Assalamualaikum. Announcement!


Maaf sangat2 kepada readers semua sebab terpaksa melihat entry2 dalam blog ni dihiasi dengan gambar "No Entry" yang gedabak dan buruk sekali tu. Terdapat kesilapan teknikal. Segala kesulitan mata anda melihat dan kehampaan kalian (ayat tak leh blah nih) tak dapat tgk gambar2 tu amatlah saya kesali. Saya cuba nanti baiki sikit demi sikit. InsyaAllah.


tiara lake park

13-10-2012, 1:00 am


Wednesday, March 31, 2010

rumah oh! rumah : apa nak buat bila dapat kunci rumah baru?


berminggu tak update blog. janji nak share reno tips, tapi hanya tinggal janji. tapi takpa, sekarang saya akan tunaikan. walaupun laaambat.

TIPS 1 : APA PATUT BUAT DULU LEPAS DAPAT KUNCI RUMAH ?

# CHECK DEFECT :: Lepas dapat kunci, maka boleh la belek rumah anda tu sepuas hati, check kot ada defect mana2, laporkan pada developer untuk tindakan diaorg. biasanya ada tempoh yang ditetapkan oleh developer, ada yang 12 bulan, ada yang 24 bulan. fasa kami dapat 24 bulan. be alert!

# RANCANGGG :: ada yang dah mula merancang SEBELUM dapat kunci rumah, ataupun seawal tiang rumah baru nak di'piling oleh developer. ataupun boleh jugak tunggu rumah siap baru nak rancang. balik rumah angan2kan apa yang hendak dilakukan, nak reno part mana, dari setingkat nak jadi 3 tingkat ke, yang depan nak bawa ke belakang ke, nak besarkan hall ke, nak besarkan bilik ke, nak buat plaster syiling ke, nak buat custom made cabinet ke, nak tempah langsir, nak cat rumah, nak pasang grill, nak buat tempat sidai kain kat mana, nak beli lampu berapa bijik, nak beli kipas & aircond berapa bijik, kitchen appliances. MASUKKAN SEMUA PERANCANGAN ANDA, JANGAN MISSED-OUT EVEN 1 SIMPLE THING :))

# BUDJET :: dah list-downkan semua angan-angan anda tu DAN jangan lupa buat budjetnyer sekali. berapa pelaburan yang anda nak pertaruhkan untuk rumah anda, tepuk dada tanya selera, part yang ni susah nak kasi tips sbb confirm berbeza. utamakan perkara yang penting dulu, susun ikut priority. part priority ni pun susah nak kasi tips sebab confirm tak sama jugak.


TIPS 2 : DAH ADA PLAN & BUDJET LIST, TAPI NAK MULA KERJA YANG MANA SATU DULU?? MULAKAN DENGAN....




# MAJOR CONSTRUCTION

major construction ni anda boleh consider kerja-kerja yang melibatkan pembinaan konkrit, naik tiang, pecah dinding, tambah bilik, tambah tingkat atau apa2 penambahan yang melibatkan struktur rumah tu. tgk jugak part mana yang kena minta kelulusan MAJLIS BANDARAYA dan part mana yang tak perlu, ataupun buat2 takyah mintak (sendiri tanggung, ok? Hehe).


Pilih kontraktor yang betul2 boleh dipercayai dengan harga yang berbaloi dan yang PALING PENTING kualiti kerjanya anda yakini. Tak kisah la kontraktor cina, india, melayu, indon, bangla, janji boleh dipercayai hasilnyer. Untuk kerja major ni, saya cadangkan anda pilih kontraktor yang besar2 berbanding kontraktor kecik2. SEBABB? Sebabnya, kontraktor besar2 biasanya ada kilang sendiri dan mempunyai pekerja yang ramai. JADIII bahan2 mentah yang basic macam simen/kayu/besi mereka dah ada, bukan baru nak ORDER dari kilang. Pekerja pun ramai, mereka ada otai2 yang berbeza untuk kerja yang tertentu, otai konkrit, otai menyimen, otai untuk pasang tiles, otai pasang plaster ceiling etc. Selain tu, contoh macam kontraktor yang kami pilih, siap provide “supervisor” lagi utk monitor kerja construction. Siang malam en.supervisor tu menunggu pekerja buat kerja.





Jadi, secara tak langsung, factor ni dapat mengurangkan kos SEHINGGA HAMPIR 40% berbanding kalau anda hire kontraktor kecik2. To be honest, kami pilih kontraktor cina, dan pekerja2 otai-nya pun cina kecuali tukang pembancuh simen adalah bangla.


# KERJA WIRING

Walaupun dah tambah wiring masa developer offer haritu, kami manusia biasa, masih ade jugak wiring yang tertinggal. Oleh itu, decide betul2 kat mana yang nak ditambah. Kalau hajat nak pakai down-light, kira betul2 berapa point yang diperlukan. Saya nasihatkan anda berfikir panjang utk part ni, utk elakkan piping wiring external yang menyakitkan mata kelak. Suruh wireman concealed & piping utk semua pendawaian.





