Social Icons

Monday, February 22, 2010

sepatutnya siapa yang pelik?


saya hairan.


ada seorang kawan (yang umurnya kurang sikit dari separuh abad) menegur saya "teha ni, membeli buku la, majalah la, tak rasa membazir ke?"
saya selalu ada masalah SIKIT bila orang yang LEBIH tua menegur saya dengan cara yang sinis macam ni. jiwa saya ni memberontak samaada nak melawan balik atau nak senyum yang paling manis sahaja buat cik akak yang sorang ni.


lalu saya pun jawab "kenapa kak &*$, apa yang pelik sangat?"
cik akak pun jawab "takde la, akak tgk beli buku macam2, buku psl kesihatan la, buku motivasi la, majalah hiasan itu ini, tak rase membazir ke?"
ok, sekarang saya dapat. point cik akak tu adalah cakap saya ni MEMBAZIR. ok, fine. kau terima jawapan yang seadanya dari adikmu yang hingusan ni.


"ehh, ape pulak membazir kak &^$, kena la bace, bkn masa sekolah je kena baca buku. dlm dunia ni ada macam2 ilmu, sekolah bkn ajar semua. lgpun dah biasa dari kecik, mak saya kan garang, asyik suruh baca buku je." jawapan paling downtoearth dari saya.
" hish, kalau akak takde la teha, membazir je, bukan dpt ilmu banyak mana pun." akak tu tak puas hati gamaknya dgn jawapan saya, tapi takpa, fine.


saya balas " takpa kak &^$, walau tak dpt byk mana pun, sikit2 lekat jugak kat kepala saya ni. bertambah jgk ilmu. boleh tambah vocab. berkembang jgk otak saya ni. kalau tak, takat situ je."
sambung cik akak tu " saya klu budak2 tu nak beli buku macam2, saya tak bagi, buku sekolah je saya belikan." sambung cik akak lagi.


" terpulanglah kak &^$, saya pun beli buku ke, beli ape ke takde sape paksa, saya yg nak sendiri, yang penting saya tak pernah rasa rugi." jawab saya. klu saya sambung lagi ayat ni, saya takut TER'raised voice' pulak nanti. karang dianggap kurang ajar pulak kan. di samping arwah mak saya yang selalu galakkan anak-anaknya membaca, arwah mak saya jugak tidak lupa mengajarnya anak2nya supaya JGN KURANG AJAR.


sampai ke hari ni saya fikir. betapa ruginya org yang menganggap MEMBACA / MEMBELI bahan bacaan tu MEMBAZIR!! ntahlah, tapi tak leh terima. tak kesah la anda baca apa, suratkhabar ke, majalah ke, buku je, jurnal ke, kertas apa2 ke. sbb kalau tak membaca, fikiran anda tak berkembang, anda hanya tau setakat apa yang anda tau, tak lebih dari tu. dengan membaca, anda bukan saja dapat ilmu, dapat tambah vocabulary, tak buang masa. kalau baca buku inggeris, bila tak paham, jangan malu bukak dictionary! kalau malas nak usung dictionary, online dictionary pun berlambak skrg. yg penting ada kemahuan!


kesimpulannya, saya sedar, minat membaca tu harus dipupuk dari kecil. tak boleh nak disuruh-suruh atau dipaksa-paksa bila dah tua bangka. liat. memang masa kecik saya naik boring, kenapa lah mama ni asyik suruh baca buku je, dah lepas buat homework pun mama suruh baca buku lain, buku cerita la, bambino la. mama kata "daripada tak buat apa, pegi baca buku tu." mama/bapak saya tak pernah merungut atau cakap "jangan beli buku, membazir!!". daripada beli benda mainan bukan2, mereka lebih suka belikan kami 4 beradik bahan bacaan. Nancy Drew, Hardy Boys cukup sirinya kat rumah tu. saya masih ingat, masa primary, bila saya saja2 baca buku Sastera Form 6 (bapak saya mengajar Form 6 masa tu). mama saya tanya "kenapa baca buku form 6, paham ke?" saya kata "buku lain semua dah baca, tak paham pun ma, saja je nak baca". dan cerita tu sampai ke telinga bapak saya, bapak saya bawak balik banyak lagi buku-buku sastera dari sekolah dia utk saya baca.




coppp!!! ade satu cerita lawak. tapi niat saya bukan nak merendah2kan orang ya, cuma mungkin boleh jadi pengajaran utk topik entry saya kali ini.





Cerita 1


masa tu kat Uni, saya dan beberapa orang kawan gi la kuar window shopping kat mana tak ingat, maybe kat Kajang agaknya. kami dok belek baju.


tetiba sorang kawan saya ni kata.."kak teha, kite nak gi fighting room jap tau."


saya pun tercengang2 lah jugak, disebabkan tak puas hati saya ikut dia, rupanya dia masuk fitting room.





Cerita 2


seorang rakan senior jugak. beliau ni jadi fan "we hate memey suhaiza" di fb.


dia tanya pada saya "ko tau tak ade FAN (sila sebutkan perkataan fan dengan ejaan baku ya kawan2) anti memey suhaiza kat fb?"


saya dengan lurusnya kata "fan (sebutan baku) tu apa? fan (sebutan betul) ke?"


balas rakan saya "fan (sebutan baku) la, peminat!. takkan ko tak tau"


saya kata "ohh fan (sebutan betul). haa, tau, tapi tak minat pun nak jadi fan."





sekian, sekali lagi. bukan niat nak senda-sendakan orang. saya sendiri masih banyak yang tak tau, disebabkan saya sedar diri lah maka kalau ada masa terluang saya selalu membaca dan tak rasa rugi membeli bhn bacaan! renung-renungkan!

2 comments:

Fatiha said...

hahaha! tak pasan, rupanya dalam banyak2 tu TERkeluar jugak nama akak yang tersayang itu. sapa yang DAH TERBACA. halal je la ek. kuikuikui. tp takpa, i dah edit:p

ciktutor said...

i terbaca..kekeke. tapi takpe, i tak kenal..kuikui..=p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...