Secret Recipe Cakes & CAfe langsung tidak menggunakan produk
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
>SECRET RECIPE< adalah nama bagi produk tersebut...dan bukan ditujukan untuk kegunaan Syarikat Secret Recipe CAkes & CAfe...
Kedua2 produk tersebut langsung tidak digunakan di syarikat Secret Recipe CAkes & cafe SDN Bhd..
HArap maklum

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Anonymous,

Terima kasih sekali lagi untuk hebahan itu. Iya, saya setuju dengan pihak anda setelah mengamati artikel & senarai halal tersebut, di mana Secret Recipe yang dimaksudkan dalam web halal itu merujuk kepada sejenis Jenama/Brand produk tersebut dan bukan merujuk kepada Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.

Bagaimanapun, kerana tiada infomasi tentang identiti pihak anda, saya telah menghantarkan email kepada pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan seperti yang diharapkan.

Harapan sebagai pelanggan di cafe kegemaran saya ini, Secret Recipe Cakes & Cafe tidak terlibat dalam isu penarikan ini.

Anonymous said...

actually saya adalah staff SR yang mmg berkeja di bahagian Quality Control Dept, sbb tu saya rasa bertangungjawab untuk menjelaskan isu ini... SR sudahpun mengambil tindak atas isu ini, insyallah tak lama lagi pengguna muslim akan lebih lega dengan keputusan yang diperolehi...

penaberkala said...
This comment has been removed by the author.
penaberkala said...

harap, pihak SR dapat tampil dengan kenyataan rasmi dan menyatakan produk mereka halal dan tidak perlu diragui

ini penting sbb skang ramai dah anggap ia HARAM sejajar dengan penarikan permit halal utk Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.
Semoga respon yg bakal diambil oleh SR dapat menjernihkan keadaan

tuan punya blog, thanks atas usaha mengetengahkan isu ini.

D' Beauty of Muslimah said...
This comment has been removed by the author.
^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Anonymous,

Tq kerana tampil.
Saya masih menunggu maklumbalas melalui email dari SR. InsyaAllah sekiranya dah diterima nanti saya akan hebahkan dan perbetulkan kenyataan dalam entry di atas supaya sedikit sebanyak dapat bantu bersihkan nama SR

Ietams said...

mujur kami tak rajin ke secret recipe.
tq share info

Farid bin Aspar said...

Hurm... kadang-kadang ramai keliru sebab nama kan... tu yang payah sikit tu...

pandangan dari Minda Insan. Terima kasih.

Anonymous said...

kenapa pula Secret Recipe Cake nak kena keluarkan kenyataan?

sebetulnya mrs farizal yg perlu meminta maaf sebab tersilap faham kenyataan Halal Malaysia tersebut. dan untuk memperbetulkan kesilapan ini, mrs farizal sepatutnya berusaha menghubungi Secret Recipe Cake dan kemudian mengupdate entry beliau ini.

jangan lah jadi seperti orang yg kalut, buat kerja tergopoh gapah sampaikan menyusahkan orang lain.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Anonymous,

Saya tidak pasti anda siapa, tapi saya rasa anda tidak baca entry & komen di atas dengan jelas, dan anda juga mungkin terlalu gopoh nak menganalisis tulisan saya.

Untuk pengetahuan Anonymous, saya telah menghubungi sendiri pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd pada 22 Mei dan telah menerima maklumbalas pada 9:49 pagi 23 Mei serta telah saya hebahkan ke dalam entry saya yang selanjutnya iaitu :

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2011/05/update-maklumbalas-dari-secret-recipe.html

Sebelum menuduh saya gopoh gapah dan menyusahkan orang lain saya harap Anonymous terlebih dahulu meneliti tulisan, komen serta maklumbalas yang telah tertera.

Pihak Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd telah mengambil langkah yang sewajarnya dan telah keluar dengan kenyataan mereka. Tak payahlah Anonymous pula yang tentukan samaada mereka patut buat kenyataan atau tidak.

penaberkala said...

perlu buat kenyataan sebab nk jernihkan keadaan la
adoi, susah betul ngan orang yang suka emosi

dan kenyataan dari SR dah pun keluar
tak payah nak kecoh-kecoh lagi
https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

i read a few blogs about this issue
then, blog ni paling persis dan jitu dengan isu
yg lain, just cakap SR HARAM based on the website from HALAL MALAYSIA
at least ada usaha utk pihak tertentu ambil tindakan yg sewajarnya dan bukan sekadar menyatakan HARAM serta-merta yg sekaligus buat org konfius

Then, isu dah setle
thanks owner blog
skang dah jelas

Anonymous said...

