Social Icons

Friday, February 18, 2011

City & Jazz : Honda panggil semula


Disebabkan tak tengok berita malam tadi, cuak jugak bila dapat sms dari member pasal Honda panggil balik City & Jazz. Bagus kan tak tengok berita. Jadi, sat tadi bila call dealer barulah jelas. Ada certain City 2009 & Jazz 2009/2010 batch lot saja yang terlibat, dan pihak Honda akan keluarkan surat pada owner, barulah owner kena pi claim pada pusat servis, tiada cas dikenakan. Kereta saya manufacturer 2010, setakat ni takda masalah, sgt convenient, minyak pun sangat2 lah save alhamdulillah. tapi kalau honda saja nak kasi servis free pun boleh juga, sebab 3x free-service saya dah habis :P


Respect juga pada pengeluar2 kereta yang panggil balik kereta mereka ni semua. Tak silap dulu ada Toyota punya batch pun dah dipanggil kan. dah tau buat salah, mengaku salah dan sedia perbaiki sebelum membahayakan keselamatan pengguna serta tanggung semua kos. Alhamdulillah mereka panggil semula daripada setengah tu sah-sah banyak problem sana sini tapi usahkan panggil, bila kita mengadu nak tak nak je layannyer, check pun ala kadar. penghabisnya semua owner kena bayar pulak. Customer's satisfaction tu No 1 abang proton oit!

p/s : tak offend mana-mana, cakap dari pengalaman senirik :P

SUMBER : KOSMO

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.


5 comments:

BuDaK JaWa said...

setuju sgt2....kereta proton ni banyak problem. nak2 lg proton wira.

AiDa AzRyN said...

aida suka honda jazz.. ;)

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

sib bek pakai keter murah..
heheheh.. =)
tp siyes, mmg cun seh honda jazz, nk lagi lady driver!..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

budak jawa, takde lah sume, tgk rezeki jgk. sy dulu jenuh la berulang ke servis centre, ade je yg tak kena, huhu.

Aida Azryn, comel kan jazz, sweet je!

Leily, tak kisah kereta mahal ke murah sbnrnya, asal boleh dibawa ke mana saje. hehe. kereta mahal pun terkena yg meragam tu, meragam jugak! :P

Dhia Delisha said...

Apa2 pun,gratz kpd syarikat tersebut dgn initiative mereka utk memperbetulkan masalah keluaran mereka :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...