Social Icons

Saturday, February 20, 2010

hari yang panas. hati yang cool.

hari sabtu yang panas. jap lagi kena hantar cik nani ke bus-stand, bas dia balik batu pahat kol 10.30mlm ni. tinggal sorang lah saya nampaknya. hhuhuu. tadi bapak saya datang, sementara dalam kereta jalan2 lepas pi makan tengahari kat town, sempat jugaklah dapat tazkirah daripada bapakku yang tersayang...


1. jangan dikejar dunia ni sangat, lagi banyak kesenangan yang tuhan bagi, lagi mudah diri kita menjauhi-Nya. kesenangan, kemewahan, keselesaan tu satu ancaman sehingga kita boleh lupa pada Allah, padahal semua rezeki tu Allah yang bagi. memang Allah akan bagi rezeki pada semua umatnya, buat siapa yang berusaha, tp kena sentiasa ingat Allah. bapak "zakat dah bayar?" teha "belum lagi thn ni, tapi dah kira & dah asingkan duit tu".


2. Redha dengan apa dugaan yang Allah bagi. jangan cepat putus asa, jangan marah pada Allah, jangan terlalu meminta2 seolah 'memaksa' Allah menunaikan hajat kita. yang penting, terus doa, usaha. dan kemudian tawakkal dan redha atas apa juga yang Allah dah tentukan utk kamu. setiap benda yang jadi atas diri kamu, ade hikmahnya. kena redha. bapak "paham?" teha "paham pak".


3. rendahkan diri dengan Allah, BUKAN dengan manusia. ingat kita semua ni adalah HAMBA. jangan mudah lupa dari mana datangnya kita ni. dengan Allah tak boleh bongkak, tak boleh cakap besar, kita ni HAMBA. bapak "dengar ke?" teha "dengar, insyaAllah"


tazkirah dari bapakku tersayang terhenti sampai situ saja sbb kami sampai di Tiara Lake Park, tgk rumahku yang baru siap itu. itu lah bapakku yang tersayang, bagi tazkirah youu..jangan tak caye.. dlm kereta pun sempat tazkirah. ahaks!

pada sesiapa yang berminat cari info pasal zakat, layari laman web Pusat Pungutan Zakat di http://zakat.com.my/. saja nak kongsi, manalah tau, ada yang confuse, apa yang wajib zakat, kot mana nak zakat, bila nak zakat. saya pun tak pandai sangat, masih mencari2, En Rizal hebat skit dari saya bab ni.


sekian, bukan scha al-yahya & linda onn je yang ade blog. i pun ade jugak tau. auww. hihihiii...!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...