Ramai kat sini harap2 Secret Recipi itu, Secret Recipi ini. Harap mereka lebih prihatin lah. Kalau mereka ni dah SATU KALI buat macam ni kat ORANG ISLAM, ingat diorang ni toubat ke? Dia gelak je kat kita, "Haha, mereka dah makan babi, kata tak makan, kan sedap tu?"

Dah sekali buat, PASTI akan buat lagi. KITA patut BOIKOT je. Apa? Kalau tak makan SECRET RECIPE, kau boleh MATI KE?

Tak guna punya kompani c*na.

Anonymous said...

Saya setuju dengan penyataan komen nombor 15. Beban pembuktian sedari awal adalah di pihak Puan Farizal.

Setelah diteliti dan diakui oleh Puan Farizal sendiri yang tidak ada asas dalam hal ini melainkan hanyalah persamaan nama dua di antara syarikat dan produk.

Saya faham niat Puan baik berkongsi maklumat. Tetapi sebagai orang Islam, kita bertanggungjawab dan beramanah dalam memastika setiap berita dan perkataan yang keluar dari bibir kita adalah berasas di samping benar as far as we can ascertained. Sama seperti kita ada tanggungjawab memastikan setiap suap makanan yang masuk melalui bibir diperolehi secara halal dari sumber yang halal.

Islam itu mudah, selagi mana tiada kepastian akan haramnya sesuatu makanan, maka ia halal untuk dimakan. Dan Islam itu adil, selagi mana sesuatu berita itu tidak diketahui asas dan asalnya, apatah lagi jika disampaikan oleh golongan Fasik, maka sekalipun sebahagian darinya adalah benar, maka jauhilah dari menuturkannya.

Bukan setakat menampakkan betapa ceteknya penelitian kita dalam berkongsi berita, bahkan ia menganiaya orang lain. Harap boleh terima kritikan ini dengan terbuka.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Buat Anonymous,

Saya akui kesilapan saya, telah memohon maaf dan mengambil inisiatif mendapatkan penjelasan terus daripada pihak SR dan kemudian telah menghebahkannya semula di entry saya yang selanjutnya iaitu:

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2011/05/update-maklumbalas-dari-secret-recipe.html

Telah saya nyatakan bahawa ini berkaitan tentang kesalahan interpretasi maklumat dari sumber yang diyakini dan itu kelemahan saya sendiri.

CUCU TOK WAN said...

maaf kerana mencelah.

Suka saya membetulkan kenyataan Anon 5:27 PM tentang 'Islam mudah dengan mengandaikan, selagi mana tiada kepastian akan haramnya sesuatu makanan, maka ia halal untuk dimakan.'

Dalam hal ini, saya berpendapat Anon 5:27 mempunyai pendapat yang sangat dangkal dan mudah terima.Tolong jangan kelirukan umat dengan kenyataan dangkal sebegini hanya kerana anda makan gaji dengan Secret Recipe.

Islam telah membuat garisan yang sangat jelas tentang bab makanan. Dan barangkali Anon 5:27 PM tertinggal satu perkara, iaitu apabila datang sesuatu perkara yang syubhah termasuklah makanan, maka umat Islam wajar menghindarkannya selagi perkara syubhah tersebut tidak dipastikan kehalalannya.

Maka selagi wujud elemen syubhah dalam makanan yang disajikan oleh Secret Recipe, maka umat Islam sewajarnya tidak mendekati sebarang premis syarikat terbabit, bukannya mengambil sikap 'tidak mengapa'.

Sehinggalah Secret Recipe berjaya membuktikan bahawa tiada keraguan dalam produk mereka, selagi itulah umat Islam wajar menjauhinya.

Syubhah adalah perkara besar. Kalau Nabi s.a.w sendiri sudah bercakap tentang keperluan menjauhi perkara syubhah, maka ia tidak boleh sama sekali dipandang ringan.

Anonymous said...

check dulu seblm nak menyembur kata2... bila tak betul kan dah jd fitnah.. menyusahkan org lain plak... jgn nak hentam jek...

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Maaf yer Anonymous, saya rasa dah berulang kali saya nyatakan apa yang dah berlaku. Nampaknya Anonymous masih tak meneliti tulisan saya, ada entry khas yang jelaskan hal ini.

Lagi satu saya pohon kalau ikhlas nak menegur atau tinggalkan komen, sila nyatakan identiti anda dan bagaimana kami boleh hubungi anda. kurang respek lah cara macam ni tegur org:)

Di samping itu, saya rasa tampil membuat kenyataan supaya tidak menimbulsyak wasangka pengguna bukan sesuatu yang terlalu susah hendak dilaksanakan demi menjamin kesahihan sesuatu perkara tambah lagi dalam soal halal haram, malah ianya dituntut.

najmi said...

kalau dah tak betul better delete je posting ni. nanti orang salah baca dan buat kesimpulan. jadi apa point kekalkan posting ini jika boleh menyebabkan bisnes orang lain terganggu akibat kesimpulan puan yang salah?