Untuk air-cond, anda hanya boleh pakai 13Amp point yg sedia ada utk 1.0 HP sahaja, untuk 1.5HP, 2.0HP dan ke atas, sila suruh wireman tarik dari MAIN SUIS BOARD, dan wiringnya pun lain. Untuk OVEN dan MICROWAVE, dinasihatkan agar buat 15Amp point sbb OVEN makan sampai 3,000 watt letrik. Tak caya, Tanya wireman anda. (skrg teha dah pandai pasal wiring, jangan xcaye tau..ekekeke:p)




# PASANG PLASTER SYILING (kalau anda berhajat, kalau tak, abaikan saja)



Boleh pasang plaster syiling dah. Pilih la segala cornice, dome yg available bagai. Ikut selera masing2. Kami pasang yang sangat simple but look nice (nice ke?:p). Pastikan jugak plaster syiling anda cukup ‘deep’ untuk meletakkan down-light anda nanti (klau berhajat nak pasang down-light la). Sebab downlight ada pelbagai size, biasanya antara 4 inches – 9 inches deep. Kalau tak nanti tak cukup space utk tanam downlight. Boleh minta orang plaster ceiling ni jugak, tebukkan lubang untuk down-light kita tu nanti, ikut saiz down-light bulat ke, segi empat ke, cemana ke. Pastikan jugak kita dah decide betul-betul kat mana lokasi lampu kita, supaya tak terlindung oleh perabut / kitchen cabinet / wardrobe yang AKAN kita pasang nanti. pastikan anda dah ukur betul-betul ekk. kalau tak, nanti dah tebuk, alih2 tgk clash dengan tmpt nak pasang wardrobe lak, contoh la.

# CAT (kalau berhajat nak cat, kalau tak,boleh skip)


Siap plaster ceiling, catlah rumah anda, nak kaler pelangi, cornetto ke, ikut suka masing2. Pastikan anda pilih warna cat yang bersesuaian dengan ruang & konsep rumah. Untuk baaaanyak info yang lebih tepat sila layari : http://www.icipaints.com.my/ atau http://www.nipponpaint.com.my/ atau http://www.jotun.com.my/ untuk dapatkan banyak TIPS pasal cat-mengecat ni. Siap boleh upload gambar ruang rumah kita & drag warna cat yang kita minat dari online catalog untuk tengok kesesuaian. Macam2 features ada, sila manfaatkannya.

# GRILL



Ramai orang masuk rumah terus pasang grill, kami kurang setuju. Buat dulu kerja2 yang disenaraikan di atas, baru pasang grill, sbb bukan ada barang pun dalam rumah, rumah kosong kann? Tak perlu risau sangat la tentang kehilangan barang2 rumah. Selain itu, mengurangkan habuk2 yang melekat di grill jugak, maklumlah sebab ada major construction kan?

Tapi terpulang lah, kalau dah anda letak/parking barang siap2 dalam rumah, ataupun anda sdah siap installed lampu kipas awal2, maka pasanglah grill dulu. daripada tak boleh tidur malam memikirkan barang selamat atau tak. Mungkin juga advantage pada kami rumah baru ni dekat je dengan rumah sementara sebelum ni, setiap hari kami pergi tengok. alhamdulillah, tiada kecurian.




Grill ada macam2 jenis, besi, wrought-iron etc. Style pun ada macam2, Japanese ada, kayu ada, classic ada. Pilih saja la kan. Ikut taste masing-masing.


# CUSTOMADE CABINET

Sebenarnya, sementara menunggu kerja-kerja construction berjalan (kalau tak melibatkan struktur dapur & bilik la), boleh dah anda mula panggil otai2 kitchen cabinet & wardrobe datang rumah. biasanya untuk lukisan plan kasar dan quotation harga, mereka takkan charge apa2. sekiranya anda dah survey sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk decide siapa yang nak dihirekan untuk job ni. dah decide, confirmkan order, then kilang depa akan buat apa yang patut & pada hari yang berkenaan si otai pasang cabinet pun akan datang pasang cabinet anda. Biasanya tak lah lama sangat untuk pemasangan cabinet2 ni. depend pada how complicated design cabinet anda and dari mana datangnya material untuk cabinet tu, kalau kena import ke, lambat jugak lah. SAYA JANJI AKAN TULIS ENTRY KHAS UNTUK TIPS FOR KITCHEN CABINET, hehe. sebab panjang sangat.


# PEMASANGAN DOWNLIGHT / KIPAS / AIRCOND / KITCHEN APPLIANCES UTK KC

Walaupun kerja-kerja wiring dah siap, tak semestinya anda terus installedkan lampu, kipas dan air-cond, mahupun oven dan microwave untuk custommade KC kita. kami install last sekali, bila dah confirm semua benda siap dan ready nak masuk rumah baru. tak risau kehilangan barang. pandai2 lah adjust ya, anda yang lebih arif tentang rumah anda masing2:)


Sekian untuk hari ini, insyaAllah nanti saya update lagi dengan tips2 lain pulak. Entry special for custom-made kitchen cabinet & wardrobe dan jugak Tips Shopping barang2 untuk masuk rumah baru (how to choose the right lampu, kipas, aircond, kitchen appliances, perabot serba sedikit setakat apa yang saya tau).
Cheers!!

4 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas tips2 ini

Iela Fazielah said...

gud tips... tq 4 da info

^m.r.s. f.a.r.i.z.a.l^ said...

thanks. sekadar berkongsi. harap ada yang beri manfaat yer;)

Anonymous said...

boleh bagi contact mr contractor?ni emel saya-oriany@yahoo.com..
tq

Sila klik "OLDER POSTS" (warna biru kat atas belah kanan tu) untuk membaca entry-entry sebelum ini ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...