Social Icons

Saturday, May 14, 2011

Satey Wak Teni, Sup Ayam Abdullah Bacha & Menara Condong

Assalamualaikum!


baru lepas sync hp, maka gambar2 menarik ni baru lepas keluar dari lubuk:P haaaa, meh nak cerita! destinasi jalan2 cari makan ini adalah di Pekan Teluk Intan, Perak. di bawah ini adalah antara makanan yang siapa datang teluk intan tak datang makan dia rugi:P




1) Gerai No 23 dan 24, Medan Selera Bumbung Biru Teluk Intan
  • Medan selera ni terletak berhadapan Menara Condong Teluk Intan
  • Apa yang best kat gerai niii?? SUP AYAM ABDULLAH BACHAA!!
  • Saya berani rekemen!!! RM 3.50 je semangkuk penuh dengan ayam. janji tak kedekut. siapa badan demam2 gerenti celik mata segar bugar lepas makan. hiks!




2) Gerai No 20, di Medan Selera yang sama seperti di atas ^_^
  • Apa yang ada di gerai ni ? ------>>>  SATEY WAK TENI
  • hiks. sedap. petang bukak gerai, kadang2 tak sampai pukul 8 malam dah habisssss. kempunan.
  • kuahnya sedap, dagingnya pun lembut dan tak muak kalau makan.



Bercakap pasal MAKANAN BEST di TELUK INTAN ni memang takkan habis, sebab.. adoi banyak yang best2. Sang suami saya pun turut mengakui Teluk Intan ada banyak tarikan makanan!! Ada yang pernah dengar...

  • Restoren GULAM RASUL yang beriani nya kalau makan mmg terduduk terus lena?
  • Restoren MASTAN GHANI yang mee rebus maveles? :P
  • Kedai LAMBAI tepBoldi sungai??


Ini pula tarikan Teluk Intan zaman berzaman. Menara Condong. Sumpah. Sumpah saya jakun sebab dah lama tak berembun malam2 ke town. Maka tak tau rupanya Menara Condong sangat menarik di waktu malam. ^_^




p/s : maaf yer, ini semua gambar dari iphone je:P


Akhir sekali, fakta tentang Teluk Intan, dijangkakan bandar Teluk Intan ni akan pupus satu hari nanti akibat tenggelam oleh air sungai yang dijangka memenuhi kawasan ini. Terutama di lengkuk yang ditandakan merah tu.







Nampak tak?
Kredit gambar dari anak jati teluk intan, dreamyblurry ni:)



3 comments:

Sang Suami said...

Balik cuti nnt nak mkn semua2 tu...hehehe

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

beress! satey wak teni 50pcs just for me:P

faratina said...

salam ,,
mrs farizal..
saya pinjam gambar menara condong teluk intan yea untuk tujuan assignment.. gambar nampak menarik dari gambar-gambar lain didalam google image.. :)

do visit my blog.. www.akuadalahtetapaku.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...