Anonymous said...

sebenarnyer bukan isu nie sahaja,even masa join program halal dgn JAKIM pun,ada sesetengah trainer jemputan yg berkongsi maklumat mengatakan sebenarnyer banyak sgt isu halal yg belum diselesaikan.oleh itu,besar harapan saya agar pihak kerajaan meluluskan pembinaan R&D centre 4 JAKIM di Bandar Enstek.jgn setakat Hab Halal Dunia di-uar2kan "on paper" sahaja.Bukan setakat secret recipe jer,byk lagi comp non muslim yg ader masalah serupa memandangkan kurangnyer pengeluaran dr usahawan SME dalam negara yg berkebolehan mengeluarkan produk yg memenuhi permintaan industri.Diharap pihak kerajaan memandang serius utk membantu usahawan muslim bg memantapkan penyelarasan rangkaian pemakanan halal di Malaysia dr segi pemasaran,pensijilan,kualiti dll.*Sekadar Pendapat*

Anonymous said...

JAKIM juga perlu analisa "AJINOMOTO" yang dikatakan yang dibuat daripada Ubi kayu tetapi adakah sesiapa mengetahui bahawa satu ramuan rahsia yang memalsukan deria perasa sebenar lidah serta minda manusia yang membuat sesuatu masakan itu sedap dan enak itu adalah dari ekstrek tulang babi juga!

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

Najmi,

Saya rasa tidak timbul lagi soal orang salah tafsir selepas ini, sebab SR sendiri dah buat kenyataan dalam FB mereka dan pengguna seharusnya sudah kembali yakin sekarang, dan saya fikir entry ini tidak lagi signifikan bagi menjejaskan perniagaan mereka.

Soal entry ini masih wujud saya kirakan adalah tanggungjawab saya untuk mohon maaf dan hebahkan perkara yang betul, bukan terus sorok tangan bila dah terjadi sesuatu. Delete entry ini bagi saya sama macam tidak mengaku kesilapan sendiri.

Pembaca-pembaca seperti Najmi pun saya kira lebih bijak meneliti dan menganalisis maklumat sebelum buat kesimpulan. Kesilapan saya jgn diulang sekali lagi.

curX said...

tu la, cepat sgt melatah kan dh kena. lenkali cek btol2, dh pasti btol2 secret recipe baru la buat camni. x salah nk sebarkan info yg berguna utk umat islam, tp kalo mengundang kekeliruan & fitnah. sia2 jer usaha tu.

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

curX,

kan dah kena apa? maki dgn anda?
pls jgn emo2 ya, nnt cepat tua:P
saya ok saja, bleh terima dgn hati terbuka. in fact saya dah buat apa yang sepatutnya.

ada ramai lagi blogger/forumer tulis tentang hal yang sama dan menjadi pencetus semua ini, saya tak pasti apa tindakan susulan mereka, tapi saya ada cara sendiri;)

bounce said...

salam

pihak jakim buat kenyataan yg mengelirukan pengguna.. patut attach sekali dgn syarikat/brand mana yg pkai bondo ni..takde ler lepaskan terkontang kanting..hmm..harap2 tak takut pd org cina utk buat statement yg straight fwd..

org kafir mmg selalu mencuba utk merosakkan org islam..:))

aragorn said...

Dah takda kedai kek melayu ke nak beli makanan ?

Anonymous said...

WOWWW !!! perhatikan sentence ini :

" Apa kena mengena dengan Secrect Recipe?
Sebab Secret Recipe adalah antara pengguna brownies & cake concentrate jenama Puratos ni. Klik sini untuk lihat sendiri. Boleh terus ke item no 8 dan 9. "

dan lebih WOWWW lagi perhatikan :

http://secretrecipe.com.my/default.hm

http://www.puratos.com.my/110526BWSE.html

KENYATAAN DARI SYARIKAT PURATOS MENGESAHKAN SYARIKAT SECRET RECIPE TIDAK MENEMPAH BEKALAN

HURM... kalau Puratos sendiri kata X... lu pikirlah sendiri !!!

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

cik anoy, 3 Sept:
Chill man, saya rasa anda tak membaca dgn teliti tulisan saya dan komen2 di atas sejelasnya. hal ini dah lama setel dan dah basi;)
Jgnlah tiba2 nak WOW tak tentu hala, oh ya dan sekurangnya pls introduce urself;) anyway, salam lebaran:)

Kedai Teh said...

Salam....sy jmpe blog ni masa search pasal puratos....nk tanya skit... big apple donut & coffee tu betul2 halal ke???sbab sy was2....pernah nmpak pekerja dia bwk kotak tulis puratos ke dalam kedai...mintak pandangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...