Social Icons

Friday, December 31, 2010

2010 yang ditinggal jangan terus dilupa;)

2010 ini penuh keindahan dan pengertian. Penuh jugak dengan pengorbanan dan kasih sayang. Alhamdulillah hidup ini memang indah bila kelilingi insan-insan yang istimewa dan bermakna dalam kehidupan iaitu keluarga dan rakan-rakan seperjuangan. Hehe. Dramatiknya intro:p

Seperti annual report tahun 2009 lalu, 2010 ni pun tak kurang laporannya:p

Buat suami tersayang, terima kasih atas kepercayaan dan keikhlasan selama kita saling hidup melengkapi ni. I believe tiada perkataan yang sinonim dengan ucapan “terima kasih” di atas kasih sayang yang diberikan oleh anda selama perkongsian dua jiwa ni en.rizal. For your love & soul, syukur to Allah. That is the best word to express my thankful to Him. Dan yang paling penting, terima kasih kerana dapat menerima ai yang semakin hari semakin debab ni seadanya. Hehe. Love u!


Buat bapak, ummi dan mak, dan kalaulah boleh arwah mama saya tahu. Betapa saya sayangkan kalian, betapa saya terhutang banyak budi dengan kalian, dari kecil hinggalah dewasa lagi debab macam sekarang. Kalaulah ada perkataan yang boleh menerangkan betapa saya berterima kasih dan bersyukur dengan kasih sayang yang tak pernah pun berkurang. Tuhan saja tahu betapa rindunya pada arwah mama, terlalu sekejap masa yang dipinjamkan untuk membalas jasa mama. Itulah yang terbaik buat semua dan pasti ada hikmahnya kerana tiada yang milik kita, semua adalah pinjaman. bak lagu Raihan “mana milik kita”.


Buat adik-adik yang makin membesar, sorang dah sinonim dengan Yunalis, yang sorang makin slim, yang bujang sorang maintain bergaya macho dari dulu,. Ilya, Nani dan Amin. Terima kasih juga sebab berada sentiasa dengan kakak yang debab ni susah dan senang. Moga kasih sayang yang bertaut ni berkekalan dan akak doakan hanya yang terbaik untuk korang bertiga. Ingat, tuntutlah ilmu biar penuh di dada sebab itu saja bekal buat kita.



Buat kak gee, abang arman, kak ita, amirul dan afrina kalian telah contribute sebahagian besar keindahan kasih sayang dalam keluarga. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kesabaran melayan kerenah adik bongsu yang debab ni. En.rizal, tittle adik bongsu anda telah dirampas oleh saya okeh. Amirul & Afrina yang dah nak sama tinggi dengan maksu nyer ni, semoga kalian berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Dah berjaya nanti leh lah maksu menumpang kasih. Hehe:p



Buat rakan-rakan, oh banyaknya kenangan tahun ni. Terima kasih sebab menceriakan hari-hari bekerja mahupun bercuti saya kepada semua oposmate. Terima kasih jugak sebab melayan karenah saya yang ntah apa-apa. Kalau disebut nama satu persatu nanti ada pulak yang terasa bila tak disebut, ucapan ini untuk semua tau;) buat teman yang jauh di mata tapi dekat di hati especially geng Genetics, Microbs & Biochemistry. rindu kamu semua, kamu juga telah ceriakan hidup saya walau dari jauh, moga ada kesempatan untuk kita bersua. Siapa rajin kepalai lah reunion kita. Lama sungguh tak jumpa nihh! ;)


Harapan untuk 2011, semoga tahun baru ini kita semua beroleh kehidupan yang terus diberkati penuh dengan kasih sayang, diperoleh kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang murah serta berkat dan dipermudahkan urusan untuk mencapai apa yang diimpi. Moga kita menjadi pasangan, anak, ibu bapa, bos, pekerja yang boleh diteladani;)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...