Social Icons

Sunday, June 20, 2010

will be away from 22june - 28june. miss me tau;)

hohhohoo. punyalah penat.
90% masa kami berdua diperuntukkan hanya untuk rumah saja lately.
hanya rumah ok, nak balik kampung pun tak sempat.
huhuhuuu.. dah la hari ni hari bapa:((
hanya sekadar wish pagi tadi.
insyaAllah kalau takda aral sekembalinya kami nanti, leh balik kg & celeb.

rumah kami yang bak lori tesco terbalik sudah semakin tersusun.
strategi saya, apa2 pun kemas dapur dulu, sebab perut ni kalau nak lapar tak kira masa.
(ni kes hidup utk makan kot)
makin hari makin selesa di rumah baru.
rumah baru, jiran baru, environment baru. oh, menarik kan! harap2 semuanya selamat2 saja.
pagi pertama bangun dari tidur terus terkebil2 gosok mata dan ''kat mane ni?"
gamaknya diri sendiri terkejut melihat bilik yang tak serupa bilik waktu tu. ahaks.

masa pindah last week, bapak dan ummi saya bersama angkatan tentera tersayang (siapa lagi kalau tak cik nani & cik amin) pun datang rumah untuk menolong apa yang patut.
solat jemaah & bacaan yasin pun diimamkan oleh bapakku tersayang.
tak lupa juga mak mertua yang turut datang:)

disebabkan kerja keras kami sejak berbulan2 lamanya ni (cewah, macam la renovation bancuh simen dan semua buat sendiri, padahal main bagi arahan je, hahaa), oleh itu kami deserve sebuah percutian untuk melonggarkan otot2 yang dah naik kejong dibuatnya (padahal trip ni dah booking hujung tahun lepas, sekali tetiba gatai pulak nak pindah time ni jugak,huhuh). carik penyakit kan, ahaks.

oklah, semoga anda semua merindui saya.
urusan pemindahan line telefon berserta streamyx masih tertangguh akibat kami yang gatai nak berjalan pulak minggu ni. makanya, saya akan merindui anda semua dan FB. ekekekee.

destinasi kali ni adalah ke belah barat negara kangaroo.
doakan kami selamat pergi dan pulang dan dipermudahkan urusan kat sana yer.
kami akan stay rumah best-friend en.rizal kat sana.
insyaAllah kalau ada masa, mana tau saya boleh blogging kat sana.
boleh lepas gian menulis.

ok, take care semua (dan kepada diri sendiri juga)
do miss me yeah!;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...