Social Icons

Wednesday, February 17, 2010

Sharing is Caring :: The Principles of Success



Baru-baru ni saya dengan rajinnya beli buku motivation yg ke-6 selepas "Who Moved My Cheese?" by Dr Spencer Johnson dan beberapa siri Chicken Soup for the Soul masa zaman Uni dulu. Menyedari diri ini semakin kekurangan motivasi, kalau dibiarkan mmg boleh capai tahap demotivation yang terlampau. Saya juga dah jarang masuk MPH/popular sekarang. Dari pengumpul novel cinta tegar satu ketika dulu, hingga ke buku motivation pulak sekarang, dari pengumpul majalah CLEO di zaman Uni, sehingga lah ke impiana, impiana dapur, anjung seri, reader's digest dan pa & ma.. nampak sangat peralihan usia. ehehee. takpa, sekurangnya saya berada di track yang betul.

"Who moved my cheese?" ni adalah buku motivation yang berbentuk cerita yang sangat simple tapi realistik. tapi saya tak nak berkongsi pasal tu, saya nak berkongsi pasal buku ke-6 ni iaitu "How to get from where you are, to where you want to be" by Jack Canfield. Tak nyesal beli buku ni, sbb 1. simple 2. jelas dan tidak meleret 3.fokus 4.pendekatan yang realistik.

Sementara tunggu Cik Nani di saloon tadi, sempat saya baca FEW principles dan telah saya extract keluar point2 utk dikongsikan bersama. mana yang baik, dimanfaatkanlah ya!

Principle 1 :: Take 100% Responsibility for Your Life!
Kenapa ? Sebab...
a) apa yang terjadi hari ni adalah HASIL daripada keputusan/pilihan yang kita SENDIRI ambil at the past
b) org yg tidak bertanggungjawab akan SELALU blamed orang lain, dan beri BANYAK alasan serta compaint tak habis2.. ini tanda orang yang kurang berjaya! jadi JANGAN salahkan orang lain atas apa yang berlaku hari ini ke atas diri anda! bertanggungjawablah!

Principle 2 :: Be Clear Why You're Here
Kenapa ? Sebab...
a) kejadian kita di muka bumi ni ada SEBAB! dalam erti kata lain, each of us are born with a life purpose! saya pernah menulis dalam entry di blogspot sebelum ni tentang REASON of EXISTANCE!! yeah, mmg tepat..!! jadi cari... what are your LIFE PURPOSEs??
b) list down semua purposes!
c) stay on purpose!!

Principle 3 :: Decide What You Want
Kenapa ? Sebab...
a) Skrg dah tau your life purpose kan, jadi kena decide apa yang kita mahukan dalam hidup. BUKAN apa yang ORANG LAIN mahukan untuk hidup kita!! senang cerita "don't live someone else's dreams"
b) senaraikan apa yang ANDA mahukan dalam hidup! sbb dalam buku ni kata, orang tak dapat apa2 adalah orang yang takda kemahuan.
c) jangan TERLAMPAU risau dengan apa kemahuan anda! pedulikan apa orang kata.

Principle 4 :: Believe in Yourself
Kenapa ? Sebab...
a) be positive! pilihan HANYA di tangan anda
b) give up "I can't". dont waste yr life believing you CAN'T. buang masa!
c) pedulikan apa org fikir tentang anda. sbnrnya takda sapa pun yg fikirkan psl kita most of the time, jadi jangan terlalu risau dgn ORG LAIN

Principle 5 :: Release Your Brakes
Kenapa ? Sebab...
a) Tolong keluar dari ZON SELESA anda! sbb tu jgn terlalu negative dan takut mencuba benda yang baru.
b) orang yang berjaya mencuba sesuatu yang baru. bukan hanya mengulangi apa yang TELAH mereka lakukan!
c) jgn menghadkan segala percubaan anda untuk sesuatu yg baru!

Take home note untuk hari ini ::

" you weren't an accident. you weren't a mass-produced. you aren't an assembly-line product. you were deliberately planned, specifically gifted, and lovingly possitioned on the earth by the GOD "

Sekian, sehingga saya menulis lagi!

1 comment:

Anonymous said...

sy suka bc blog awk. byk info especially psl umh br..hope awk akn share byk lg info

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...