Social Icons

Wednesday, November 17, 2010

kak jaja, maafkan saya


bismillah.

lebih kurang 2 minggu lepas saya didatangi oleh seorang akak cun masa tengah mencari barang kat kinta city selepas waktu kerja.

mulanya dia tegur saya gaya macam jumpa long lost fren " ini mazwin kan?"
saya pun jawab "eh, bukan, saya fatiha"

akak cun "eh, bukan ke. ya allah muka awak sama sgt dengan kawan saya, mazwin namanya. takda ke kakak ke adik ke nama mazwin?"
saya kata "takda, salah orang gamaknyer ni" sambil sengih dan niat di hati nak blah dah!

akak cun sebaliknya terus tanya dan tanya lagi. dalam masa yang sama turut perkenalkan diri dia & hal dia macam dah 10 tahun kenal.

antara soalan beliau kpd saya :
"umur berapa?"
"fatiha orang mana?"
"sorang je ke?"
"dah kahwen ke?"
"nape tak ajak suami teman shopping?"
"dah ada anak ke?"
"keje kat mana?"
"VRI tu kat mana?"
"berapa lama dah kerja sana?"
"eh, suami kerja apa yer?"
"awak dok rumah sewa ke, atau dah beli rumah?"
"kat mana rumah awak?"

believe or not, saya jawab semua pertanyaan dia dengan perfect sekali. kecuali satu soalan : "suami awak kerja apa yer?" "suami saya kerja laut" "ohh, navy ya?" "aah, navy" (tipu sunat!)

dan last sekali soalan akak cun.....

"eh, akak nak la no telefon awak, boleh?"

dan again, saya boleh bagi pulak no telefon! apasal la bengap sangat haritu, mmg hari bengap saya gamaknyer!



ontheway balik ke rumah baru saya terfikir MOTIPPPP!!!!
motip nyer apakah??? tetiba akak cun tegur saya, tanya serba serbi, ramah macam dah 10 tahun kenal. siap tanya "dah berapa lama kerja?" "rumah sewa ke beli?" "suami kerja apa?" itu soalan yang saaaangat jarang strangers tanya okehhh!!!


kata silap orang, buat apa beriya nak tahu pasal orang yang salah!
kata silap orang, buat apa nak tukar no tel dengan saya!
kalau nak basa basi satu dua soalan accepted jugak, lepas tu blah lahh!

yang peliknya, saya macam terpempan sebab die renung mata saya!
dan saya dengan senang hati tanpa ada suspicious langsung jawab soalan dia!
kena pukau kahh? atau PR die memang hebat kah?

bermula dari saat itu maka saya dapat sms "fatihah, banyak shopping semalam?
bila saya tak jawab, dia sms dengan kerap "fatihah, ingat akak lagi tak?"
dan saya masih tak jawab hingga sekarang. 2,3 hari sekali mesti dpt sms dia.

maafkan saya yer akak cun, tapi saya rasa, anda tidak jujur dengan saya. setidaknya anda tidak jujur untuk mengenali saya (konon buat2 salah orang!). mungkin niat anda nak memperkenalkan MLM atau nak ajak saya join bisnes apa2, atau worse lagi mungkin ada niat jahat lain. tak mampu saya nak berfikiran baik sangat terhadap anda.

pengajaran : jangan ramah tak bertempat macam saya. jumpa orang tak kenal dan jika diajak bertentang mata, bacalah apa yang patut untuk elak perkara tak diingini. mintak dijauhkan dari perkara yang bukan2.

p/s: en.rizal siap suruh block number akak cun

7 comments:

ciketon fazya said...

kawan gue pernah lalui situasi macam ni..
sampai orang tu call hari2..cari rumah lagi...
peniaga MLM yang sgt kritikal cari downline gamaknya..

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

huhu. kan kan?
bkn nak kata MLM tak bagus ke (mmg hukumnya haram pun kann?:p), atau jual mahal taknak join bisnes ke ape. tapi takyah la nak buat2 salah org lak.

ntah2 dgn sume org dia gunakan cara macam tu.

sang suami said...

Ini Kak Jaja ni >>> "sampai hati Fatiha tak jawab sms akak"
Wakakakaka...cepat2 lah block no. tu....abis cerita...hehehe

EzzEddin said...

something wrong somewhere ....
yet dont talk to stranger and HATI HATI yer len kali huhuu

Sophia Rani said...

huhuhu.. kesian plak kak jajj tuh.. tapi tindakan tu betul.. lebih baik berhati2 kan.. :)

Hanis Azla said...

menakutkan.. entah apa agenda dia.. Thanks berkongsi cerita at least blh jd peringatan utk diri sendiri..

nurlisa said...

scary jugak stalker ni..dewasa dah but still tak faham social etiqeutte SMS /HP. rasanya baru dapat hp tu..

dr experience aku dengan student sorang yg setahun jadi stalker aku, macam tu lah "cikgu, cikgu buat apa?"
"kenapa cikgu tak balas SMS saya" "cikgu kalau tak jawab salam berdosa tau..".

siap berlakon jadi org lain untuk suruh aku reply balik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...