Social Icons

Thursday, March 4, 2010

kisah oldtown white coffee, terimalah seadanya teha!

biar satu dunia dah tau pun, takpa. saya nak jugak share pasal oldtown white coffee yang pernah menjadi kegilaan saya dari mula2 oldtown bukak di Ipoh (kawasan Ampang), masa tu saya bujang & masih menyewa kat sana. nampak perkataan "coffee" tu macam ada magnet nak cuba. sekali try jenguk, ramai melayu makan. jadi, saya pun turut jadi melayu yang makan. 2 kali 5 saja, ikut-ikutan.nak nak pulak mmg peminat tegar kopi, nescafe & minuman yang seangkatan dengannya kan. sekarang ni, ipoh saja, dah 4,5 outlet yang cun nak mamposs! lajuu sungguhh! tu ipoh saja ok? tak masuk lagi dgn kopitiam2 lain yg mmg dah berlambak kat ipoh ni!

1st time saya makan sana, masa tu tahun 2005. saya tapau ice white coffee. mmg best gile babun. ingat lagi. waktu tu balik kerja. memang kena lalu pun depan otwc tu. dari sekali, nak 2 kali, sampai la cuba roti bakar. lepas tu asam laksa la, nasi lemak la. banyak jugak la menu yang saya dah try! punya lah jahilnya. sedap punya pasal!! hohohoo... ! siap promote OTWC Member Card lagi macam dalam entry saya yang sebelum ni!!!

gamaknya masa tu pintu hati tak terbuka nak g search info ke, hape ke walaupun dari zaman bujang pasang streamyx dah kat umah. kira yakin sgt la bila tgk ramai melayu makan. mcm tu je dah yakin ko tehaaa?!! tu lah, saya akui kesalahan & kejahilan saya, sbb fanatic kopi punya pasal!!! saya selalu jugak beli 3 in 1 oldtown white coffee. dan perasan logo halal tu. jadi kira macam sedap hati la masanya. naseb baik la air 3 in 1 tu mmg halal kan!


mmg sentap giler bila masuk tv baru2 ni. baru la sibuk nak search sana sini. satu dunia dah tau sekarang. malas la nak cakap panjang. saya senaraikan link2 yang WAJIB anda semua baca & teliti untuk menghilangkan ragu! saya pun mula2 susah nak admit..sbb dah sukaaaa sgt2! seriyesss! tapi sedih sgt2 sbb sampai hati orang-orang tu memperdayakan org2 muslim, apa salahnya tulis jelas2 apa yang halal, dan apa yang haram. sapa nak bertanggungjawab skrg. sendiri tanggung!


dalam sijil ni ada tertulis apa yang halal dan boleh dimakan. sendiri baca, ok?:))

Sekiranya anda berminat, boleh klik pada link2 berkenaan :

a) Aduan JAKIM

b) Sabah Daily

c) Mixterr Blog

Sekian, esok en rizal saya balik bercuti. sonoknya! heheee...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...

terima kasih diatas maklumat yg diberikan (^__^)

Anonymous said...

Ketiga-tiga link yang puan bagi tu dah hilang pautannya. Adakah sebab takut pada OTWC atau memang sijil halal tu telah dikemaskini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...